Jumaat, Mei 06, 2011

Tawakkal

Tawakkal adalah keadaan diri yang menyerahkan urusan kepada ALLAH. Dia melakukan usaha sebagai syarat sunnatullah, tapi keyakinan atas apa yang diperolehi hanya menerima apa jua yang ditentukan ALLAH.

Tawakkal, biarlah ALLAH yang aturkan apa yang terbaik untuk kita. Tawakkal lah.

Dan apa jua musibah dan ujian, cuba bertahan dan ajak minda berfikir dan merenung serta melihat dari segala penjuru, "Apa yang ALLAH nak aku perolehi dari keadaan ini, ada sebab aku lalui ini, apa yang ALLAH nak aku pelajari"

Kehidupan belum lengkap dan adil selagi hanya melibatkan kehidupan di dunia, libatkan sekali akhirat, kehidupan nampak sungguh indah dan adil.

Ya Rabb, sesungguhnya aku serahkan segala urusanku kepadaMU.

Tiada ulasan: