Ahad, Februari 22, 2009

"Argh..tekanan! Pressure! Banyaknya dosa!"


Renungkan:

"Rilek ar,hidup memang penuh ujian.
Ujian dari luar dan dalam,
ujian dari diri dan orang lain.
Ujian dari nikmat dan bala.
Jangan putus asa dari rasa harapkan keampunanNya.
Orang yang dah bunuh 100 orang pun masih dapat peluang keampunan.
Kita masih dalam proses mencari.
Mencari makna iman dan tauhid.
Amalan baik dan buruk yang kita lakukan,
kita jadikan sebagai asas memahami iman.
Iman itu perlu dipelihara.
Bila dosa yang kita lakukan,
hati menjadi sedih dan gelisah.
Ia secara tak langsung mengajar kita mengerti bahawa :
"Nikmat iman itu adalah indah"
Kadang-kadang kita terleka ,
maka kita mengerti bahawa usaha untuk iman bukan main-main.
Ia juga bukti syurga itu wujud.Kenapa?
Kerana yang berusaha menjaga iman yang akan mendapat syurga .
Dalam kata lain, syurga itu mahal harganya.
Allah memandang kepada proses, yakni usaha.
Dalam proses ada jaya dan gagal.
InsyaALLAH selagi usaha itu ada,
selagi itu ada ganjaran dan peluang." - Abong

1 ulasan:

shahadah berkata...

Allah tidak melihat hasilnya ( bagaimanakah kita diakhir nanti) namun Allah melihat usaha kita yg dilakukan hanya semata2 untuk melamar redhoNya...susahnya mujahadah..namun ia lah yg paling indah!