Isnin, Ogos 03, 2015

Naik taraf diri

Telefon pintarku bukan dari jenis model kemegahan sesuatu pengeluar jenama telefon. Jadi berpada dengan spesifikasi seadanya.

Tapi aku cuba menaiktaraf sistem pengoperasian telefon ku. Kalau ikut pengeluar cuma ada Android versi 4.4.2. Tapi dengan sedikit ilmu dan usaha sekarang ia dijalankan oleh android 5.1.1. Memang tampak lebih elok.

Apa ada pada fizikal kita digunakan sebaiknya. Jika betul mampu boleh la mendapatkan fizikal lebih elok dengan pembedahan dan seumpamanya.

Tapi dengan sedikit ilmu dan usaha,boleh menaiktaraf dalaman kita.

Selasa, Julai 21, 2015

Bangun dari tidur, mungkin?

Assalamualaikum semua.

Lama blog ini menyepi. Tetapi tuan empunya tidak sepi dalam mencari jawapan kepada beberapa persoalan berkenaan kehidupan.

Bukan nak membangga diri, langsung tidak. Sungguh soalan tanpa jawapan membuatkan saya begitu tidak stabil dalam kehidupan, mungkin itu caranya Allah melorongkan saya untuk ke arah mencariNya.

Blog ini boleh juga diakses melalui www.islamsolusi.tk dan sebarang cadangan atau sebarang pendapat boleh disalurkan kepada admin@islamsolusi.tk.