Sabtu, Julai 18, 2009

Promote Us! (Muslim & Non-Muslim Relations in Malaysia)

p/s: Sorry for the small space in my content column

Photobucket


.

Photobucket




Photobucket



Photobucket



Photobucket


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket




Selasa, Julai 14, 2009

Coffee Talk Datang Lagi..

Monday, July 13, 2009





Coffee Talk Datang Lagi..





Assalamualaikum,

Bagaimana pendapat antum semua dengan Coffee Talk yang pertama ? Menarik ? Mendebarkan ? Menyengat ? Mencabar ? ... ..

Oleh demikian untuk mengoncangkan lagi semangat pemuda dan pemudi sekalian GMT sekali lagi akan membawa dengan program Coffee Talk yang lebih panas dan merangsang minda, butiran seperti berikut :

Topik : Unsur Syiah dalam Penulisan Faisal Tehrani

Universiti Penyampai : Universiti Malaya , Sdr. Mohd Rizal Bin Azizan

Tarikh: Sabtu , 18 Julai 2009

Masa : 9.00 PM

Tempat : Kafeteria , Surau Al- Mardhiyah , Taman Melawati

Sasaran : Semua Pelajar IPT / IPTS

Datanglah beramai-ramai yang mewarnai program tersebut.

*Bagi pelajar yang tidak mengetahui jalan ? , mempunyai masalah transport ?atau kekurangan budget untuk ke program tersebut ?, jangan malu atau segan sila hubungi Aiman ditalian : 019-3827525








1:24 AM

Isnin, Julai 13, 2009

marah..maRAH..MARAH!!!

Salam..lama sudah rasanya tidak menulis, blog ini makin sunyi.nasib baik abong ada menulis satu artikel ringkas yang mudah lagi menarik.

Dari hari ke hari, pasti ada benda baru yang dipelajari dalam hidup ini, sesuatu yang baru yang kekadang boleh "mengejutkan" keselesaan hati ini, dan jika disalah tafsir dan diberikan lebih emosi, dibimbangi akan mengundang satu perasaan yang juga merupakan fitrah manusia iaitulah peprasaan marah.

Bila agaknya kita berasa marah?
Ada ke situasi yang wajib marah?
Marah yang bagaimana yang perlu ditahan?

Marah biasa terjadi bila keselesaan kita tergugat, setuju?Dan keselesaan ini subjektif, setiap orang berbeza.Ada yang biasa je bila dimalukan, ada yang pantang ditipu dan ada pulak yang sebaliknya.

Bila kah situasi yang mewajibkan kita marah?Jom kita renung lihat bagaimana Rasulullah, kita sedia maklum Rasulullah dikeji dihina, dilakukan bermacam-macam tentangan oleh kafir Quraisy, tapi ada tak baginda membalas dendam kepada yang menentangnya?

Sebaliknya pula, bagaimanakah respon rasulullah jika sesuatu perkara itu melibatkan tauhid kepada ALLAH dan ISLAM?Tentu anda familiar dengan hadis tentang imam yang panjangkan bacaan sehingga orang lari?

Jabir bin Abdullah al-Anshari berkata, "(Mu'adz bin Jabal pernah shalat isya bersama Nabi. Setelah itu dia pulang dan mengimami kaumnya shalat itu. Kemudian 1/172) datanglah seorang laki-laki dengan membawa dua ekor unta penyiram tanaman, sedangkan waktu malam telah tiba. Ia kebetulan melihat Mu'adz sedang mengerjakan shalat. Orang itu lalu meninggalkan untanya, kemudian mendatangi tempat Mu'adz mengerjakan shalat. Tiba-tiba Mu'adz membaca surah al-Baqarah. Maka, laki-laki itu meninggalkan shalat dan shalat sendiri dengan ringkas. Kemudian apa yang dilakukannya itu diinformasikan oleh seseorang kepada Mu'adz, (lalu Mu'adz mengatakan, 'Sesungguhnya dia itu orang munafik.' 7/97). Kemudian sampailah informasi kepada orang itu bahwa Mu'adz mengecamnya. Lalu, dia datang kepada Nabi saw dan melaporkan tentang Mu'adz kepada beliau seraya berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah orang yang bekerja dengan tangan kami, dan kami menyiram tanaman kami dengan unta-unta penyiram tanaman. Tadi malam Mu'adz shalat mengimami kami, lantas ia membaca surah al-Baqarah. Maka, aku memisahkan diri dan shalat sendiri dengan ringkas. Tetapi, dia kemudian menganggap aku sebagai orang munafik.' Lalu Nabi saw bersabda (tiga kali), 'Wahai Mu'adz, apakah engkau tukang membawa bencana? Alangkah baiknya kalau kamu membaca "Sabbihisma Rabbikal A'la (surah 87. Al A'laa), Wasy-Syamsyi wa Dhuhaaha (surah 91. Asy-Syams), Wallaili idzaa Yaghsyaa (surah 91. Al-Lail), sebab di belakangmu ada orangtua, ada yang lemah, dan ada orang yang mempunyai keperluan."


Kita sebagai muslim percaya segala ketentuan adalah daripada ALLAH, dan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.ALLAH mendatangkan situasi yang menguji ketahanan marah kita dan juga situasi yang memerlukan kepada kita untuk marah, kedua-duanya adalah ujian sabar dan ujian betapa kita sensitif kepada cinta kita kepada ALLAH.

Dan bilamana hidup ini dikatakan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH, maka kita perlu pandai tahan marah dan menggunakan marah pada tempat yang sesuai agar tahan marah kita atau marah kita itu dikira sebagai ibadah.

Jika ada kawan kita yang dilihat mengganggu keselesaan kita, maka jangan cepat saja menzahirkan marah ye idak?kerana bila difikirkan dengan akal yang waras, kenapa pula seorang yang digelar kawan atau sahabat mahu mengguris hati kita?Apatah lagi bila kawan atau sahabat itu adalah saudara seislam, persaudaraan islam merentas perbezaan parti, perkauman, dan apa jua jenis perkumpulan- indah persaudaraan Islam bukan?Bersatu atas satu tauhid.

p/s: Anda suka tak dimarahi?Jika tak, maka jangan lah marah orang lain ye dak? :P

Rabu, Julai 01, 2009

Asas-asas agama Kristian



Alhamdulillah, saya sempat mengikuti kelas Ust Lim Jooi Soon pada 30hb Jun 2009.
Moga Allah memberkati beliau dan meneguhkan beliau diatas jalan dakwah sunnah yang terbesar, yakni menyampaikan dakwah kepada sesame muslim dan juga kepada bukan muslim.

Sebelum kita masuk kepada focus utama, lebih enak kiranya kita mengenali serba sedikit mengenai apa itu Kristian.

Mengikut penjelasan wikipedia,

“The word comes from Greek Χριστιανός (christianos), from Χριστός (christos) meaning "the anointed one."[2] In the (Greek) Septuagint version of the Hebrew Bible, christos was used to translate the Hebrew מָשִׁיחַ (Mašíaḥ,) (messiah), meaning "[one who is] anointed” (http://en.wikipedia.org/wiki/Christian)

Ust Lim juga menerangkan maksud Kristian dengan mempunyai maksud yang sama. Menurut beliau, Jesus (Isa) diberi gelaran al Masih ( juga dikenali sebagai Messiah). Kemudian apabila Gospel di terjemah ke dalam bahasa Greek, yakni Christianos. Bila di sebut oleh bangsa Inggeris, ia ditukar kepada Christ, dan yang kekal sekarang ialah Christian.

Dalam kata lain ini bermakna, sudah terbukti bahwa agama Kristian ini adalah hasil tangan manusia. Namanya juga hasil dari cetusan minda makhluk yang bergelar homo sapien.

Kita dah selesai berkenaan nama agama Kristian. Sekarang kita menjeling sedikit kepada kitab pegangan mereka.

Ingin diingatkan disini, bahwa kitab pegangan mereka itu bukannya Injil, tetapi ia adalah Al-Kitab. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Holy Bible.

Jika kita (muslim) mengaku kitab mereka sebagai Injil, maka kita perlu beriman kepada Holy Bible itu. Bukankah kita diwajibkan beriman kepada semua kitab? Yang pasti, Holy Bible tidak termasuk didalam senaria kita-kitab yang patut kita imani.

Setelah kita semua bersetuju bahwa Holy Bible bukanlah Injil, maka suka untuk saya menyentuh atau kembali kepada fokus utama kita, yakni asas-asas agama Kristian.

1. Dosa Warisan.
2. Isa anak Allah
3. Salib
4. Trinity
5. Jesus adalah Tuhan



Dosa warisan.

Apabila menyentuh persoalan ini, kita akan dibawa kembali kepada kisah nabi Adam as yang diperdaya oleh syaitan, agar melanggar larangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada baginda, ketika didalam syurga.

Kita sebagai muslim dan mukmin, percaya daripada kisah ini bahwa Nabi Adam as telah melakukan kesalahan. Kita juga beriman bahwa Allah telah mengampunkan kesalahan baginda setelah baginda bertaubat.

Penganut kristian berbeza dengan kita. Mereka beriman bahwa Nabi Adam as telah melakukan dosa. Dosa itu belum diampunkan Allah. Lebih malang lagi, mereka mempercayai bahwa dosa itu diwarisi oleh setiap anak yang lahir setelah kematian Nabi Adam as.

Secara logiknya kita boleh bertanya kepada pengikut Kristian,

“ Jika ayah kamu bunuh orang, polis tangkap mak dan adik kamu, adakah kamu rela?”

Soalan yang lebih mudah ialah, “Jika ayah kamu makan cili, adakah kamu akan mer asa pedas?”

Atau jika mereka mengatakan bahwa dosa warisan itu adalah dari segi spiritual, kita boleh melukis gambar atau diagram MLM (Mult Level Marketing) kepada mereka.



Kita hanya perlu bertanya, “ Nyawa Nabi Adam as, siapa yang beri?”. Mereka pasti menjawab Allah. Kemudian kita tanya, “Nyawa manusia-manusia yang selain Nabi Adam as?”. Dan sekali lagi, mereka akan menjwab Allah.

Maka, dari sudut mana, manusia-manusia selain Nabi Adam as mewarisi dosa warisan itu?


Isa anak Allah.

Pengikut Kristian beriman bahwa Jesus (Isa) adalah anak Allah.

Sebenarnya, jika kita (muslim) atau bukan islam, betul-betul mengkaji kitab Bible, didalamnya ada mengakui bukan Jesus sahaja anak Allah. Bahkan ramai. Semua yang diakui sebagai anak Allah adalah mereka-mereka yang membuat kabaikan dan kebajikan.

Secara logika juga kita boleh berdiskusi begini:

“Anak kuda adalah kuda”.

Dari pernyataan kita bersetuju bahwa ia adalah kebenaran.

Dari kebenaran ayat diatas, kita dapati ada tiga ciri utama.

a) anak kuda dan ibubapa kuda adalah sama jenis
b) anak kuda dan ibubapa
kuda mempunyai permulaan (hidup) dan akhir (mati)
c) anak kuda wujud, kerna
mempunyai ibubapa. Begitu juga hasil kewujudan ibubapa kuda adalah kerna asbab
yang sama

Jika kita bersetuju Jesus adalah anak Tuhan. Maka jom kita lihat dan kaji.

a) Jesus adalah manusia biasa, manakala Tuhan adalah Tuhan, berbeda.
b) Jesus mempunyai mula dan akhir, tapi Tuhan tidak mempunyai mula dan akhir.
c) Tuhan dikatan ayah kepada Jesus, tapi adakah Tuhan juga mempunyai ayah dan ibu?

Salib

Pengikut agama Kristian percaya bahwa jika mereka beriman bahwa Jesus telah disalib, maka dosa warisan mereka akan terhapus, dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Kita sebagai muslim dan mukmin beriman bahwa Nabi Isa tidak disalib dan tidak dibunuh.

Jika dikaji didalam Bible, sepanjang hidup Jesus, baginda dikatakan berkomunikasi dengan Tuhan dengan memanggil Tuhan dengan nama “Ayah”.

Tetapi jika kita perhati didalam filem Passion of Christ, dikala Jesus (yang dilakonkan) hendak disalib dan dibunuh, Jesus itu berkata, “God, God, God why you forsaken me?”

Logik tak, jika sepanjang riwayat hidup kita, kita memanggil ayah kita dengan gelaran ayah, tapi disaat nazak, kita memanggil ayah dengan nama, “Daddy, Daddy, Daddy”?

Trinity

Mula-mula, cuba kita minta dia nyatakan mengenai kepercayaan Trinity yang disebut dalam Bible. Pasti takkan ada.

Kepercayaan ini timbul hasil dari kisah semasa Jesus dibaptis di sungai Jordan. Pada ketika itu Jesus di sungai Jordan. Pintu langit terbuka, dan rohul qudus turun menjadi merpati (sebagai sayap dibelakang Jesus). Tuhan pula berada diatas (langit). Maka timbullah ideologi Trinity.

Keyakinan mereka didalam persoaalan ini ialah Tuhan itu Satu dalam Tiga. Dalam kata lain, Tiga dalam Satu.

a) Tuhan bapa = tuhan
b) Tuhan anak = tuhan
c) Tuhan rohul qudus = tuhan

Yang lebih alim mungkin akan menerangkan bahwa kosep Trinity ini adalah bermaksud ketiga-tiga Tuhan itu wujud pada waktu yang sama, tapi di tempat yang berbeda.

Mereka mungkin akan memberi contoh:

a) Ali anak kepada Abu
b) Ali suami kepada Abu
c) Ali ayah kepada Mamat


Secara logik tanpa berfikir, kita mungkin akan terus bersetuju dengan contoh yang diberi. Kerna dikatakan Ali adalah satu, dalam masa yang sama mempunyai tiga watak atau individu.

Tapi jika difikir secara mendalam. Jika pada 30hb Jun 2009, jam 9 pagi; Ali tinggal bersama isterinya di Kuantan, maka adakah Ali boleh wujud disisi Pak Abu yang berada di Jordan, pada waktu yang sama?

Dan jika anak Ali, pada waktu yang sama berada di Jerman, adakah Ali tetap wujud disisi Mamat (anak Ali) dalam masa serentak?

Kita juga akan menggunakan keyakinan mereka bahwa Jesus telah disalib dan dibunuh, jadi Tuhan yang tinggal hanyalah dua, bukannya tiga (mengikut kepercayaan mereka).

Jesus anak Tuhan

Kepada mereka yang sudah mengkaji Bible, sila nyatakan dimanakah bukti yang terdapat didalam Bible yang menyatakan bahwa Jesus itu Tuhan.

Juga tidak terdapat sebarang ayat didalam Bible, dimana Jesus mengaku bahwa dirinya adalah Tuhan.

Apa yang ada ialah mengenai Peter (anak murid Jesus yang paling kanan diantara 12 orang anak murid Jesus). Ada didalam Bible, dimana Peter menyatakan bahwa,

Jesus adalah seorang manusia, diutuskan Tuhan kepada manusia, dikurniakan
mukjizat dengan izin Tuhan, sebagaimana yang kamu semua tahu.