Khamis, Jun 23, 2011

E + R = O

Kita tahu sudah berapa banyak apa yang direkod dalam Islam sama ada dari alQuran atau hadis terbukti sangat bermanfaat untuk manusia. Kali ini ingin membawa pembaca melihat hadis "Sungguh Ajaib Mukmin".

Tapi kebanyakan pembuktian dilihat selari dengan penemuan oleh non muslim terutamanya dari barat.

Kenapa? Ini mungkin kerana mereka memang terkenal dengan sikap hebatkan diri untuk kehidupan di dunia? dan mungkin bukan muslim menjumpai nya kerana muslim hanya fokus kepada mencari redha ALLAH, jadi segala apa saranan yang termaktub dalam alQuran mahupun yang direkod dalam hadis nabi semuanya dituruti dengan niat ingin menjadi hamba yang taat dan mendapat pahala dan ganjaran di kemudian hari.

Ok, terus kepada isu asal. Jom tengok hadis "Sungguh Ajaib Mukmin" kat bawah ini:
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)
Biasanya kita diajar OK, bila bersabar dapat pahala dan bersyukur juga dapat tambah nikmat dan selalunya nikmat itu lebih bersifat kepada kerohanian seperti ganjaran untuk akhirat dan mudah nak buat ibadah seperti haji dan sebagainya? Biasanya begitu lah kan? Atau saya je yang syok sendiri berfikir sedemikian?

Ok, memang betul pun, ALLAH je yang tetapkan apa perlu buat dapat pahala menerusi kalam Nya dari alQuran atau dari perkhabaran dari penyampai risalahNya iaitu Rasulullah s.a.w.

Tapi cuba fikir sejenak, ALLAH hidupkan kita di dunia, berikan tugasan khalifah untuk mentadbir, jadi difikirkan logiknya, cara hidup Islam untuk kehidupan di dunia ini tentulah juga memberi manfaat atas dunia.

Cuba tengok satu persamaan yang diajar oleh seorang ahli terapi psikologi yang bernama Dr. Robert Resnick  (rujuk mukasurat 6 edisi 2007 "How to Get From Where You Are to Where You Want to Be" oleh Jack Canfield)

Event + Response = Outcome
Cuba tengok, kita cuba kaitkan dengan hadis tadi ye.Jika dia diberikan sesuatu yang menggembirakan di sini sama juga dengan Event, dan dari hadis jika dia bersyukur di sini sama juga dengan Response dan Outcome di sini sama juga dengan kebaikan baginya seperti di dalam hadis.

Ok, semua tahu operasi campur atau tambah kan? Jika positif + positif = positif. Jika negatif + positif (nilai lebih besar dari negatif) = positif, maka boleh dikaitkan dalam hadis dengan bila ditimpa kesabaran + bersabar = kebaikan.

Pernah dengar cerita Ummu Salamah bila ditimpa musibah dan dia amalkan doa yang Rasulullah ajar, kemudian apa dia dapat? http://www.youtube.com/watch?v=dtMMvn3bS4U&feature=related

Sama juga halnya jika Jika diberikan sesuatu yang menggembirakan + tak bersyukur = tak dapat kebaikan.Pastinya pernah dengar ayat alQuran yang bermaksud "Sekiranya kamu bersyukur,Aku akan tambahkan (nikmat) pada mu, tapi sekiranya kamu kufur (tak bersyukur) sesungguhnya azabku sangatlah dahsyat".

Nah, Islam dah ajar lama dah E + R = O.

Tapi pasti ada yang kata, logikla E + R = O, siapapun boleh terfikir. Tahu tak korang apa pengajaran dari E+R=O?

Ok, pernah tak korang dalam situasi menjadi mangsa keadaan?  Dan semasa dalam situasi tu, anda memang negatif je, mengeluh berbagai?

Tau tak datang la apa jenis keadaan pun, kita boleh tentukan pengakhirannya gembira atau sedih?

Bagaimana? Dengan Response!

Response adalah satu-satunya yang berada dalam 100% penguasaan kita. Kita yang tentukan response kita. Kenapa dan bagaimana? Kita yang tentukan kita fikir apa! Minda kita, kita tentukan fikir bagaimana! Kita juga tentukan imej apa yang kita visualisasikan dalam kepala kita! setuju dan akhir sekali adalah kita juga yang tentukan tindakan kita. Tapi semua ini bermula dengan apa kita fikirkan dalam minda, bagaimana kita "melihat" di dalam kepala kita kepada sesuatu keadaan!

Persamaan E+R=O juga sebenarnya untuk memupuk kita bersikap bertanggungjawab terhadap segala apa yang jadi pada kita. Sebagai muslim, kita meyakini segala yang terjadi ketentuan ALLAH untuk kebaikan kita. Jadi ada ruang untuk salahkan sesiapa tak?


Jadi OK jugaklah orang yang come-up kan dengan idea persamaan ini, sekurang-kurangnya kita nampak apa yang kita terlepas pandang , iaitu respon kita!

Ok la, nak sambung baca buku "How to Get From Where You Are to Where You Want to Be"

Tiada ulasan: