Rabu, Ogos 12, 2009

Bila tau objektif...

Halim : "Objektif itu penting"

Sering terngiang-ngiang kata-kata halim tentang peri pentingnya objektif, dia selalu mengingatkan agar tahu objektif untuk memastikan kelancaran segala kerja buat yang diingini.

Orang yang memikirkan dan mencari jawapan kenapa dia dihidupkan kemudian dimatikan pastinya akan menjumpai tuhan yang selayaknya disembah dan seterusnya akan memilih Islam sebagai cara hidup.

Seterusnya orang yang tahu kenapa dia memilih Islam pastinya akan berdisiplin dalam berislam. Berdisiplin di sini dalam konteks menerima dan menyatakan sesuatu itu dari Islam cuma jika ia disandarkan kepada Kalam Allah (Al-Quran) dan kalam Rasul (As-Sunnah). Sifirnya tentunya mudah saja, sebelum Rasul diutuskan, sape yang tau bagaimana itu Islam? Dan bila turunnya Quran, siapa yang lebbih memahami al-quran dan Islam itu sendiri dikalangan manusia melainkan nabi?

Dalam Al-quran bukan hanya melakukan zina itu haram, tapi menghampiri zina juga haram. Melalui sunnah ar-Rasul, bagaimana praktis Islam itu didemokan. Direkodkan dari sunnah ar-Rasul bagaimana seorang sahabat yang melakukan maksiat dengan seorang perempuan, semua nya telah dilakukan kecuali zina, justeru dia datang kepada Rasulullah untuk dibersihkan, Rasulullah menyuruh beliau solat dua raka'at. (Ingatkan saya untuk meletakkan matan hadis ini).

Logikkan kenapa perlu ikut al-quran dan as-sunnah?

Begitu juga dengan ibadah, jika diketahui objektif, akan lebih menghargai dan menghayati setiap ibadah yang dilakukan. Kewajipan solat fardhu 5 waktu sehari-hari umpamanya, solat adalah merupakan saat kita berdialog dengan tuhan, alangkah indah jika setiap bacaan dalam solat kita fahami, pasti lebih terbekas solat ketika melakukannya apatah lagi jika mengetahui tujuan solat. Dalam as-Sunnah juga direkodkan Rasulullah mengumpamakan orang yang solat fardhu 5 kali sehari seperti orang yang di depan rumahnya punya sungai dan dia mandi 5 kali sehari, maka sudah tentu tiada lagi kotoran di badannya, mandi itu diumpamakan solat dan kotoran diumpamakan dosa-dosa manusia. Betapa ISLAM itu penuh dengan pengampunan dan CINTA dari ALLAH! Ruang pengampunan sentiasa ada!Hatta jika disempurnakan wudhu' pun akan diampunkan dosa setiap angggota wudhu'! Maha suci ALLAH yang Maha Pengampun!

Kenapa kita hidup? Kenapa kita muslim? Kita akan dipertanggungjawabkan dan dipersoal atas Islam yang kita akui kita anuti, adakah pada masa itu cukup kita beralasan "Saya bukan orang agama, jadi saya hanya ikut apa yang orang agama cakap", adakah semurah itu harga syurga ALLAH?

2 ulasan:

fadziyah zaira berkata...

salam~

kata2 yg cukup memberi kesedaran bahawa kita sangat beruntung dilahirkan dalam agama Allah~

dan dalam mencari redha Allah, kita juga perlu berusaha bukan hanya duduk dan rasa bersyukur.

shahadah berkata...

nice info..alhmdulilah..salam ramadhan..moga kita lebih baik dri dulu..