Sabtu, Februari 07, 2009

Fiqh Dakwah 2

Lama tak menulis, alhamdulillah bukan hanya berehat kosong, sepanjang cuti menulis ni saya membaca artikel-artikel menarik dari Majalah Solusi edisi 3, video-video ceramah Sheikh Yusuf Estes sepanjang lawatannya ke Malaysia, dengar luahan pendapat dari ustaz berkenaan pendakwah-pendakwah muda (lebih kepada mahasiswa).

Usia Muda

Tak dapat dinafikan , usia muda uisa yang penuh dengan semangat,'energetic' kata mat saleh. Bukan hanya tenaga fizikal kita di tahap optimum, tetapi juga pemikiran, emosi seperti ghairah untuk menyebarkan atau berkongsi tentang keindahan islam juga berada di kemuncaknya di usia muda.

Usia muda juga cabarannya besar, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru, untuk meneroka lebih kepada fungsi gender juga memuncak di usia muda.Lantaran itu orang muda yang berjaya mengawal diri dan memberi manfaat kepada agama sangat dipandang tinggi di dalam agama.

Kekurangan/Kelemahan Orang Muda

Daripada apa yang tertulis setakat ini, semuanya maksimum di usia muda, agaknya apa yang kurang bagi generasi muda? Rasanya semua setuju antara kekurangan penting dalam diri orang muda adalah :

  • Ilmu Teori
  • Ilmu Praktikal
Di antara dua poin di atas, poin ilmu teori lebih mudah untuk seseorang mengakui yang dia kekurangannya dalam sesuatu bidang, sebab ilmu teori melibatkan fakta, senang nak dibuktikan dia memang punya ilmu tersebut atau tidak.

Apa yang menjadi fokus utama dalam tulisan kali ini adalah kekurangan ilmu praktikal, kenapa ilmu praktikal penting?Ilmu adalah ilmu kehidupan, sesuatu yang kalau dimanfaatkan, digunakan, akan mudah menolong untuk menyampaikan sesuatu mesej. Itulah bezanya sesuatu yang bersifat theorical dengan sesuatu yang bersifat practical. Ilmu praktikal akan memudahkan gambaran sesuatu mesej.


Theorical atau Practical lebih penting?

Dua - dua sama penting, dan dua-dua saling menolong antara satu sama lain. Ilmu teori penting untuk dijadikan fakta atas apa yang kita cuba sampaikan ada asasnya.Sebagai contoh kalau nak sampaikan islam atau nak mengatakan sesuatu tu adalah ajaran islam, maka di sini faktanya atau asasnya perlulah dikemukakan fakta teori dari Al-Quran atau dari As-Sunnah. Semua setuju Islam asasnya adalah al-quran dan as-sunnah, bukan?

Jadi, di mana perlunya ilmu praktikal ini? Sebelum ini saya kata semua setuju asas Islam adalah al-quran dan as-sunnah, maka sepatutnya cukup dengan dua asas teori ini untuk nak sampaikan Islam, setuju? Soalan kali ini pula ada dua jawapan :

  • Setuju untuk orang yang dah memang mendapat hidayah ALLAH, kehidupan sehari-harinya hanya hendak mencari keredhaan ALLAH.Setuju juga untuk orang yang dilahirkan dalam keluarga muslim dan persekitarannya sedari kecil hingga besar sememangnya islamik sehingga merasakan orang yang tak begitu mengamalkan islam sebagai memang tak patut.
  • Tak setuju untuk orang yang lahir sebagai non muslim, maka adakah dia kena percaya kepada dua ilmu teori asas Islam ini. tak setuju jugak kepada muslim yang lahir dan hidup di dalam persekitaran yang tak islamik.
Di sini perlu nya ilmu atau hujjah yang lebih bersifat praktikal untuk pendengar menerimanya dengan logik akal, dan dengan sesuatu yang dapat menyentuh hatinya,kerana sekurang-kurangnya itu yang dia ada dulu sebelum kepercayaan atau iman singgah di hati nya.

Antara lain peranan ilmu praktikal adalah manfaatnya kepada si penyeru atau bahasa islamiknya adalah pendakwah.Apa yang saya maksudkan di sini adalah penerimaan kita terhadap respon dakwah.Kerap terjadi keluhan begini :

"Kenapa la diorang tak faham-faham, kita cuba nak bawa orang sekitar ni kepada Islam yang asal, islam berdasarkan nas, tapi dikatanya kita ni sesat?!!"


"Sedih la tengok orang yang nama je muslim, tapi selamber je berdating, pakai tudung tapi duk peluk-peluk dah macam orang da kawen, tak tahu ke diorang cinta hanya boleh lepas nikah?"


Di sini nampak jelas contoh keluhan oleh orang yang hanya melihat dakwah melalui perspektif theorical semata-mata. Adakah cukup kita datang kepada seseorang dan menyeru atau menyuruh dia berbuat begitu dan begini dengan alasan (matlamat) ia adalah dari islam.Siapa kita untuk orang mendengar seruan kita.

Kita ambil contoh dari Nabi Muhammad sendiri, dia sebelum diangkat menjadi rasul sudah pun digelar sebagai Al-Amin, yang bermaksud yang dipercayai. Adakah kita (penyeru) ini sudah pun beroleh kepercayaan dari yang diseru(mad'u)?

Pendekatan itu penting

Ok, jika orang meberi alasan untuk mendapat kepercayaan mengambil masa, jadi kita gunakan dulu hujjah logik atau yang boleh menyentuh hati yang diseru,supaya boleh membuat yang diseru berfikir dan menilai, serta dek terkesan di hati lebih terbuka untuk menerima.Logik dan perasaan adalah sesuatu yang dipunyai oleh semua orang, tapi iman setiap muslim berbeza, mungkin kita percaya (beriman) lebih, maka refleks nya, kita sangat-sangat menjaga hubungan dengan ALLAH.

Adakah sama pendekatan orang yang lebih percaya dengan pendekatan kepada orang yang kurang percaya?Kita seharusnya menekankan agar yang diseru itu lebih percaya dulu, untuk itu maka soal akidah dulu perlu ditekankan.Hatta zaman nabi, penakanan akidah di ditekankan dulu barulah ditekankan perihal fekah, bukan sahaja ditekankan dahulu, malah lebih lama ditekankan (13 tahun) berbanding pekara fekah(hukum hakam) yang cuma 10 tahun.

Akan bersambung lagi insyaALLAH... =)

Tiada ulasan: