Isnin, Julai 13, 2009

marah..maRAH..MARAH!!!

Salam..lama sudah rasanya tidak menulis, blog ini makin sunyi.nasib baik abong ada menulis satu artikel ringkas yang mudah lagi menarik.

Dari hari ke hari, pasti ada benda baru yang dipelajari dalam hidup ini, sesuatu yang baru yang kekadang boleh "mengejutkan" keselesaan hati ini, dan jika disalah tafsir dan diberikan lebih emosi, dibimbangi akan mengundang satu perasaan yang juga merupakan fitrah manusia iaitulah peprasaan marah.

Bila agaknya kita berasa marah?
Ada ke situasi yang wajib marah?
Marah yang bagaimana yang perlu ditahan?

Marah biasa terjadi bila keselesaan kita tergugat, setuju?Dan keselesaan ini subjektif, setiap orang berbeza.Ada yang biasa je bila dimalukan, ada yang pantang ditipu dan ada pulak yang sebaliknya.

Bila kah situasi yang mewajibkan kita marah?Jom kita renung lihat bagaimana Rasulullah, kita sedia maklum Rasulullah dikeji dihina, dilakukan bermacam-macam tentangan oleh kafir Quraisy, tapi ada tak baginda membalas dendam kepada yang menentangnya?

Sebaliknya pula, bagaimanakah respon rasulullah jika sesuatu perkara itu melibatkan tauhid kepada ALLAH dan ISLAM?Tentu anda familiar dengan hadis tentang imam yang panjangkan bacaan sehingga orang lari?

Jabir bin Abdullah al-Anshari berkata, "(Mu'adz bin Jabal pernah shalat isya bersama Nabi. Setelah itu dia pulang dan mengimami kaumnya shalat itu. Kemudian 1/172) datanglah seorang laki-laki dengan membawa dua ekor unta penyiram tanaman, sedangkan waktu malam telah tiba. Ia kebetulan melihat Mu'adz sedang mengerjakan shalat. Orang itu lalu meninggalkan untanya, kemudian mendatangi tempat Mu'adz mengerjakan shalat. Tiba-tiba Mu'adz membaca surah al-Baqarah. Maka, laki-laki itu meninggalkan shalat dan shalat sendiri dengan ringkas. Kemudian apa yang dilakukannya itu diinformasikan oleh seseorang kepada Mu'adz, (lalu Mu'adz mengatakan, 'Sesungguhnya dia itu orang munafik.' 7/97). Kemudian sampailah informasi kepada orang itu bahwa Mu'adz mengecamnya. Lalu, dia datang kepada Nabi saw dan melaporkan tentang Mu'adz kepada beliau seraya berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah orang yang bekerja dengan tangan kami, dan kami menyiram tanaman kami dengan unta-unta penyiram tanaman. Tadi malam Mu'adz shalat mengimami kami, lantas ia membaca surah al-Baqarah. Maka, aku memisahkan diri dan shalat sendiri dengan ringkas. Tetapi, dia kemudian menganggap aku sebagai orang munafik.' Lalu Nabi saw bersabda (tiga kali), 'Wahai Mu'adz, apakah engkau tukang membawa bencana? Alangkah baiknya kalau kamu membaca "Sabbihisma Rabbikal A'la (surah 87. Al A'laa), Wasy-Syamsyi wa Dhuhaaha (surah 91. Asy-Syams), Wallaili idzaa Yaghsyaa (surah 91. Al-Lail), sebab di belakangmu ada orangtua, ada yang lemah, dan ada orang yang mempunyai keperluan."


Kita sebagai muslim percaya segala ketentuan adalah daripada ALLAH, dan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.ALLAH mendatangkan situasi yang menguji ketahanan marah kita dan juga situasi yang memerlukan kepada kita untuk marah, kedua-duanya adalah ujian sabar dan ujian betapa kita sensitif kepada cinta kita kepada ALLAH.

Dan bilamana hidup ini dikatakan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH, maka kita perlu pandai tahan marah dan menggunakan marah pada tempat yang sesuai agar tahan marah kita atau marah kita itu dikira sebagai ibadah.

Jika ada kawan kita yang dilihat mengganggu keselesaan kita, maka jangan cepat saja menzahirkan marah ye idak?kerana bila difikirkan dengan akal yang waras, kenapa pula seorang yang digelar kawan atau sahabat mahu mengguris hati kita?Apatah lagi bila kawan atau sahabat itu adalah saudara seislam, persaudaraan islam merentas perbezaan parti, perkauman, dan apa jua jenis perkumpulan- indah persaudaraan Islam bukan?Bersatu atas satu tauhid.

p/s: Anda suka tak dimarahi?Jika tak, maka jangan lah marah orang lain ye dak? :P

Tiada ulasan: