Rabu, Mei 11, 2011

Tanda-tanda NYA

Dalam Al-Quran banyak disebut ayaatuhu yang bermaksud ayat-ayatNya atau tanda-tandaNya. Tanda-tandaNya ini boleh diibaratkan sebagai mesej buat kita.

Posting kali ini, saya nak kongsi satu pengalaman yang boleh menjadi contoh mudah tanda-tandaNya.

Kejadian tersebut berlaku di Maju Junction, selesai urusan di sana, maka tanpa berlengah terus nak ke basement tuk ambil motor dan beredar, sesampai je di basement, baru tersedar, ada tertinggal botol air di tingkat atas tadi. Kemudian terus ke lif dan menuju tingkat sebelumnya, semasa di dalam lif, ada terpandang petunjuk untuk setiap tingkat yang di tampal di dalam lif, ada beberapa tingkat terdapat kemudahan mesin autopay untuk bayar parking, tapi entah kenapa, mata dan hati ni rasa nak tengok lama dan tertarik pula pada petunjuk autopay tersebut, selesai ambil barang, turun kembali, terus ke motor, naik dan bersedia untuk beredar, baru tersedar sebenarnya belum membayar parking!

Pelik, kenapa sedari tadi terlupa untuk membayar = terlupa!
Pelik, kenapa tadi asyik lihat je pada petunjuk autopay? Hati dan mata melekat je kat situ tapi tak terlintas pun nak membayar?

Hurmmm, perkara tersebut berlalu depan mata tapi tak dapat malah tak mengendahkan apa maksudnya.

Pasti jua ada perkara berlaku dalam hidup, yang kita terlepas pandang dan tidak mengambil endah pasalnya walhal ia sangat penting dan boleh memanfaatkan kita. Itulah tanda-tandaNya!

1 ulasan:

blackroses berkata...

follow sini..jom jenggah blog saya