Selasa, Jun 02, 2009

Hidayah : Bukti Tuhan Tak Adil?


Hidayah

Sebelum ini, penulis ada berkongsi artikel dari seorang ustaz berkenaan hamba allah ketika berhadapan dengan masalah (ujian) dan artikel ustaz yang sama tentang jawapan dari al-quran kepada mereka yang selalu menyalahkan ALLAH bila ditimpa musibah dalam beberapa mailing yahoo groups yang penulis sertai.

Dilihat dari satu sudut (sudut orang yang mengiktiraf ALLAH tuhan yang selayaknya disembah) maka sememangnya sebagai hamba tidak boleh mempersoalkan ujian dari ALLAH, tapi diri sendiri perlu cuba untuk melihat hikmah disebalik ujian tersebut.Bagaimana pula dari perspektif bukan Islam?

Ada non-muslim mengatakan konsep hidayah adalah milik ALLAH dalam Islam bukti ALLAH tak adil.Frasa-frasa seperti "Allah bagi hidayah pada siapa yang Dia kehendaki dan sesatkan siapa yang Dia kehendaki" dipandang oleh sesetengah non-muslim sebagai tidak adil, maka dia terus buat kesimpulan dah memang ALLAH yang nakkan dia menjadi non-muslim.

Persoalan yang timbul, "Siapakah yang mengetahui siapa yang ALLAH beri hidayah dan siapa yang ALLAH nak sesatkan?", adakah semua yang bergelar muslim sememangnya terjamin kehidupan yang baik di akhirat (hereafter)sana?

Bukti-bukti wujudnya tuhan tidak terbatas hanya dengan al-quran dan peranan utusanNya.Seluruh alam ini bukti ada nya pencipta dan pentadbir alam ini (Tauhid Rububiyah), setiap yang mengaku adanya tuhan meyakini adanya satu Zat yang berkuasa mencipta dan mentadbir alam ini, cumanya dalam islam pengiktirafan adanya tuhan yang mencipta dan mentadbir ini diistilahkan sebagai Tauhid Rububiyah (pengesaan ke atas Pencipta dan Pentadbir alam ini), maka tak salah dikatakan non-muslim yang percaya adanya tuhan juga punya Tauhid Rububiyah (baca kali ini: mengakui adanya pencipta dan pentadbir alam ini).

Selesai mengiktiraf adanya tuhan, maka seterusnya adalah persoalan mencari Tuhan itu. Tuhan semestinya tidak serupa makhluk (adakah pencipta menyerupai yang dicipta?), apatah lagi bias kepada kaum-kaum atau puak tertentu?Semua manusia yang waras mempunyai akal yang boleh dimanfaatkan untuk berfikir tentang ini dan disertakan niat sememangnya untuk mencari kebenaran, maka pastinya akan mengenepikan persoalan emosi seperti agama nenek moyang dan sebagainya.

Muslim Warisan dan Non-Muslim

Beruntungnya mereka yang dilahirkan muslim, mereka tak perlu bersusah payah mencari tuhan, kerana sejak kecil sudah ditanam dan diajar untuk menerima ALLAH lah tuhan yang patut disembah.Sebaliknya pula bagi mereka yang dilahirkan dari keluarga bukan Islam.Adilkah tuhan?Semua manusia adalah ciptaan ALLAH,kenapa ada pilih kasih begini ye?

Kita lihat realiti sekarang, non-muslim kebanyakannya dilihat sangat menghargai ilmu, dan mereka sangat mementingkan fakta dan angka (facts and figure) dalam berurusan dalam kehidupan harian tapi kurang mengaplikasikannya dalam konteks mencari Tuhan.

Realiti muslim sekarang pula, dilihat lebih selesa dengan status mereka dilahirkan Islam, dengan ALLAH sebenar-benar tuhan membuatkan mereka kurang berusaha dalam memajukan diri tapi cuma berbangga dengan kegemilangan oleh muslim zaman silam tanpa cuba untuk menjadi seperti mereka, muslim sekarang lebih suka menggunakan sahaja ilmu atau teknologi dari non-muslim yang berjaya memanfaatkan fungsi akal untuk kehidupan harian (dalam konteks mengejar teknologi).Muslim sekarang juga lebih sekadar berpuas dengan apa jua yang diterima dan didengari asalkan diletakkan remark disitu sebagai ini lah cara islam,islam menganjurkan begini dan begitu dan sebagainya tanpa banyak soal kepada kesahihan claim itu.

Non-muslim sekarang nyata lebih bijak dan lebih memanfaatkan akal dan menghargai disiplin ilmu dalam hal-hal keduniaan dan muslim pula selesa dengan Islam yang diwarisi tanpa cuba memahami bagaimanakah yang dikatakan berislam itu.

Muslim kena usaha, non-muslim juga kena berusaha

Masing-masing diberi kelebihan dan kekurangan, muslim tak boleh mengabaikan hal keduniaan kerana selain menjadi hamba ALLAH, muslim juga berperanan dalam memakmurkan dunia ini iaitu berperanan sebagai khalifah di muka bumi, bolehkah muslim sekarang menjadi khalifah dengan realiti seperti itu?

Cukupkah lahir sebagai muslim?Sudah cukupkah seseorang non-muslim menjumpai kebenaran kemudian revert menjadi muslim,sudah terjaminkah syurga untuknya?Bagaimana mahu mengesahkan apakah yang dikatakan ajaran Islam itu?Muslim perlu berusaha untuk memastikan segala amalannya adalah sahih seperti mana yang didemo kan oleh utusan ALLAH yang dihantar untuk mengajarkan manusia bagaimanakah Islam itu.Cukupkah dengan cakap-cakap orang (sama ada mufti, ustaz dan tok guru kita)?Perlukan kepada fakta bukan? itu gunanya Al-quran dan As-sunnah yang sahih.Kenapa perlu as-sunnah yang sahih?Kerana muslim sekarang levelnya dah makin kurang, kejujurannya makin berkurang, sesnsitivitinya kepada keaslian sumber agama itu kurang.

Manakah yang lebih betul faham tentang Islam? Rasulullah atau tok-tok guru kita?Lantaran itu perlu apa yang diajar oleh tok-tok guru kita selari dengan sunnah rasul.Rasul tentunya selari dengan apa yang diberitahu al-quran, maka ikut sunnah secara langsung akan selari dengan al-quran.Walaupun mengaku ikut al-quran tapi tolak rasul, tak jadi, sebab rasul yang lebih tahu dan faham visi dan misi Islam yang ALLAH nak berikan kepada manusia.


Non-muslim pula usahanya  perlu memanfaatkan akal yang ada untuk menilai balik adakah benar agama anutannya adalah agama yang diredhai tuhan?Sesungguhnya manusia tak sempurna, apa jua ciptaan manusia pasti ada kecacatan, begitu juga halnya agama yang bukan dari ALLAH.Bandingkan saja kitab al-quran dengan kitab-kitab lain, bandingan dengan dispilin maka pasti akan terbukti manakah kitab dari si Pencipta.

Hidayah dari tuhan?Itu urusan ALLAH, yang penting kita buat kerja kita, iaitu manfaatkan akal untuk mencari kebenaran tak kira muslim atau non-muslim.

Kehidupan adalah proses

Ramai yang selalu menyebutnya termasuk penulis tetapi selalu juga lupa untuk betul-betul memahami dan aplikasikan dalam kehidupan.Mencari kebenaran, menjadi muslim yang baik itu adalah proses yang berterusan.Bila dah namanya kediupan adalah proses, adakah sesorang yang berumur 25 tahun boleh mengakui dia sudah selesaikan proses tersebut?Biar saya frasakan balik ayat ini dengan : Bolehkah seorang yang berumur 25 tahun mengaku : "Alhamdulillah, aku dah berjaya jadi muslim yang baik"

Jadinya, muslim warisan (yang dilahirkan muslim) juga perlu berusaha untuk mencari kebenaran (beramal dengan ajaran islam yang sahih) dan memajukan diri untuk memakmurkan bumi (peranan sebagai khalifah).

Bagi non-muslim pula, sudah punya kelebihan dalam kemaslahatan dunia (teknologi), maka usahanya perlu juga kepada menjamin kemaslahatannya di akhirat (hereafter), sebab kita semua akan mati, dan sama ada seseorang itu percaya atau tidak akan adanya pengadilan di akhirat kelak, semuanya tetap akan diadili berdasarkan apa yang telah diperbuat semasa kehidupan di dunia.Berfikirlah tentang asal - usul kejadian kita, si Pencipta tentunya tahu bagaimana penciptaan manusia, dan terbukti apa yang diceritakan Pencipta tentang penciptaan manusia itu kena dengan sains yang manusia berjaya terokai ilmunya setakat ini, tapi tak semua sains manusia berjaya merungkai 'ilmu sains' dalam al-quran, mungkin generasi terkemudian akan berjaya menemuinya.

Kenali Islam dari sumbernya, bukan dari Muslim

Islam itu indah, lihat saja namanya, Islam yang bermaksud penyerahan secara total kepada si Pemilik yang Abadi iaitulah Allah Jalla wa 'Ala.Tapi adakah dengan sesorang itu mengaku seorang Islam, maka automatisnya dia menjadi seorang yang baik?Nama islam itu sendiri bersifat sesuatu perlakuan atau perbuatan iaitu penyerahan.Maka dengan mengaku menjadi seorang yang berislam (muslim) maka seseorang itu melakukan islam, dan verb Islam ini menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, tidak terbatas kepada aspek ritual sahaja.

Sama seperti ukhwah islam, ukhwah islam sangat indah.Tapi bukan bermaksud bila seseorang itu sama akidahnya, maka terus dia dapat merasai indahnya ukhwah islam itu.Ukhwah islam atau persaudaraan atas nama islam itu memerlukan setiap yang mengaku berislam (muslim) berusaha sesuatu.Apakah ia?iaitulah berusaha memelihara hubungan dengan setiap yang mengaku berislam (muslim) seperti saudara kita.Seseorang boleh memilih kawan kan, tapi bolehkah seseorang itu memilih adik beradiknya (saudara kandung)? Tidak bukan?Jadi baik atau buruk saudara kita, tetap dia saudara kita dan kita kena perbetulkan.Sama juga persaudaraan atas nama Islam, setiap yang berislam adalah saudara kita, kita tak boleh memilih mana yang kita nak berukhwah islam dengan dia atau tidak, tak kira dia kawan baik kita ataupun tak, kita suka dia ataupun tidak, nak tanak tetap kita kena pelihara hubungan yang baik dengan dia dan bersangka baik dengan dia.Rasulullah tak menamakan hubungannya yang rapat dengan Abu Bakar sebagai ukhwah islam, tapi baginda menyatakan Abu Bakar adalah teman rapat.Kawan baik berbeza dengan persaudaraan atas nama islam, semua orang pastinya punya kawan atau rakan yang lebih digemari, tapi ukhwah islam tetap sesuatu tuntutan wajib dalam islam untuk dipelihara tanpa mengira batas suka atau tak, gemar atau benci.

Begitulah satu dua contoh keindahan Islam, dan setiap yang mengaku berislam dituntut untuk berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam ini, ianya bukan terinstall secara automatik setelah mengucap dua kalimah syahadah, tapi memerlukan jihad (usaha) untuk melaksanakannya.Dan muslim berjihad untuk melaksanakan islam itu juga adalahs atu proses yang berterusan.Maka adalah tak wajar untuk menilai Islam dari Muslim kerana Muslim itu sendiri masih dalam proses untuk melaksanakan Islam.

Tuntutan adalah satu kemestian, bukan pilihan

Syurga itu mahal harganya, dan setiap manusia yang ingin ke sana perlu membayar "harga" tiketnya. Islam itu adalah tiket ke syurga, bermakna untuk memiliki tiket tersebut adalah satu keperluan ke syurga.Dan sudah tentu juga, cuma tiket yang asli yang pass untuk masuk syurga.bagaimana untuk menjamin mendapat Islam yang asli? - Al-jawab sudah tentu dengan tidak mengabaikan manual dan demo oleh orang yang betul-betul memahami Islam (manual = al-quran, demo = sunnah rasul).Mungkin kita tak dapat untuk 100% sama seperti yang asal, tapi kita berusaha dengan berdisiplin dalam merujuk sumber-sumber yang sahih dan tafsiran golongan awal tentang misi dan visi Islam oleh Rasulullah.

Satu lagi keindahan dalam Islam adalah, tuntutan nya datang secara pakej 2 dalam 1.Islam menuntut :

  1. Amar Makruf (Melaksanakan ibadah dan perbuatan baik)
  2. Nahi Mungkar (Meninggalkan maksiat dan pekara jahat)
Kedua ini datang selari, dan muslim perlu melaksanakan keduanya.Seperti contoh, perempuan yang bertudung labuh sekalipun, tapi jika masih mengumpat atau bersangka buruk kepada yang tidak bertudung, pun tak jadi.Ataupun petah bercakap pasal agama, tapi kalau masih lagi gagal kawal syahwat, pun masalah.Usaha perlu selari ke arah dua-dua tuntutan, sama seperti orang yang nak menjaga kesihatan, tak jadi kalau cuma aktif bersenam tapi pemakanan tak jaga, amar makruf dan nahi mungkar itu satu pakej, takleh dipisahkan.

Manusia itu lemah

Dalam melakukan apa jua proses, pasti kita akan mengalami kegagalan, dan dari kegagalan kita pelajari sebab-sebabnya supaya tak diulangi keseilapan sama, selagi seseorang itu tidak dapat mengetahui sebab dan cara mengatasi kesilapan lalu, selagi itu dia mengulangi kesilapan yang sama, walaupun pada zahirnya nampak seperti dia yang mahu melakukan kesilapan itu, tapi hakikatnya pastilah kerana dia masih gagal mengenalpasti cara untuk mengatasi kesilapan lalu.Disini perlunya proses menuntut ilmu.

Islam nan indah

Islam menganjurkan bersangka baik,menuntut ilmu, menjaga ukhwah islamiyah dan pelbagai lagi.Lihatlah Islam pada faktanya, dan maafkanlah muslim yang masih dalam proses menjadi muslim yang baik.Kepada sesama muslim, kongsikanlah ilmu, tips, petua dan sebagainya kepada muslim yang memerlukan, sama-sama kita mengislah diri.




Tiada ulasan: