Selasa, Disember 23, 2008

Dunia Baru: Dunia Kerja

Alhamdulillah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja sejurus selepas kami menamatkan pengajian pada bulan Jun 2008.
Ada beberapa perkara yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama:

Mengambil peluang VS Mencipta peluang
Mengutamakan priority dalam memilih kerja
Kejayaan dan apa-apa milik anak adalah milik ibu bapa


Mengambil peluang VS Mencipta peluang

Tak dinafikan zaman sekarang adalah begitu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Kelihatan dengan jelas bahwa bidang-bidang kritikal seperti bidang kesihatan menawarkan banyak peluang pekerjaan.



Pada mulanya saya memilih untuk menyambung ijazah di dalam bidang kejururawatan adalah kerna memikirkan bahwa 1) ia merupakan bidang yang baru; yakni ijazah dalam kejururawatan, 2) tak banyak institute pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah kejururawatan; maka secara tak langsung “supply” kepada graduan ijazah kejururawatan adalah sedikit dan secara tak langsung risiko lambakan graduan ijazah jururawat adalah minimum, 3) bidang ini masih kekurangan kaum Adam.





Alhamdulillah saya berjaya menamatkan ijazah di dalam bidang ini. Dalam masa yang sama kolej-kolej swasta begitu rancak menawarkan program diploma kejururawatan. Individu yang layak untuk mengajar pelajar-pelajar diploma memrlukan syarat minimum mempunyai ijazah didalam bidang kejururawatan. Walaupun pensyarah saya banyak yang menasihati saya agar lebih baik menimba pengalaman di hospital terlebih dahulu, namun saya mempunyai alasan tersendiri, dan Alhamdulillah alasan ini telah diperkuatkan dengan seseorang yang amat penting dalam hidup saya.


Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, saya menyedari bahwa bidang jururawat adalah kritikal di kedua-dua cabang: cabang klinikal didalam hospital dan juga cabang akademik di kolej-kolej swasta. InsyaAllah peluang yang ada ini saya akan gunakan sebaik-baiknya. Mungkin dari peluang yang ada saya akan melangkah setapak lagi dengan berani mencipta peluang. Amiin.

Mengutamakan prioriti dalam memilih kerja

Seperti yang telah dinyatakan, bahwa sekarang pasaran untuk graduan kejururawatan adalah begitu tinggi, maka tawaran kerja adalah banyak. Di Kuala Lumpur, Perak, Kota Bharu, Kuantan, Setiu (sekadar menyebut beberapa tempat) banyak memerlukan graduan kejururawatan samaada untuk jawatan akademik mahupun klinikal.


Berbeza dengan orang lain, saya memepunyai idea yang mungkin tak sama dengan kebanyakan lepasan graduan. Rata-rata lepasan graduan lebih suka mencari kerja berjauhan dari ibubapa atau kampong. Alasan yang biasa diberi ialah “cari pengalaman di negeri orang dulu, nanti dah tua baru balik kampong”.


Saya lebih cenderung untuk berada di samping ibubapa atau berada di kampong. Bukankah jika kita mempunyai orang tua, tapi jika gagal memanfaatkannya maka kita adalah orang yang rugi? Maka saya pun tidak berputus asa untuk mencari peluang kerja di area Pantai Timur terutamanya di Terengganu. Inilah priority saya.



Selain itu rata-rata orang muda kelihatan ingin mengumpul harta dulu. Ada yang sanggup mencari kerja sampingan seperti MLM, semata-mata untuk mencari duit lebih. Bagi saya pula saya berpandangan untuk membuka pintu rezki dengan bercadang untuk bernikah awal. Maka setelah melihat perancang untuk bernikah awal dan komitmen untuk menjadi suami sepanjang masa (bukannya suami hujung minggu atau suami sekali sebulan), saya bercadang mencari peluang kerja di area Kuantan.





Hasil dari pertimbangan keutamaan-keutamaan yang saya letak dalam hidup, dan disertai dengan sokongan ibu bapa maka dari Masterskill di Cheras, saya berpindah ke Kuantan (sedih rasa hati terpaksa menolak tawaran dari Terengganu).

Isi utama saya disini ialah jika didalam sesuatu bidang itu kita boleh membuat pilihan lantaran peluang yang banyak, maka lebih baik kita memilih peluang mengikut keutamaan yang kita ingin capai. Tapi jika peluang adalah terhad, maka kita terpaksalah bertolak ansur dengan keutamaan.



p/s: Jika bernikah satu boleh membuka pintu rezki, maka jika nak lebih pintu rezki, maka bernikah 4,3, atau 2 la kan?

Kejayaan dan apa-apa milik anak adalah milik ibu bapa

Tanpa ibubapa, siapalah anak-anak. Maka seharusnyalah apa-apa milik anak, adalah milik ibubapa.

Kejayaan saya meraih ijazah adalah milik ibubapa saya.

Kejayaan saya memperolehi kerja dan gaji, adalah milik ibubapa saya.


Sesungguhnya apa yang dimiliki oleh saya, masih belum boleh menggantikan segala jasa ibubapa.

InsyaAllah apa-apa pun tindakan saya, ianya akan melebihkan mereka tanpa mengabaikan cinta kepada Allah dan Rasul. Amiin.

Tiada ulasan: