Isnin, April 27, 2009

Tentang Matlamat dan Kemampuan

Alkisahnya petang itu, diri ini cuba untuk kembalikan rutin untuk berjoging sekerap yang termampu dalam seminggu.Seperti biasa, alhamdulillah diri ini diber kelebihan untuk mampu bertahan berjoging untuk tempoh yang agak lama.

Seperti biasa juga, bila berjoging, sering akan terserempak atau berselisih dengan orang-orang lain yang juga melakukan aktiviti yang sama - joging.Sering kali jua pada setiap kali berselisih itu juga lah akan terasa lebih bertenaga dan setiap langkahan jogingnya lebih tegar.Adakah lumrah / fitrah manusia dijadikan lebih kuat apabila berjemaah?Hurm..

Dan seperti biasa setiap kali berselisih juga, diri ini punya kemahuan untuk mendahului dalam langkahan joging, untung jika jumpa yang kurang 'power', berjaya lah mendahului, untung jumpa yang lebih 'power', memang pasrah je la.Tapi, nak mendahului pun tengok keadaan, jika matlamat / objektif pada hari berkenaan masih lagi jauh untuk dikecapi, maka diri ini akan buat keputusan mengekalkan 'pace' yang selesa supaya tenaga dapat disimpan untuk mencapai matlamat yang masih lagi jauh.

Ada orang, matlamatnya dan kemampuannya sekian dan sekian, maka 'pace' langkahnya disesuaikan dengan matlamat dan kemampuannya. Takkan la kita mahu mengikut 'pace'orang lain walhal kita punya matlamat dan kemampuan yang tersendiri, setuju?

Jangan diikutkan hati nak dilihat sama 'pace' dengan orang lain, bimbang nanti anda yang rebah. Kalau rebah yang ringan, mungkin boleh segera bangkit dan menyambung langkah menuju matlamat, tapi andai rebah yang berat?nak bangkit semula mungkin perlu masa yang lebih lama, atau silap haribulan perlu diletakkan sub-matlamat sebelum sampai matlamat sebenar. Dan lebih malang lagi, jika rebah sehingga terus buat keputusan meninggalkan matlamat itu.


Gambar Hiasan: Fuad dan Yussamir pd malam MMU Awards

Sekian dulu, sekarang musim sibuk pelajar MMU.InsyaALLAH ada kesempatan dan idea, akan berkongsi lagi.

Fuad Nordin
MMU Cyberjaya,
02 Jamadil Awal 1430H.

1 ulasan:

soulofdmind berkata...

biarla matlamat yang diteteapkan itu menghalalkan cara