Jumaat, Januari 09, 2009

Mencari Iman di sebalik tragedi Gaza


Muslim, mukmin, orang Islam, orang beriman, persaudaraan Islam. Kalimah-kalimah atau ungkapan yang biasa disebut dan diakui oleh rakyat Malaysia yang lahir didalam keluarga “Islam”.

Rakyat Malaysia ada beberapa peringkat dalam pengamalan dan penghargaan terhadap ilmu-ilmu Islam dan keimanan ataupun Tauhid.

Kategori Cukup Syarat

Ramai yang kita jumpa, orang-orang yang mengaku Muslim ini hanya berpada dengan ilmu-ilmu Islam yang dipelajari dari sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Ilmu Islam SPM. Itulah sahaja ilmu islam yang dimilki, yang diharap dapat digunakan dalam kehidupan.

Tiada niat dihati untuk mencari ilmu-ilmu tambahan melalui kuliah-kuliah agama ataupun bacaan-bacaan Islami yang lain (selain dari buku-buku teks SPM).

Kategori Suka Menambah Ilmu

Kategori ini merangkumi jumlah yang sederhana. Mereka rajin datang ke kuliah agama, membeli bacaan-bacaan Islami tambahan. Mereka boleh dikatakan banyak tahu apa yang tak boleh dan boleh di dalam syariat, mereka tahu cirri-ciri muslim dan mukmin yang baik, mereka tahu serba sedikit tentang hukum hakam di dalam bab-bab feqah.

Kategori Ulama dan suka mengkaji

Jumlah mereka didalam kategori ini adalah sedikit. Ilmu mereka jika digunakan dengan saluran dan cara yang betul adalah bermanfaat untuk sesiapa yang mahukan ilmu. Boleh dikategorikan mereka ini menjadi tempat orang-orang lain mendapat hidayah dari Allah (dengan izinNya).

Adakah tahu sahaja sudah mencukupi?

Islam ini agama keimanan. Maka untuk mengetahui iman, kita perlu mempunyai ilmu. Dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang sahih dan dipercayai.

Iman juga bukan sekadar mengetahui. Tahu sahaja tidak dapat merasa. Untuk merasa nikmat, kemanisan dan kekuatan iman, kita perlu melakukannya. Dalam kata lain ilmu itu perlu di aplikasi.

Dengan fenomena zaman sekarang, zaman materialistic atau kebendaan, samaada mahu atau tidak kita perlu menyentuh persoalan hati. Samaada isu tazkiyatun nafs atau cara penyampaian yang lebih menyentuh hati.

Dari mata jatuh ke hati

Dalam hidup lelaki, banyak wanita cantik yang ditemui, namun tak semua penglihatan itu jatuh ke dalam hati seorang lelaki.

Bilamana pandangan itu jatuh ke hati, maka lelaki itu sanggp berusaha atau berbuat sesuatu untuk mendapatkan atau menjadikan wanita itu sebagai isteri atau cintanya.

Ilmu mungkin disampaikan atau diterima melalui saluran pendengaran. Namun ia adalah input yang datang dari luar. Sama seperti pandangan seorang lelaki terhadap wanita (dari aspek input itu dari luar dan masuk kedalam).

Mencari iman di sebalik tragedi Gaza

Kita tahu dan biasa mendengar ustaz menyebut maksud firman Allah yakni, Allah hanya memandang kepada hati atau ketaqwaan hambaNya. Bukan kepada jumlah ilmu atau harta, atau sumbangan.

Ini bukan bermakna kita tak perlu menambah ilmu, atau tak perlu melakukan sesuatu (aplikasi ilmu). Allah itu Maha Adil. Dia Tahu ada hambaNya yang tidak mampu mendapat ilmu yang lebih (peluang orang-orang di Bandar mendapatkan ilmu-ilmu agama adalah lebih besar daripada orang-orang di kampong). Maka golongan ini, dengan ilmu yang terhad, namun di praktis dan aplikasi dengan kemahuan yang jelas dari hati, maka ia dinilai oleh Allah.

Sama juga, ada hambaNya yang tidak mampu dari segi harta atau upaya untuk menyumbang atau mengaplikasi ilmu-ilmu Islam. Ada orang kaya yang setiap tahun menunaikan haji. Ada orang miskin yang mengumpul duit dan hanya mampu mengerjakan haji sekali sahaja didalam seumur hidupnya. Maka dari aspek ini Allah menilai dari segi sejauh mana keikhlasan hati ataupu ketaqwaan amalan itu dilakukan.

Tragedi Gaza datang lagi. Kita sebagai Muslim mengaku kita beriman kepada Allah. Kita juga mengaku kita bersaudara dengan sesama Muslim. Namun sejauh mana keimanan yang kita akui itu benar-benar membuatkan kita terasa dan merasai keperitan dan kesengsaraan saudara-saudara Islam kita di Palestin?

Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?

  1. Adakah kita pernah mendoakan keselamatan dan kemenangan mereka?
  2. Adakah kita menyumbang atau menyedekahkan sesuatu kepada mereka?
  3. Pernah atau tidak air mata kita mengalir kerna tragedi yang berlaku di Gaza sekarang?
  4. Atau kita hanya sibuk dengan urusan kita semata=mata?
  5. Sibuk membaiki dan menjaga hubungan cinta di luar ikatan nikah?
  6. Sibuk menghadapi dan menguruskan ekonomi dek kerna keributan ekonomi yang melanda sekarang?
  7. Atau sibuk berkempen sempena Pilihanraya Kecil?

Di mana iman kita?

Diharap masih belum terlambat untuk kita mencari iman di sebalik tragedi Gaza. Kadang kita menyibukkan diri dengan urusan yang tidak bermanfaat.

  • Kita sanggup berhabis duit untuk menonton wayang-wayang?
  • Kita sanggup bersengkang mata untuk melihat perlawanan bola sepak?
  • Kita sanggup melabur duit yang banyak di dalam skim-skim atau saham-saham?

Bukankah sebaik-baik pelaburan itu adalah pelaburan dengan Allah (sedekah)?

Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. Bukankah tragedi Gaza telah menyebabkan ramai saudara kita disana menjadi anak-anak yatim dan orang miskin?

Pelaburan ini dijamin oleh Allah. InsyaAllah tak akan rugi. Tak percaya? Cuba lihat sistem kewangan sekular? Apa yang sudah berlaku? Sekarang orang mula percaya kepada kewangan Islam yang dijamin oleh Allah.

Jom cari iman di sebalik tragedi Gaza! Hidup hanya sekali. Jom mula lakukan sesuatu (You only got one live! Do something!)

  • Orang bijak adakah sekadar mengetahui sesuatu?
  • Orang Berjaya adalah orang yang tahu dan dia berbuat seuatu.
  • Allah sedang menilai kita semua. Siapakah yang paling banyak berusaha.

Maksud firman Allah dalam Surah al Mulk ayat 2:

“Tuhan yang telah menjadikan hdup dan mati kerna Dia hendak menguji (menilai) kamu, siapakah diantara kamu yang terbaik kerjanya (amalannya)”

Tiada ulasan: