Isnin, Mei 02, 2011

Tawakkal

Tawakkal, tanya saja pakcik google, ramai orang berbicara dan menerangkan tentang tawakal, rata-rata lebih kurang sama. Penerangan tawakkal itu lebih kurang begini:

Berserah diri kepada ALLAH setelah berusaha dan berdoa.
Saya tak kata ia salah, tapi setiap orang ada pandangan dan penerimaan berbeza. Dan saya cuma nak berkongsi apa yang saya faham dan cuba hayati tentang tawakkal.

Pada saya, tawakkal lebih kurang begini:

Dalam urusan kita, kita buat sebaik mungkin sehingga pada kebanyakan manusia, bila dah buat usaha sebegitu, kebiasannya berjaya la, tapi walaupun kebiasannya dengan usaha sebegitu akan menjayakan apa yang diusahakan, masih ada rasa takut dan tidak yakin kejayaan takkan dicapai melainkan ALLAH izinkannya untuk berjaya, maka akan berdoa sebaik mungkin diserahkan segala urusan kepada NYA.
Agak panjangkan? Haha, itulah tawakkal yang saya hayati, even sesuatu benda tu simple dan pada kebiasaan manusia bila dah dilakukan usaha berpadanan dah cukup, tapih masih timbul rasa takut takkan berjaya selagi tak berdoa dan diserahkan urusan itu kepada ALLAH.

Jadi apa beza penjelasan pertama dengan penjelasan versi saya?

Entah, tapi saya nampak seoalah pada penjelasan pertama tawakkal hanya perlu bila manusia berhadapan dengan urusan yang dia memang tak yakin akan berjaya lakukan dan usaha yang diletakkan pun belum tentu berpadanan untuk dapatkan hasil tapi lebih mengharapkan kejayaan dari ketentuan ALLAH, memanglah segala yang terjadi dari ketentuan ALLAH tapi usaha kena padan.

Dari penejelasan saya saya faham tawakkal ini dalam segala urusan walaupun urusan remeh dan pada ramai orang boleh buat, masih lagi terdetik di hati kecil ini rasa takut gagal selagi tak berdoa diserahkan urusan kepada ALLAH.

Ini cuma pendapat saya sebagai manusia biasa, memang pasti terdedah kepada salah dan silap, harap dapat teguran.

Sekian

Tiada ulasan: