Rabu, Januari 12, 2011

You should believe the manual.

Alkisah satu hari itu ada beli alat bebas tangan Bluetooth. Seperti biasa setiap gadget yang dibeli akan terus saya guna. Cuba punya cuba nak sambungkan dengan telefon bimbit tak berjaya. Bersabar dulu pada ketika itu sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Seusai habis urusan saya kembali cuba menyambungkan handsfree tersebut sekali lagi, telefon masih lagi gagal mengesan peranti Bluetooth untuk dipasang-hubungkan. Saya kehairanan, kebiasaan peranti Bluetooth perlu tekan butang kuasa selama beberapa saat sehingga terpancar nyalaan L.E.D (biasanya biru)kemudian peranti tersebut yang akan kekadang-hubungkannya dengan telefon berdekatan.

Setelah berulang-kali gagal, lantas saya pun rujuk manual penggunaan. Menurut manual, kena tekan butang kuasa sampai menyala l.e.d merah dan biru. Saya cuba buat, setelah menyala lampu biru sesaat dua, terus dilepaskan. Eh, telefon gagal juga kesan peranti itu, tekan lagi lama sikit, menyala pula lampu merah. Tu tandanya dah di off kan. Pelik.

Dua tiga hari juga gagal guna peranti tu, dek tak berjaya dan meragui arahan manual,"mana boleh menyala biru n merah serentak" cetus hati saya. Dengan baru mula perniagaan lagi, memang fokus lebih kepada kerja.

Kemudian jadi lah satu hari tu memang cuba percaya yang diperkata manual. Kali ni tekan button lebih lama walaupun dah menyala biru kelip-kelip Kemudian stabil, tak lepas lagi button kemudian akhirnya menyala juga biru dan merah. Yeah!

Tu la padahnya sebelum ni tak percaya manual, padahal manual disediakan oleh mereka yang mencipta dan menetapkan sistem peranti tersebut. Kenapa tak percaya? Kenapa? Hanya kerana beranggapan ( in English assume) sama seperti sebelumnya.

Cuba fikir sekejap,memang logik kena ikut manual kan? Apatah lagi kalau didemokan oleh wakil pencipta yang bertauliah.

Bagi Muslim yang mengakui Allah selayaknya tuhan untuk disembah, Pencipta alam dan semua sistem di dalamnya; memang logik dan patut la kena ikut manual dari Nya kan?

Apa manual yang dimaksudkan? Tentulah alquran.

Allah bukan setakat bagi manual, siap tunjuk demo melalui Rasulullah yang diutuskan, maka logik juga kena ikut sunnah. Setuju?

Why don't you believe?
You should since you claim you are His believer.

Put trust and have faith in Him.
Follow all words He said in alquran.
And not to forget, follow all the demo from him via The Prophet Muhammad p.b.u.h

1 ulasan:

Nurturing The Ummah berkata...

good article bong.