Isnin, Disember 01, 2008

Kenapa IU ni best


Salam..pertama kali memilih tajuk yang khas, IU adalah singkatan daripada Institusi Usrah.Satu kelab yang memang dikenali sebagai kelab islamik di MMU baik di kampus Melaka atau kampus Cyberjaya.Jadi kali ni saya nak kongsi apa fungsi IU (pada pendapat saya) dan kenapa ianya best untuk pelajar MMU.

IU di"run" oleh HICOM dan Exco yg juga adalah pelajar MMU sendiri,kat sini apa yang saya nak cuba tekankan adalah maksudnya IU ni adalah dari MMU (Hicom dan Exco) untuk MMU (komuniti MMU).Hicom dan Exco IU juga adalah sebahagian dari warga komuniti MMU, jadi adakah relevan jika nak dibuat sesuatu program agama maka dipanggil budak2 UIA untuk buat program kat dalam kampus kita?Tak kan?

Lagi satu point adalah Hicom dan Exco IU Cyberjaya adalah terdiri daripada pelajar2 MMU kampus cyberjaya.Jadi kami juga adalah sebahagian dari komnuniti MMU cyberjaya, malah ada setengah kami adalah kengkawan korang dan yang lom kawan tu mungkin sebab belom kenal, setuju?Sama seperti kelab lain yang berhasrat untuk buat program yang best untuk warga mmu cyberjaya leh join, begitu juga kami =).Kami tak panggil IU melaka untuk buat program kat sini, semua tahu ada bezanya suasana di Melaka dengan Cyber, setuju?

Fikrah Merentasi Jemaah


Ramai pelajar IPTA/IPTS sekarang yang join pelbagai jemaah.Ada yang join PAS,Haluan,Isma, ada yang setuju dengan PKPIM dan macam2 lagi la jemaah.Tapi saya satu ape pun tak join :P.Tapi insyaALLAH saya ada kontek ustaz2 best, hehe (perasan).Ok, apa point saya kat sini?Point saya kat sini adalah bagus korang ada join jemaah tu, tapi cuba tgk, pelajar2 MMU cyberjaya ni bukan cuma join satu jemaah?Ini bukti fikrah memasing berbeza.Cuba ambil apa yang best dari jemaah korang dan cuba terjemahkan ilmu2 dari jemaah masing2 tu dalam satu event/program atau pendekatan yang sesuai dengan komuniti MMU cyberjaya atau "jemaah MMU cyberjaya".

Mestinya tak sesuai kalau kita serahkan kat PAS untuk buat program dalam kampus kita ye dak?Tentu hanya orang yang setuju dengan cara PAS sahaja yang seronok kalau PAS dtg buat program kat tempat kita.Sape yang lebih kenal sesama kita jika bukan dari kalangan kita?Setuju? Maka perlunya fikrah merentasi jemaah untuk sesuaikan dengan komuniti kita.

Lantaran itu IU ni tak bias memana jemaah(bak kata presiden kita jugak), boleh kata juga IU ni buta jemaah(yg ni saya kata..hehe).Dan IU terima je sesiapa dari sebarang latarbelakang jemaah, IU for all..hehe.

Kenapa IU relevan kat MMU


IU sememangnya dah dikenali sebagai paltform untuk kongsi islam dalam MMU.Platform...saya lebih guna perkataan lain yang pada saya lebih orang nampak apa saya maksudkan dengan platform untuk kongsi Islam iaitu "alat", ya IU adalah alat bagi pelajar MMU ntk nak kongsikan Islam sesama komuniti kita.Objektif kita adalah Islam dan alat yang kita guna untuk capai objektif itu adalah IU.

Jadi, sebagai orang yang yakin ALLAH la tuhan yang layak disembah,Islam itu sebenar2 agama,maka manfaatkan lah IU selagi boleh dan selagi IU ni releven, iaitu sesuai dengan komuniti MMU dengan tidak hanya bias kepada satu-satu jemaah.

Bilakah IU tak relevan?

Bilamana IU bias kepada hanya pendekatan satu2 jemaah.Mana taknya, cuba amik contoh ni.Katalah satu jemaah X, memang terkenal dengan kewarakannya, dan orang yang join jemaah tu rata2 memang ada latarbelakang agama yang hebat.Dan jika jemaah X ni hanya setuju dengan cara kelompok diorang sahaja, maka pendekatan atau program yang diorang buat pun based pada apa yang diorang je suka, maka sesuai ke idak?

Rasanya boleh juga diumpamakan seperti ni:

Saya menyewa umah kat dengkil, hari itu saya nak ke kelas pukul 9 pagi dengan motor.Objektif saya adalah pergi kelas 9pagi.Dan alat saya guna untuk capai objektif saya adalah motor pada asalnya.Tetiba masa nak keluar pergi ke kelas baru saya sedar motor saya ada masalah, sama ada tak boleh nak start enjin ke, atau tayar pancit (janji masalah itu mengganggu nak capai objektif saya pada hari itu).Saya kena consider, kalau masalah itu boleh diselesaikan dan sempat saya ke kelas 9pagi, maka saya terus gunakan alat motor saya tu.Tapi jika memang tak sempat, maka saya kena ikhtiar pinjam motor housemate (alat lain)untuk mencapai objektif saya tu.

Jadi,kalau betul korang rasa IU ni ada masalah untuk nak kongsikan islam untuk komuniti MMU ni, maka terserah untuk anda mencari platform atau alat (kelab lain).Pada saya tiada masalah di sini kerana yang paling penting adalah objektif kita- Kongsikan Islam untuk sesama kita.

Penutup

Rasanya itu je lah yang saya nak kongsikan buat kali ni.Amacam, penting kan IU untuk MMU, sebab IU unik, hanya untuk MMU dan IU cyberjaya unik , hanya untuk MMU cyberjaya.Jadi sama sama lah kita teruskan kelangsungan fungsi IU untuk Islam di MMU! =)


Jadi kenapa IU ni best? Sebab IU ni dari MMU untuk MMU (jiran kita CUCMS pun boleh juga :P)

p/s: IU cyberjaya akan buat Tamrin pada 19,20 dan 21 disember ni.Pada yang rasa dirinya ada idea dan ingin IU ni lebih relevan pada sesi tahun depan, join lah ye.jangan bimbang, penginapan adalah penginapan dorm.aktiviti insyaALLAH sempoi, kami pun student MMU maa.Hehe.Sesiapa yang berminat, boleh refer lebih lanjut dengan ketua/penolong ketua biro masing2.

Setiap kata-kata itu terdedah kepada penerimaan dan kritikan kecuali kalam ALLAH dan kata-kata Rasulullah yang semangnya tak boleh ditolak. Wallahu a'lam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dik.. bukannya tak setuju..
rasanya ada perbezaan dengan "organisasi, persatuan, pertubuhan" dan jemaah...

statement "fikrah merentas jemaah" tu macam pelik sikit...

sebab setiap jemaah mendokong sesuatu fikrah.. jadi apa fikrah IU? apa yang didokong oleh IU? Adakah IU merupakan suatu persatuan tanpa fikrah, tiada ideologi, tiada pendirian sendiri.. mengambil semua sahaja yang dianggap baik?

bila nak pilih apa yang dianggap baik pun kena ada pendirian dik :-)

kalau tak masakan ulama2 di seluruh dunia mengambil jalan untuk mendokong sesuatu jemaah yang boleh bawa perjuangan mereka..

for me, IU is only an Islamic Organization in university.. end up students yang ikut, bila habis belajar.. sibuk dengan kerja, dan kehidupan masing2.. akan sibuk dengan jemaah Hi-O, DHL, atau kerja-kerja dakwah secara sambilan :-) Ini kerana, IU tidak dapat memberi satu gambaran yang jelas terhadap masa hadapan perjalanan dakwah, tarbiyah...

Ingat kata2 hikmah seorang ulama..
"Penat sesudah bermujahadah kerana rosaknya langkah pertama"...

P/S: Bercakap melalui pemerhatian dan pengalaman sebenar :-)

Allahua'alam.