Selasa, Mei 03, 2011

Botol Air 500ml dan Botol Air 1.5L

hari itu adalah hari ketiga saya menghadiri kursus untuk memperelok percakapan di dalam bahasa inggeris dan memppelajari sedikit sebanyak teknik komunikasi berkesan. Seperti biasa juga hari itu saya membeli sebotol air mineral bersaiz 500ml sebagai bekal di dalam kelas, botol air diletakkan di atas meja betul-betul dihadapan saya. Bila hampir habis kelas sekitar pukul 5 baru habis air sebanyak 500ml itu.

Keesokannya saya membuat keputusan membawa air dari rumah, kali ini dengan botol yang lebih besar, mampu mengisi sebanyak 1.5L air. Botol itu juga diletakkan di atas meja betul-betul di hadappan saya. Anehnya kali ini, sebelum rehat tengahhari, botol sudah hampir kosong kerana saya minum.

Hurmm, bila letak botol kecil, lambat je nak minum untuk habiskan, tetapi bila letak botol besar, sangat cepat habis?

Boleh tak diumpakan jika kita letak impian kecil untuk dikejar , perlahan je gerak kerja kita mengejarnya kerana yakin impian kecil itu mudah dan mampu dikejar.

Botol besar pula diumpamakan impian besar untuk dikejar. Hurmm, terujakah kita untuk memiliki seterusnya mengejar untuk mencapainya?

Siapa tahu, tak salah mencuba kan?

Tiada ulasan: