Jumaat, September 25, 2009

Hai, saya Fuad dan saya seorang Muslim (bhg. 1)

Saya Fuad, saya seorang Muslim. Dari mana saya harus mula ya? Hmm.. tentunya mula dari perkara yang paling asas iaitu akidah.

Ramai yang tau sebut akidah, tapi sebutannya cuma lalu sekadar sebutan satu perkataan. Apa dia akidah ni?

  • merupakan satu perjanjian yang dibuat setelah meyakini dengan pasti.
Dalam konteks perbincangan saya ni, tentunya berkenaan meyakini akan keesaan ALLAH sebagai empunya tunggal mutlak seluruh alam ini.

Bercakap mengenai meyakini akan adanya satu empunya tunggal / satunya pencipta / pentadbir seluruh alam ini, adakah semudah dengan mempercayai apa yang diberitahu atau diajarkan oleh kedua orang tua kita sedari kecil?

Jika apa yang kita terima dari kedua ibu bapa sedari kecil adalah benar tanpa kita sendiri selidiki, maka mereka yang dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan Islam pun sememangnya wajib percaya apa yang diinputkan kepada mereka sedari kecil?

Adakah cuma mereka yang dibesarkan oleh keluarga bukan Islam sahaja yang perlu mengkaji dan menyelidik akan kebenaran agama anutan yang diwarisi dari kedua orang tua mereka ?

Bagaimana dengan mereka yang dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga muslim? Adakah cukup dengan menerima sahaja input tanpa mengkaji Islam yang diwarisi? Adakah dengan mewarisi maka kita terus yakin dengan Islam, atau dengan cuma mewarisi kita baru MENGENAL Islam?

Meyakini memerlukan kepercayaan, dan kepercayaan memerlukan bukti yang sesuatu itu boleh dipercayai. Sudahkan anda kenal dan seterusnya percaya dan langsung terus meyakini?

Kita tengok rukun Islam yang pertama (kerana kita bicara mengenai akidah), disebut oleh nabi adalah Buniya al-Islam 'ala khomsin, an tasyhadu an laa ilaaha illa ALLAH wa anna Muhammadan rasulullah .....ila akhir hadis. <-- Terbinanya Islam atas 5 perkara: Menyaksikan (mempercayai/meyakini) bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH dan NABI MUHAMMAD ITU PESURUH (pembawa mesej) ALLAH.
Nabi sebut : an tasyhadu (menyaksikan), tasyhadu ini satu perbuatan, cukup dia meyakini TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan MUHAMMAD UTUSAN ALLAH, maka dia sudah muslim.

Tapi, kita selalu dengar rukun Islam yang pertama adalah melafaz dua kalimah syahadah, orang melayu cuma faham "melafaz", syahadah itu perkataan arab, maka jadi lah seperti apa yang berlaku kepada Fatimah Tan, dia melafaz syahadah tapi tidak tasyhadu (meyaksikan/meyakini).

Bagaimana nak meyakini manakah satu Tuhan? Adakah cukup dengan mana satu Tuhan yang diperkenalkan kepada kita? Dalam urusan seharian sendiri kita tak terus terima bulat-bulat apa yang diberitahu kepada kita melainkan ada bukti yang mengesahkan, tapi bagaimana pula dengan mencari Tuhan?

Adakah kerana perkara berkenaan Tuhan ini sensitif, maka dibiarkan kepada ORANG AGAMA sahaja yang mengkaji dan belajar dan kita hanya mendengar dan menurut apa yang diberitahu oleh so called ORANG AGAMA?

Adakah bila mendapat title ORANG AGAMA, automatik dia takkan buat silap atau punya naluri jahat atau automatik naluri baik dia kuat tanpa dia usaha untuk menjadi seorang yang baik?

Ok, sebelum berbicara pasal agama dan mencari tuhan, kita undur sekejap ke belakang...betul ke ada tuhan?

Tau kan makna perkataan tuhan? Tuhan adalah zat yang kita tak dapat tidak kena akur segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehnya. Bagaimana mungkin kita yang berakal ini boleh harus tunduk kepada satu zat?

Apa bukti adanya tuhan? Dan apa bukti tuhan yang dipilih itulah tuhan yang satu? Adakah cukup kita mendengar dan menurut segala apa yang diberitahu/ diajar oleh so called orang agama?

Ada banyak orang agama, ada orang agama-Islam, ada orang agama-bukan Islam, mana satu kita nak mendengar dan menurut? Adakah dengan mengambil kira mana satu yang kita dengar sedari kecil?

...akan bersambung ke bhg. 2