Rabu, September 14, 2011

Saya, Anda dan Sikap Suka Bertangguh Kita


Gambar hiasan dari http://justinglover.com

Bagaiamana Menghadapi Sikap Bertangguh-tangguh

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (39) - Maryam

Dalam hidup kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka bertangguh. Apakah perkara itu? Untuk saya, anda dan orang lain, mungkin ia perkara yang berbeza diantara kita. Sama ada kerja atau urusan berkaitan kerja di pejabat, perhubungan, keluarga, kesihatan; kesemuanya termasuk dalam kategori urusan yang kita suka menangguhkannya. Pada hakikatnya kita sedar ia adalah perkara yang penting, tetapi kita pasti bijak mencari idea untuk menangguhkannya.

Kebiasaanya perkara yang kita selalu sambil lewa ini adalah perkara penting dalam hidup kita. Kita boleh katakan ia adalah 20% dari segala urusan seharian kita yang sebenarnya memberi impak yang besar dalm kehidupan kita (80% kuasa impak). Tapi kita lebih suka mendahulukan urusan dan kerja-kerja yang kurang penting dalam hidup kita, urusan-urusan 80% dalam kehidupan seharian, yang hanya memberi sedikit impak kepada kehidupan (hanya 20% impak).

Kenapa kita perlu MELAWAN Sikap Bertangguh?

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (61) - Yunus

Kita mungkin memandang rendah kepada sikap bertangguh, kerana kita selesa dengan budaya dan cara hidup sedemikian. Mungkin kita juga merasa faedah dari bertangguh. Kerana kebiasaannya urusan yang kita tangguh ini adalah urusan yang sukar, yang tidak menyeronokkan, yang menderitakan dan sebagainya. Maka apabila kita memilih untuk bertangguh, ia adalah satu rasa lega dan kelegaan yang besar kepada kita. Tapi pada hakikatnya, rasa lega itu hanyalah ilusi semata-mata.

Contohnya hari ini adalah hari Ahad (di Pantai Timur, hari bekerja bermula pada hari Ahad). Kita mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar pada hari Khamis. Tugasan ini adalah tugasan 20% (tugasan yang berimpak besar = 80%). Tugasan itu memerlukan kita melakukan kajian, bacaan dan analisis yang mendalam, maka kita mengambil sikap sambil lewa kerana kita tidak suka kerja yang memerlukan fokus dan tumpuan yang banyak. Oleh kerana kita tidak berusaha menyiapkan tugasan 20% itu tadi, kita cenderung menyibukkan diri menyiapkan kerja-kerja dan urusan ringan (kerja-krja 80% yang berimpak kecil = 20%) sepanjang 3 hari yang berlalu.

Akhirnya hari Rabu menjelang tiba dan kita terperangkap – urusan 20% yang berkemungkinan boleh menentukan kelangsungan kerjaya kita atau yang boleh menentukan kenaikan pangkat kita – masih lagi dalam proses untuk disiapkan. Kita pun bermati-matian cuba menyiapkan tugasan “hidup dan mati” itu. Semua tenaga dan upaya dikerah. Akhirnya kita berjay menyiapkannay pada pukul 4 pagi. Hati kecil berbunyi: “Akhirnya siap juga tugasan hidup dan mati aku, ok je walaupun aku buat ‘last-minute’”.

Keesokannya kita menghantar tugasan, tepat pada masanya, dan semuanya berjalan lancar, tiada berita sedih.

Cuba kita analisis pro dan kontra dari aktiviti bertangguh yang kita lakukan. Faktanya semua kelihatan berjalan lancar kerana minda separa sedar kita dari awal-awal lagi memberitahu “buat ‘last minute’ pun pasti boleh siap, ini bukan kali pertama, dah banyak kali, semua ok je”. Maka ia berjalan seperti yang kita harapkan, tiada yang negatif terjadi atau berlaku. Aspek positif yang kita rasakan:

  1. Meletakkan urusan itu di akhir masa, menyebabkan minda kita memberi satu kesedaran dan kewajiban yang tinggi untuk memastikan urusan itu harus disiapkan juga tepat pada masanya.
  2. Kita mendapat faedah jangka masa pendek; berasa senang dan selesa kerana tidak perlu menyiapkan kerja yang sukar di awal waktu.
  3. Bertangguh masih boleh menghasilkan kerja yang diarahkan.

Jangan gembira dahulu. Terdapat juga aspek negatif (pada pandangan kita) yang kita mungkin tidak perasan:

  1. Masa kita dari hari Ahad hingga hari Rabu tidak digunakan sepenuhnya. Bos atau Ketua memberi tugasan itu di awal waktu agar kita boleh memberi yang terbaik terhadap tugasan itu. Jangka masa Ahad ke Rabu perlu diperuntukkan sepenuhnya untuk tugasan tersebut. Tapi kita menghabiskan masa itu utnuk tugasan 80% (tugasan berimpak kecil =20%), yang sebenarnya hanya memerlukan sedikit sahaja masa untuk disiapkan.
  2. Perasaan takut dan bimbang tidak dapat menyiapkan tugasan dirasai oleh kita samada secara kita sedari atau tidak. Sebenarnya semakin lama kita brtangguh semakin lama perasaan takut dan bimbang itu dirasai oleh kita. Akhirnya minda kita menggambarkan bahawa tugasan besar ini sangat berat VS pada hakikatnya tugasan besar ini sangt penting untuk kita. Perasaan takut yang tidak berasas ini timbul disebabkan sikap bertangguh yang kita pilih.
  3. Tugasan yang disiapkan itu pula, seharusnya lebih berkualiti, kerana kita memang mampu menyiapkannya dengan kualiti yang terbaik. Tapi oleh kerana kita memperuntukkan masa yang sedikit – diakhir waktu- maka, kita gagal memberikan yang terbaik untuk tugasan itu. Hati kecil kita pasti bersuara: “Aku sebenarnya boleh buat lebih bagus jika aku bermula awal”.

3 aspek negatif diatas adalah berkaitan dengan 3 aspek positif yang kita rasakan itu. Jika kita nilai dengan minda dan kesedaran yang tinggi, 3 aspek negatif itu jauh lebih penting dari 3 aspek positif diatas. Sikap bertangguh bukan sekadar menyebabkan hasil kita menjadi kurang kualiti dalam kerja kita, tetapi ia menyebabkan kita mengalami perasaan takut dan bimbang yang tidak berasas tesebut.

Dari apa yang dibincangkan diatas, dapat disimpulkan; samada sikap bertangguh kita sudah parah atau kita baru berjinak-jinak dengannya, ini adalah masa untuk kita menyelesaikan isu ini dan kita perlu menjauhkan sikap ini dari hidup kita. Selagi kita bertnagguh dalam setiap urusan yang kita patut lakukan, selagi itu kita sebenarnya masih belum menyedari bahwa kita sedang menjalani kehidupan kita.

Adakah Kita Mampu MELAWAN Sikap Bertangguh?

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (112) - Al Baqarah

Jawapan saya: Kita Boleh! Mungkin ada suara-suara sinis mengatakan, sikap bertangguh adalah lumrah kehidupan, kita pasti melakukannya dalam kehidupan. Anggapan ini mungkin terjadi kerana kebanyakan kita tidak mengetahui apa yang menyebabkan kita bersikap menangguh-nangguh? Saya pasti kita semua bersetuju bahwa bertangguh bukan sebahagian dari kehidupan. Jika kita berjaya mencari punca kepada sikap ini, ia adalah langkah pertama kita dalam melawan sikap bertangguh.

Sikap Bertangguh adalah Kesan (Simptom).

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! (42) - Al Maarij

Isu atau punca bukanlah sikap bertangguh itu sendiri. 

Sikap bertangguh adalah kesan atau symptom dari isu atau faktor lain. Contoh yang mudah; malas bukan satu factor, tapi malas adalah kesan dan symptom dari pengurusan masa yang teruk dan kurangnya disiplin diri. Tetapi ramai dari kita suka menyalahkan sifat malas sebagai factor utama. Kerana ia senag untuk diberi dan orang tidak akan bertanya dengan lebih lanjut jika anda mula menjawab,” Saya malas, nak buat macam mana”.


Contoh mudah yang lain adalah terkena gigitan nyamuk. Apabila terkena gigitan nyamuk, kita akan mula menggaru-garu kerana kegatalan. Ada yang mungkinakan menyapu ubat atau losyen antiseptic. Kegatalan akan hilang.

Tetapi adakah masalah sebenar telah diselesaikan? Masalah masih lagi disana – gigitan itu dating dari nyamuk. Selagi ada nyamuk, selagi itu kita akan mendapat gigitan nyamuk. Jika kita hanya berulang kali menyapu ubat setelah mendapat gigitan, ia hanya penyelesaian sementara. Mungkin kita akan menjadi lebih bijak dengan memasang kelambu, tetapi kita masih belum menyelesaikan masalah sebenar – nyamuk masih ada.

Adakah dengan menghalau nyamuk, maka masalah akan selesai? Berapa banyak nyamuk yang kita mampu halau? Kemudian kita mula mencari dari mana nyamuk ini datang – kita pun menjumpai sarangnya didalam pasu-pasu yang mempunyai air bertakung.

Adakah kita sudah berjaya mencari masalah sebenar? Bagaimana masalah air bertakung ini terjadi? Akhirnya kita dapat menyimpulkan bahwa masalah sebenar kita adalah kita kurang menjaga kebersihan dan kekemasan rumah dan kawasan sekeliling rumah. Jika sebelum ini kita mengambil penyelesaian menyapu ubat, menghalau nyamuk, memasang kelambu – ini semua hanya penyelesaian sementara. Hanya dengan menjaga kebersihan dan kekemasan rumah dan kawasan rumah boleh memastikan masalah nyamuk ini akan berakhir.

Berbalik kepada isu suka bertangguh. Jom kita kaitkan dengan isu malas dan isu gigitan nyamuk. Kita kena memastikan apakah ia symptom atau ia adalah factor utama. Jika kita gagal memastikannya, samapai bila-bila pun masalah tak akan dapat diselesaikan. Hatta jika ada orang membawa 25 tips melawan sikap bertangguh, tetapi jika ia bukan factor utama, maka kita pasti masih lagi dibelenggu dengan sikap bertangguh.

Perlu diingat, jika kita adalah orang yang mempunyai sikap kronik yang parah dan kronik, maka faktor utama kepada sikap itu juga adalah besar. Contoh mudah tentang gigitan nyamuk. Jika masalah kita hanya mendapat satu gigitan nyamuk, maka nyamuk-nyamuk yang membiak di kawasan rumah tidak banyak, dan rumah kita masih boleh dikategorikan bersih dan kemas. Tetapi jika gigitan nyamuk yang diterima adalah banyak, sudah tentu pembiakan nyamuk berlaku dengan banyak dan subur dikawasan rumah kita, dan yang pasti kita memeng tidak boleh mengaku rumah kita bersih dan kemas.

Jadi, Apakah Yang Menyebabkan Sikap Bertangguh?

Untuk menjawab soalan ini, kita bertanya, apakah maksud sikap bertangguh? Bertangguh adalah mengelak melakukan sesuatu atau tidak melakukannya. Maka apakah yang menyebabkan kita tidak melakukan sesuatu perkara? Ada dua perkara – Keinginan dan Takut. Lebih spesifik, (1) Kurang keinginan atau (2) Takutkan sesuatu.

Dua Penentu: Keinginan dan Takut

Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (keinginan yang kuat untuk berbakti) di antara kamu dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat(takut dan kurang keinginan untuk berbakti). (24) - Al Hijr

Keinginan dan Takut merupakan dua faktor penentu kepada kita melakukan sesuatu atau kita tidak melakukan sesuatu. Keinginan ibarat minyak yang memacu kereta. Takut ibarat kabus yang menghalang kita dari memacu terus ke hadapan. Apabila keinginan < takut, maka sikap bertangguh akan menjadi dominan (menguasai). Sebaliknya apabila keinginan > takut, maka kita akan mula melakukan tindakan.

Contoh yang mudah adalah pelajar. Pelajar belajar kerana mereka disuruh belajar, harapan ibubapa, prasyarat untuk jaminan kerjaya – akhirnyamereka rasa kosong semasa belajar. Dalam masa yang sama, persaingan yang sengit semasa belajar, beban pelajaran seperti kerja rumah menyebabkan timbul rasa takut semasa belajar. Akhirnya isu sikap suka bertangguh dikalangan pelajar sekolah menjadi isu biasa dan ia juga menjadi amalan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Kurang Keinginan, Faktor Pertama kepada Sikap Bertangguh

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati yang mempunyai keinginan (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan keinginan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (37) - Qaf

Sikap bertangguh hadir kerana kurangnya keinginan kita terhadap sesuatu perkara itu. Contohnya sesorang yang suka bertangguh dalam kerjayanya kerana itu bukan kerjaya yang disukainya. Seseorang yang suka bertangguh dan mengelak dalam aktiviti bersosial, kerana dia memang tidak suka bersosial.

Apa yang harus kita lakukan untuk mendapatkan semangat keinginan yang membara ibarat membaranya gunung berapi. Ada dua cadangan untuk mendapatkannya:

  1. Mengikuti apa kata hati kita. Apa yang sebenarnya kita suka? Adakah hidup ini berkaitan dengan aktiviti dan perkara yang kita tidak suka? Adakah kita tidak boleh memilih untuk melakukan perkara yang kita suka?
  2. Menyukai apa yang kita lakukan dengan mengaitkannya dengan nilai-nilai hidup yang kita pegang. Apakah niai-nilai hidup yang kita pegang? Apakah ciri-ciri yang ada apada diri kita? Gunakan nilai-nilai ini untuk menyukai apa jua urusan yang hadir dalam tugasan kita. Nilai-nilai ini hadir dari hati kita, dan selagi kita melakukan apa yang selari dengan hati kita, maka semakin dekat kita memahami diri.

Takut, Faktor Kedua kepada Sikap Bertangguh

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) - Al Baqarah

Takut adalah faktor dalaman terhadap sikap bertangguh. Jika kita mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu, tetapi rasa takut yang datang adalah lebih kuat, maka kita akan lebih selesa untuk mengamalkan sikap bertangguh. Takut boleh datang dalam berbagai bentuk dan wajah – takut kepada rasa sakit, takut kepada sesuatu yang tidap pasti, takut kepada kesusahan, takut gagal mengawal sesuatu, takut diri ini tidak layak, takut kepada penolakan yang akan diterima, dan takut akan dibiarkan keseorangan.

Untuk lebih memahami, kita andaikan diri kita dalam situasi seorang pekerja yang gagal menyiapkan tugasan yang diberi. Kita gagal menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Apabila Ketua bertanya kenapa kita gagal, jawapn pertama yang kita pasti berikan ialah,”Memang saya tak sempat buat, tuan”. Kemudian jika didesak lagi oleh Ketua kita, kita akan beri jawapan yang berbeza, “Kerja itu terlalu sukar tuan, saya masih mentah”.

Boleh kah kita menerima jawapan seperti itu, jika kita berada di tempat Ketua kita? Bukankah semua orang yang bekerja pasti akan berhadapan dengan tugasan yang sukar sepanjang kerjaya mereka, tetapi kenapa mereka dapat menyiapkan tugasan dalm tempoh yang diberikan?

Jika kita selami dan cuba mencari masalah sebenar kepada isu gagal menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan disebabkan oleh sikap bertangguh, sebenarnya kita takut kita tidak dapat mencapai apa yang ketua kita mahu dari kita. Tugasan itu memang sukar, tetapi oleh kerana perasaan takut tidak berjaya melakukan seperti yang diharapkan oleh Ketua menyebabkan kita bersikap menangguh dan akhirnya kita gagal menyiapkan dalam tempoh yang diberikan.

Latihan Untuk MELAWAN Sikap Bertangguh

Nabi Syuaib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku dan Dia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (88) - Hud

  1. Cuba fikirkan tentang perkara apa yang kita suka bertangguh (perkara atau urusan yang kita memang ingin lakukan)
  2. Cuba kita bertanya kepada diri sendiri, kenapa kita memilih untuk bertangguh. (saya harap anda tidak bertangguh untuk menjawab soalan ini).
  3. Daripada isu gigitan nyamuk diatas, cuba kita keluarkan faktor utama yang menyebabkan kita bertangguh.
  4. Daripada jawapan no 3, cuba berikan solusi untuksetiap faktor yang dikemukan. Contohnya: Saya tidak tahu > Kenapa saya tidak tahu?. Saya takut saya gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh majikan > Kenapa saya tidak boleh mencapai tahap yang dikehendaki oleh majikan?
  5. Teruskan menjawab soalan no 4, sehingga anda berjumpa dengan jawapan yang benar-benar menyentuh perasaan anda. Maksud saya ialah jawapan itu boleh membuat kita terhentak seketika.
  6. Setelah bertemu jawapan kepada faktor utama sikap bertangguh, maka tiba masanya untuk anda merangka tindakan untuk mengatasinya.

Selamat berjaya kepada saya dan juga anda semua. Moga sikap bertangguh dapat dibuang jauh.

Isnin, September 12, 2011

Berjalan Semasa Tidur di Siang Hari


Gambar hiasan dari http://www.lifecoachinglls.com

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah (matlamat dan pandangan) dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. - Ar Ruum, 30

Adakah kita mempunyai pandangan yang jelas mengenai kehidupan kita? Apa matlamat jangka masa panjang atau impian yang kita ada dalam kehidupan, kerjaya, kesihatan, perhubungan, kekayaan atau rohani? Adakah kita benar-benar mengejar dan mencari matlamat-matlamat ini? Atau kita hanya membiarkan matlamat-matlamat ini bersarang di dalam fikiran kita sahaja?

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. -Al Baqarah, 86

Orang yang berjalan didalam mimpi (OBDM) - Adalah mereka yang menjalani kehidupan mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. Menjalani kehidupan secara sedar bukan semata-mata dari aspek sedar secara fizikal (mata yang terbuka) - Ramai orang disekeliling kita yang sedar secara fizikal, tapi masih lagi hidup dalam keadaan 'tidak sedar' (tak faham? pening?) Maksud saya adalah mereka masih lagi tidak menyedari siapa diri mereka, apakah peranan mereka dalam hidup ini (dalam konteks yang lebih besar) dan apakah matlamat sebenar mereka didalam kehidupan ini.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? - Al Baqarah, 44

OBDM kelihatan sama seperti kita semua, tapi hanya dari aspek luaran dan fizikal sahaja. Pernahkah kita melihat orang yang tidak mempunyai pandangan yang jelas dalam kehidupan mereka? Ramai bukan? Orang yang hanya hidup berdasarkan rutin dari sehari ke sehari, tidak pernah memikirkan tentang masa depan mereka dan tidak pernah memikirkan apa sebenarnya yang mereka impikan dalam kehidupan ini. Mereka ini tidak mampu menyatakan apakah kehidupan yang mereka lalui. Setiap hari mereka hanya meneruskan kehidupan melakukan aktiviti-aktiviti seperti pergi bekerja, bermain, bersosial, tidur, tapi masih gagal memanfaatkan setiap aktiviti itu dengan makna kehidupan yang lebih besar. Hanya itu yang mereka faham tentang kehidupan. 

Ciri-ciri dibawah adalah ciri-ciri OBDM

1. Kurangnya kesedaran tentang makna kehidupan yang lebih besar.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. - Al Baqarah, 9

Apakah makna kehidupan kepada anda? Adakah ia berlegar di sekitar pergi ke sekolah/ kerja, balik rumah, makan, tidur, dan berseronok? Tidak seperti apa yang sesetengah diantara kita fikirkan ialah ruang lingkup kehidupan adalah berlegar di sekeliling kita dan orang-orang disekeliling kita sahaja. Pada hakikatnya, dunia kehidupan ini adalah lebih besar dari ruang lingkup itu, diluar persekitan kerjaya kita, keluarga kita, kawan-kawan, dan agama. OBDM tidak menyedari bahawa kehidupan mereka adalah sebahgian daripada kehiduapan dunia yang lebih besar. Mereka tidak menyedari bahawa mereka juga mempunyai peranan dalam dunia ini, peranan dalam sejarah manusia dan sebahagian dari sesuatu yang lebih besar dari apa yang mereka lihat sehari-hari. Apa yang bermain di minda kita bila kita sebut tentang kehidupan?

2. Tidak menjalani kehidupan selari dengan matlamat sebenar. 

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran dan jika Dia kehendaki, tentulah Dia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu). An Nahl, 9

Adakah anda tahu matlamat anda dalam kehidupan ini? Adakah anda jelas tentang apa yang anda mahu capai dalam kehidupan 5 tahun dari sekarang, 15 tahun, dan 30 tahun? Atau adakah ianya masih kabur dan masih belum ditetapkan? OBDM tidak menyedari tentang matlamat hidup mereka. Mereka mempunyai matlamat yang kabur, masih lagi tercari-cari semasa dalam proses menjalani kehidupan - dan mereka sendiri tidak yakin dengan apa yang dicari itu. Ada yang telah mempunyai idea dan gambaran tentang impian dan objektif, tapi mereka meletakkan semua itu keutamaan nombor 2, dan meletakkan matlamat dan harapan orang lain terhadap mereka sebagai keutamaan nombor 1.

3. Membiarkan kehidupan ini berlalu secara sendiri (auto-pilot).

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka. - Al Baqarah, 167

Adakah anda diantara mereka yang terperangkap didalam arus kehidupan yang telah ditentukan oleh orang lain atau anda diantara merka yang sama-sama terlibat dalam perlumbaan materealistik? OBDM hidup dalam keadaan automatik, membuat aktiviti yang sama berualang-kali tanpa kesedaran yang jelas dalam mengawal aktiviti tersebut. Setiap hari yang berlalu, mereka menanti hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Ahad, kemudian mereka cas semula tenaga untuk mengharungi hari-hari tidak bernyawa untuk minggu seterusnya. Kitaran ini berlalu dan berlangsung dari minggu ke minggu, tanpa ada penghujung. Mereka begitu selesa dengan kitaran ini dan tidak perlu lakukan apa-apa perubahan terhadapnya.

Sekali-sekala sesuatu mungkin berlaku yang mungkin merencatkan sedikit kitaran selesa itu, seperti perubahan dari fasa kehidupan yang berbeza (dari bujang ke alam perkahwinan), pertukaran kerjaya, hilang kerja dan sebagainya. Ini dikatakan sebagai krisis sementara dalam kehidupan. Apabila ini berlaku, mereka seperti mendapat panggilan untuk bangkit dari mimpi. Mereka mula sedar yang mereka masih belum mencapai apa yang diingini dalam kehidupan. Pada saat ini, ada yang mula mengambil langkah aktif dalam mengatur kehidupan mereka. Lebih malang, ada yang memilih untuk kembali kepada keadaan kehidupan asal mereka, dengan cuba meyakinkan diri mereka bahwa itulah kehidupan mereka yang terbaik.

4. Terlibat dalam aktiviti-aktivit yang tidak menambah nilai dalam kehidupan

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat (atau sia-sia) pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? - Al Mu'minuun, 115

Apabila OBDM tidak merasakan mereka sibuk dalam arus kehidupan yang dilalui, mereka mengisi ruang-ruang kosong yang ada dalam kehidupan dengan aktiviti-aktivit yang pelbagai. Ini termasuk ketagihan terhadap bermain permainan video, bersosial, makan, menonton TV, melayari internet tanpa ada apa-apa tujuan, bergosip sana-sini, membuat komplen dan sebagainya. Mereka ini tidak mampu menyekat diri sendiri dari berhenti melakukan semua ini sehingga muncul faktor dan stimulus luar yang terus memisahkan diri mereka dari aktiviti-aktiviti ini semua (contoh mudah; masa untuk tidur terpaksa dicuri, dan tiada masa untuk makan tengahari). Mereka tidak mampu menyatakan tujuan atau sebab kenapa mereka terpaksa melakukan semua aktiviti-aktiviti itu melainkan hanya mampu mengatakan, " Kerana ia menyeronokkan", "Saya suka berbuat begitu", atau "Saya tiada apa-apa yanghendak dibuat, maka saya buat la aktiviti itu".

5. Pasif atau mengelak dalam kehidupan

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya. - An Nissa', 84

Ini adalah motif yang biasa dalam mentaliti "Mengharungi hidup dari hari ke sehari", "Hidup dan biarkan sahaja kehidupan". Mereka mengharungi sahaja kehiupan ini dengan "sabar". Kawalan terhadap apa yang terjadi dalam kehidupan diletakkan pada orang-orang disekeliling mereka. Untuk diri mereka sendiri bertanya "Kenapa hidup aku begini?", mempersoalakan kemajuan atau bertanggungjawab atas segala yang berlaku adalah kelihatan seperti bukan sifat semula jadi mereka.

Kadangakala mereka mendapati diri terperangkap dan tidak mendapat kebahagiaan yang dicari, seperti dalam perhubungan atau dalam kerjaya. Walaubagaimanapun, mereka tetap pasif mengenai itu semua kerana mereka berasakan tiada jalan keluar dari semua itu. Jika ditanya apa reaksi mereka, mereka kan menjawab, "Saya mahu berubah/ Saya dah cuba, tapi ...(meletakkan 1001 alasan)". Mereka beranggapan bahwa apa yang mereka hadapi ini adalah pengorbanan yang perlu dibayar untuk sesuatu yang lebih baik menanti di masa depan.

Mereka tidak suka konflik dan cuba mengelak dari menimbulkan isu atau konfrontasi seboleh mungkin. Setelah beberapa kali mengelak, isu yang tidak cuba diselesaikan itu akan sampai ke tahap yang tidak boleh disembunyikan lagi. OBDM akan bertindak secara automatik dengan cuba mengelak atau tidak mengaku bahwa mereka mempunyai isu atau masalah, lalu mereka cuba alih perhatian dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Malangnya tindakan ini tidak membantu mereka menyelesaikan masalah yang timbul, dan masalah yang disangka akan berlalu dengan masa, akan kembali lagi dalam konteks dan wajah yang berbeza. Ia ibarat seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya didalam tanah. Hanya kerana anda mengelak dan tidak mengaku masalah itu wujud, tidak bermakna masalah itu tidak pernah wujud!

6. Tidak mempunyai masa untuk melakukan apa yang mahu dicapai

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. - An Nissa', 140

OBDM memang sibuk sepanjang masa - mereka jarang merungut atau mengadu mengenai tidak cukup masa, tidak sempat buat apa yang ingin dicapai dan sebagainya. Tapi mereka tidak menyedari bahwa mereka yang meletakkan diri mereka ditempat tersebut. Apabila ditanya oleh orang lain, mereka tidak dapat menjawab ke mana hilangnya masa 24 jam dalam sehari dihabiskan. OBDM sentiasa menunggu kepada masa depan yang masih tidak pasti (lain kali aku akan buat, minggu depan aku mula berubah dan sebagainya). Setiap apa yang diinginkan dalam kehidupan disandarkan pada masa depan yang belum pasti, dan merka tidak sedar bahwa "lain kali", "minggu depan" dan sebagainya tidak pernah hadir dalm hidup mereka. Ia hanya hadir di mulut semata-mata. Apabila sampai masa mereka benar-benar ingin melakukan apa yang dihajati, sudah banyak masa dibuang untuk memulakannya, dan mereka mula berfikir yang sudah terlambat untuk memulakannya.

7.  Tidak menyedari apa yang bermain dalam minda dan emosi

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. - Al Imran, 154

Adakah anda tahu bahwa 60,000 fikiran yang tercetus dalam minda kita setiap hari? Apakah fikiran yang sentiasa ada dan mendominasi otak anda sepanjang hari? Apa yang anda fikir sebelum anda memulakan  bacaan anda tentang artikel ini? OBDM sentia biarkan fikiran mereka tidak tersusun. Dan hakikatnya mereka mempunyai kesedaran yang rendah mengenai fikiran-fikiran yang menguasai minda mereka.

8. Kurangnya motivasi dan impian.

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?. (124) Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (125) Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (126) - Al Imran, 124-126

OBDM tidak bersemangat atau bermotivasi dalam kehidupan mereka. Mereka hanya hidup kerana mereka ada disini (didunia ini). Mereka menjalani kehidupan dengan memenuhi permintaan dan harapan orang lain. Mungkin ada yang mempunyai objektif tertentu, tapi mereka meletakkan itu semua sebagai keutamaan kedua setelah mencapai permintaan dan harapan orang lain yang telah diletakkan keatas mereka.

Adakah antara ciri-ciri diatas wujud dalam diri anda? Atau orang-orang disekeliling anda?

Mungkin ada diantara kita baru sedar bahwa kita juga adalah OBDM didalam kehidupan kita. Bila kita mula-mula bangkit dan sedar dari mimpi itu, kita mungkin terkejut kerana kita mula menghargai betapa kehidupan yang sebenar telah banyak disia-siakan sepanjang kita bermimpi itu. Kita mungkin berasa marah, sedih dan tertekan. Tapi itulah perasaan yang sepatutnya kita rasa!
 
Apa yang penting sekarang ini adalah apa tindakan yang kita pilih untuk bangkit dari mimpi yang lama ini. Adakah kita akan ambil pil tidur dan kembali menyambung mimpi-mimpi tersebut, dan menanggap semua ini tidak benar? Atau adakah kita berani berdepan dengan realiti dan mula mengambil tindakan aktfi untuk mengatur gerak langkah kehidupan kita?
 
 Mengiktiraf diri sendiri berupaya mengatur segala tindakan dan anda sebenarnya boleh melakukannya sekarang. Dengan kesedaran yang tinggi, tindakan yang dipilih sendiri, anda sebenarnya boleh merencana halatuju dan memilih kehidupan anda sendiri. Kita semua sepatutnya mengatur dan memilih sendiri pilihan-pilihan dalam kehidupan yang akan mendekatkan diri kita terhadap matlamat dan tujuan yang kita sendiri cipta. Tidak kira dimana kita berada sekarang, tidak kira siap pun kita sekarang, tidak kira berapa usia kita - percayalah bahwa perubahan kearah mencapai matlamat dan tujuan hidup masih belum terlambat.
 
Adalah sangat mudah jika kita memilih untuk kembali tidur dan bermimpi - kembali kepada rutin biasa kehidupan tanpa kawalan sendiri. Tetapi, adakah itu yang kita mahukan? Adakah ini sahaja peranan kita dipilih Allah untuk hidup dan menjadi seorang Muslim? Adakah kita sudah menjadi diri yang terbaik sebagai seorang hamba Allah? Adakah kita sudah mempunyai kehidupa yang terbaik sebagai khalifah Allah di muka bumi?

Apa yang perlu dilakukan selepas berjaya bangkit dari mimpi?

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - An Nissa', 100

Saya akan akhiri artikel ini dengan petikan kata-kata Socrates dalam filem Peaceful Warrior: "Kematian itu tidak menyedihkan. Apa yang paling menyedihkan ialah: kebanyakan dari kita tidak pernah 'hidup' (masih bermimpi di siang hari) sepanjang hidup mereka".