Rabu, Mei 13, 2009

Perlu Tahu, Perlu Mahu dan Perlu Mampu

Perlu Tahu

Wahyu pertama yang diturunkan menyeru atau mengarah kita untuk membaca. Maksud firman Allah itu:


“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Mulia...” (Al-Alaq, ayat 1-3)


Jika ada yang mengatakan bahwa semua agama menyeru kepada kebaikan, maka kita katakan memang sifat fitrah manusia itu suka dan perlukan kepada kebaikan.
Namun sejauh mana kehidupan manusia ini tidak tercemar dengan kehendak hawa nafsu dan bisikan syaitan? Kita semua mengakui bahwa hanya agama Islam yang masih belum dicemari, kerna kitab kita, yakni Al-Quran dipelihara Allah dari sebarang penyelewengan.

Agama-agama lain sudah bercampur baur dengan hasil sedokan dan ubahsuai dari tangan-tangan individu yang megaku alim dan arif. Padahal mereka ini semua tidak maksum.
Maka kita Perlu Tahu. Perlu mencari ilmu. Ilmu agama itu untuk kita menjadi hambaNya, manakala ilmu fardhu ain itu untuk kita menjadi khalifahNya.

Hadis Rasulullah juga ada menyebut yang maksudnya:


“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim” (Riwayat ibnu Majah)
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ini semua hadis Nabi saw. Adakah kita menafikanya?

Dewasa ini, berapa ramai yang mempunyai ilmu tentang agama, namun kehidupan mereka ini kelihatan tidak tahu beragama (menjadi Muslim). Adakah ini kerna niat yang tidak ikhlas dalam mencari dan menuntut ilmu?

Ilmu yang bagaimana yang dapat mencetuskan Mahu? Dalam kata lain yang dapat mencetus dan meningkatkan iman.

Yang pasti, kita perlu sentiasa berusaha. Jangan putus asa. Tidak rugi jika kita sentiasa meminta dipertemukan jalan yang benar, jalan yang satu, yang menuju Dia.

Perlu Mahu.

Dah kenal maka dah cinta. Setiap kita mempunyai jodoh masing-masing. Walaupun kita banyak berkenalan dengan orang, namun cinta yang membuahkan ikatan pernikahan tidak terjadi pada setiap orang yang kita jumpa.

Jika dipandang disekeliling, kita dapat lihat begitu ramai remaja yang bercinta. Bercinta bagai nak rak. Tapi diantara mereka ini, sejauh manakah mereka beriya-iya mahu mengikat perhubungan itu dengan pernikahan? Mereka mengaku sudah mengenal cinta. Adakah mereka Mahu kepada pernikahan itu?

Bagaimana mencetus mahu? Mencetus iman dan meningkatkannya melalui semua ilmu yang kita telah Tahu.

Allah ingin mencetuskan Mahu dari hamba-hambanya dengan menjanjikan banyak nikmat-nikmat yang terdapat didalam syurga.

Allah memberitahu kita melalui firmanNya, mengenai azab-azab yang pedih dan berat di dalam neraka. Ini juga agar kita berasa takut. Agar kita sentiasa ingin Mahu pengampunanNya. Agar kita selalu Mahu beringat bahwa hidup didunia ini hanya sementara, sebagai tempat persinggahan sahaja.

Maksud dari surah Al-Qiyamah, ayat 1-14:


“Aku bersumpah dengan hari Kiamat. Dan Aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri). Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus. Dia (manusia) bertanya, ‘Bilakah hari Kiamat itu?’ Maka apbila mata terbelalak (ketakutan). Dan bulan pun telah hilang cahayanya . lalu matahari dan bulan dikumpulkan. Pada hari itu manusia berkata, ‘ Ke mana tempat lari?’ Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang telah dilalaikannya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri”


Apa lagi yang kita Mahu selain dari Rahmat dan Keredhaan dariNya?
Mahu seribu daya, tak Mahu seribu dalih. Adakah kita tak mahu Syurga?

Perlu Mampu

Dalam prinsip fizik (diambil dari Wikipedia):

Kerja ialah pengamiran Daya di atas jarak tertentu

Dalam kata lain, kerja itu melibatkan daya (usaha). Dan usaha itu perlu bergerak (melibatkan satu proses).

Iman pula bukan hanya sekadar imu. Ia adalah gabungan ilmu dan amal.


"Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu adalah warak” (maksud hadis sahih Riwayat al-Hakim)



Ibadat tanpa ilmu, ibadatnya itu sia-sia. Ilmu tanpa praktis, itu juga hanya menambah beban kepada empunya diri, kerna tidak menunaikan hak ilmu itu.

Ramai yang Tahu, tidak kurang juga yang mempunyai Mahu, namun hanya segelintir yang Mampu merealisasikan keMahuan itu.

Yang pasti, ramai di antara kita mudah tewas dengan nafsu dan bisikan hati. Memang berat melawan kedua-duanya. Bukankah Syurga itu penuh nikmat? Maka sudah tentu harganya memang mahal, dan tidak diberi secara percuma.

Berikut adalah contoh beberapa contoh yang Tahu apa yang perlu dicari didunia ini, dan mereka Mahu mencapainya untuk akhirat, serta mereka berusaha seMampu mungkin untuk mendapat jaminanNya.



Tiada ulasan: