Ahad, Ogos 30, 2009

Renovation

Blog ini dalam proses pengubahsuaian.Major pengubahsuaian,dan tidak akan beroperasi selagi belum siap.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Henti sebar hadith palsu Jibril tentang bermaafan di bulan Ramadhan

Henti sebar hadith palsu Jibril tentang bermaafan di bulan Ramadhan
Share
Wed at 12:48pm
Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah disebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi begini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****



RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka?ab Bin ?Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
?Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]



Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

=============
Keterangan dan pengajaran:

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup.

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!


Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no ? 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ?alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no ? 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ?anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

p/s: artikel disalin tampal dari tulisan masri yang dikongsinya di facebook

Rabu, Ogos 12, 2009

Bila tau objektif...

Halim : "Objektif itu penting"

Sering terngiang-ngiang kata-kata halim tentang peri pentingnya objektif, dia selalu mengingatkan agar tahu objektif untuk memastikan kelancaran segala kerja buat yang diingini.

Orang yang memikirkan dan mencari jawapan kenapa dia dihidupkan kemudian dimatikan pastinya akan menjumpai tuhan yang selayaknya disembah dan seterusnya akan memilih Islam sebagai cara hidup.

Seterusnya orang yang tahu kenapa dia memilih Islam pastinya akan berdisiplin dalam berislam. Berdisiplin di sini dalam konteks menerima dan menyatakan sesuatu itu dari Islam cuma jika ia disandarkan kepada Kalam Allah (Al-Quran) dan kalam Rasul (As-Sunnah). Sifirnya tentunya mudah saja, sebelum Rasul diutuskan, sape yang tau bagaimana itu Islam? Dan bila turunnya Quran, siapa yang lebbih memahami al-quran dan Islam itu sendiri dikalangan manusia melainkan nabi?

Dalam Al-quran bukan hanya melakukan zina itu haram, tapi menghampiri zina juga haram. Melalui sunnah ar-Rasul, bagaimana praktis Islam itu didemokan. Direkodkan dari sunnah ar-Rasul bagaimana seorang sahabat yang melakukan maksiat dengan seorang perempuan, semua nya telah dilakukan kecuali zina, justeru dia datang kepada Rasulullah untuk dibersihkan, Rasulullah menyuruh beliau solat dua raka'at. (Ingatkan saya untuk meletakkan matan hadis ini).

Logikkan kenapa perlu ikut al-quran dan as-sunnah?

Begitu juga dengan ibadah, jika diketahui objektif, akan lebih menghargai dan menghayati setiap ibadah yang dilakukan. Kewajipan solat fardhu 5 waktu sehari-hari umpamanya, solat adalah merupakan saat kita berdialog dengan tuhan, alangkah indah jika setiap bacaan dalam solat kita fahami, pasti lebih terbekas solat ketika melakukannya apatah lagi jika mengetahui tujuan solat. Dalam as-Sunnah juga direkodkan Rasulullah mengumpamakan orang yang solat fardhu 5 kali sehari seperti orang yang di depan rumahnya punya sungai dan dia mandi 5 kali sehari, maka sudah tentu tiada lagi kotoran di badannya, mandi itu diumpamakan solat dan kotoran diumpamakan dosa-dosa manusia. Betapa ISLAM itu penuh dengan pengampunan dan CINTA dari ALLAH! Ruang pengampunan sentiasa ada!Hatta jika disempurnakan wudhu' pun akan diampunkan dosa setiap angggota wudhu'! Maha suci ALLAH yang Maha Pengampun!

Kenapa kita hidup? Kenapa kita muslim? Kita akan dipertanggungjawabkan dan dipersoal atas Islam yang kita akui kita anuti, adakah pada masa itu cukup kita beralasan "Saya bukan orang agama, jadi saya hanya ikut apa yang orang agama cakap", adakah semurah itu harga syurga ALLAH?