Isnin, Mei 11, 2009

Kita HambaNya


Buah Epal pun punya berbagai warna dan rasa, adakah cuma epal dengan warna dan rasa tertentu sahaja yang paling baik?


Sudah lama tidak menulis, bukan kerana tiada pekara yang berlaku di sekitar, cuma ditahan perasaan untuk menulis ketika diri masih lagi diselubungi emosi, takut apa yang diluahkan hanya kerana emosi dan bimbang mesej nya nanti tak kesampaian.

Kurang lebih 4 tahun di MMU, ramai yang ditemui, pelbagai ragam - satu lagi bukti kekuasaan ALLAH, DIA mampu menciptakan setiap makhluk itu unik di antara satu sama lain. Dan sudah tentunya kepelbagaian itu tujuan nya untuk kita punya satu usaha, iaitu lah usaha untuk saling mengenali.

Bayangkan jika semua manusia cuma satu ragam, satu fikrah dan pelbagai lagi kesatuan, maka manusia tak perlu untuk mengenali, kerana automatik tiada akan wujud pergeseran, percanggahan pendapat dan sebagainya yang melibatkan kepelbagaian. Setuju?

Tapi dijadikan kita ini dengan kepelbagaian, bila proses untuk saling mengenali dan memahami kepelbagaian itu akan bermanfaat di kala itu perasaan marah, sakit hati, sedih dan banyak lagi jenis perasaan.Bak kata orang baru lah hidup ini ada warna -warni nya, setuju?

Mungkin ada orang berpendapat, "Lagi bagus kalau cuma ada perasaan yang positif, yang negatif seperti marah, sedih, sakit hati dan sewaktu dengannya tak perlu ada, maka tentunya dunia lebih indah".Ya, itu lah kehidupan yang ideal, betul anda nak macam itu?Kalau betul nak hidup dalam dunia yang sebegitu, maka kenalah berusaha, moga nanti berjaya masuk syurga di akhirat.Bukankah kehidupan kat dunia ini cuma sementara? Takkan benda yang ideal perlu sementara?Benda yang ideal, mesti lah kekal ye dak?Kehidupan di akhirat itu nanti kekal, maka kita pilih, sama ada nak yang "negatively ideal" iaitu di neraka atau nak yang "positively ideal" iaitu di syurga.

Ok, berbalik kepada kepelbagaian ragam, kepelbagaian ragam kekadang menyebabkan seseorang itu akan menilai individu yang dilihatnya tak sepertinya, pada pandangannya hanya caranya yang terbaik dan sepatutnya, orang lain patut buat atau ikut sepertimana yang dirasanya adalah betul.Siapa kita untuk menilai orang lain?

Kalau difikir-fikir, kita nilai orang lain dan rasa orang lain kurang betul, tapi kenapa kita juga yang menilai diri sendiri dan merasakan kita betul?Kata lah kita adalah si A dan orang lain itu si B, jika perlu si A untuk nilai betul salah si B, tapi adilkah cuma si A yang nilai diri sendiri yang dirinya betul?

Orang lain ada cerita sendiri, orang lain juga punya kemampuan berfikir, pasti semua kita punya alasan tersendiri.Jadi bagaimana nak membetulkan sesama kita?Iaitulah dengan membetulkan diri sendiri dahulu, tonjolkan dengan akhlak yang baik, bukankah orang lebih percayakan apa yang dilihat daripada apa yang didengar?Ada satu frasa :"Action speaks louder than words", dan respon kita kepada persekitaran akan mempengaruhi reflek persekitaran itu kepada kita.Pentingkan akhlak?Rasulullah juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak , dan akhlak berkait rapat dengan hati dan Islam sangat menitik beratkan soal penjagaan hati.

Kalau lah setiap kita memang perihatin dalam menjaga hati dan akhlak masing-masing, pasti kita tak punya masa untuk menilai orang lain bagus ke tidak, hati orang lain baik ke tidak.Dah bagus sangat ke kita untuk tugas menilai orang?Dah dijamin syurga ke kita ni?Bersangka baiklah dan dalam masa yang sama teruskan menyampaikan apa yang dari ALLAH (al-quran) dan apa yang dari nabi (as-sunnah), di samping menyampaikan tafsiran ulamak muktabar yang selari dengan dua sumber yang sahih tadi.



Mungkin hari ini kita jaga solat, esok lusa siapa tahu?Mungkin kita yang hari ini adalah kerana ALLAH berikan kita keluarga yang menekankan aspek islam, boleh kah kita samakan dengan merekea yang punya keluarga sebaliknya?Kita yang baik pada sangkaan kita hari ini adalah kerana hidayah ALLAH, dan pada bila-bila masa ALLAH boleh cabut hidayah itu.Moga kita dijauhkan dari mereka yang dicabut balik hidayahNya. 

Adakah seorang hamba layak untuk menilai hamba yang lain?Kenapa begitu yakin dalam menilai, adakah ALLAH dah naikkan pangkat kita dari kalangan hambaNya?

p/s: Ada orang cakap, apa yang kita nampak sebagai kelemahan pada orang lain adalah cermin kepada kita, apa kata perbaiki diri dahulu? 




2 ulasan:

joegrimjow berkata...

2 pasal ilmu melampaui segalanya

Fufu berkata...

ilmu itu penting..setuju :D