Khamis, Disember 25, 2008

Jatuh Cinta =)


Moh kita tengok kenapakah manusia leh jatuh cinta ni?Tengok sahaja hasil kajian ini.Disalin tampal dari sini

Why Do We Fall in Love?
By Amy Bowles Reyer, Ph.D.


"It is better to have loft and lost than to never have loft at all." — Groucho Marx

Falling in love is a magical experience that happens between two people. So why do people fall in love? Professor Arthur Aron from State University of New York at Stonybrook has been exploring the dynamics of what happens when two people are falling in love:

Q: What motivates people to seek out love?
A: Our primary motivation as human beings is to expand the self and to increase our abilities and our effectiveness. One of the ways we accomplish this is through our relationships with other people. We have learned in our research that it is important to feel that you have the ability to be an effective person, especially in our relationships.


Q: How does this theory of self-expansion explain the process of falling in love?
A: Usually, we fall in love with a person that we find attractive and appropriate for us, but also someone who demonstrates that they are attracted to us. This creates a situation where a great opportunity is open to us for self-expansion. The fact that they are attracted to us offers a significant opportunity — when we perceive this, we feel a surge of exhilaration!


Q: Does it always work this way?
A: No, an interesting exception to this occurs if we feel badly about ourselves. The process gets thrown off if we can't believe that another persons finds us attractive — like the Groucho Marx joke where we don't want to belong to a club that would have us for a member. We tend to miss out on opportunities for falling in love if we don't feel good about ourselves.


Q: What conditions are best for meeting someone and falling in love?
A: When you meet someone under conditions that are highly arousing — a political demonstration, turbulence on a plane, a stimulating performance — a time when the body is stirred up and excited, we tend to experience attraction at a heightened level. This effect is well documented but the explanations for it are very controversial. I tend to believe that we come to associate the arousal of the situation with this person and our own self-expansion.


Q: When do we fall in love?
A: Contrary to what most people think, the statistics show that most people fall in love with someone that they have known for a while. People only report falling in love quickly about 1/3 to 40 percent of the time. Of course, this varies from culture to culture. Falling in love happens differently between cultures but it does occur in most cultures.


Q: How does our appearance factor into the equation of falling in love?
A: This is interesting; we have found that if you are very unattractive, it can hurt you a lot in forming romantic relationships. However, being attractive doesn't help that much.


Q: How do you explain that?
A: We have found that two important characteristics, kindness and intelligence, are extremely important in the process of falling in love. And attractiveness is not connected to these things. These two attributes are things that people learn about someone from knowing them over time. Intelligence is important in all aspects of life, especially in love. But kindness is the strongest indicator for a successful long-term relationship.


Tengok, orang barat yang betul2 study pun setuju cinta itu sungguh suci, berdasarkan kajian (setakat yg jumpa satu ni je dulu :P) bercinta takde pun dikaitkan dengan nak kepada hubungan intim a.k.a seks.Seks adalah satu rasa fitrah lain.Ada orang boleh je malakukan seks dengan orang yang tak dicintainya, tapi si suami/ isteri pastinya hanya ingin melakukan dengan pasangan yang dicintai (isteri/suami)

Bercinta /= Bercouple (p/s: simbol "/=" di sini bermaksud tak sama)

(Gambar Sekadar Hiasan)Bercinta kat sini yang saya cuba nak ajak bicarakan adalah cinta sesama manusia.Apa orang kita faham dengan bercinta? Bercinta mestilah bercouple, keluar dating dan sebagainya? Kenapa mind-set nya begitu? Kerana itulah yang dipertontonkan oleh barat dalam filem2 diorang.Rasanya orang barat dulu yang membuat filem, kemudian baru orang kita belajar buat filem.Leh refer sini

Kita memang tak sedar yang filem (media) secara halus mempengaruhi cara fikir kita dan seterusnya mempengaruhi perspektif kita dalam sesuatu aspek dalam hidup termasuklah dalam bercinta.



Islam adalah cara hidup


Semua setuju islam adalah cara hidup, islam adalah syumul (merangkumi semua aspek dalam hidup) , maka sudah tentunya islam ada definition sendiri tentang cinta dan sebagai agama fitrah islam tentunya tidak memandulkan rasa fitrah cinta ini.Cinta yang dibincangkan kali ini adalah cinta sesama manusia(saje remind lagi sekali :D).
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nak menikah kerana kecantikan pun tak mengapa, kekayaan ke, kekdudukan etc, cuma Rasulullah menasihat, yg lebih baik adalah dinikahi atas faktor agamanya.

Ada hadis lain berkenaan bercinta, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :

Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan”

(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)


Imam Ibnu Qayyim menulis lagi bahawa : Para ilmuan dan dokter serta kalangan lainnya telah sepakat bahwa kesembuhan sakit cinta adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan.

Leh rujuk kitab tersebut versi indonesia m/s : 175

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)

Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kawen, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?

Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?

Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.

Dalam kajian di atas disebut biasanya jatuh cinta terjadi bagi dua orang yang dah menegenali buat beberapa ketika, dah berkawan untuk beberapa bulan mungkin, maka kat sini masihkah relevan alasan nak berdating adalah untuk nak lebih mengenali pilihan hati lantaran jatuh cinta adalah kepada orang yang kita sudah sedia maklum kenal =)

Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple, jika betul jatuh cinta, maka pergi jumpa mak ayah si perempuan bagitahu kemudian persiapkan diri untuk pernikahan =).Sepanjang sebelum pernikahan, simpan semua kehendak nak buat seperti mana dipertonton oleh filem2 barat, simpan untuk buat semua tu selepas proses pernikahan =).

Konklusi =)

Adakah tak patut untuk jatuh cinta sebelum kahwin?Jika bercinta itu difaham sebagai bercouple, maka ya memang tak boleh bercouple sebelum perkahwinan.Jatuh cinta datang sendiri tanpa dipinta kerana itulah lumrah fitrah.Sama-sama kita kekalkan cinta itu sebagai fitrah dan jangan tukarkan ia menjadi fitnah =).

Rabu, Disember 24, 2008

Apa itu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?


Yang pertama, ikut Rasulullah
Dari aqidah ke ibadah semua ikut sunnah

Yang kedua, contohi para Sahabat
Tak pernah persoal kelebihan diorang dapat

Yang ketiga, dia contohi tabi'in
Anak murid sahabat tak sama dengan yang lain

Yang keempat, tabi' tabi'in tak lupa
Mereka pengikut tabi'in ikut jalan serupa

A.S.W.J jaminan syurga kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah
bukan sekadar gelaran bermegah
Tunjang bagi aqidah, ibadah dan muamalah

Siapa ikutan, Apa pegangan
Mencari identiti diri erti kehidupan
Bertemankan Al-Quran di lorong Sunnah

Memahami sumber dengan pola fikir salaf
Generasi terbaik yang telah diiktiraf

Mengagungkan wahyu di atas aqal
Beriman dengan nas tanpa mempersoal
Berjaga dalam lisan dan juga perbuatan
Sentiasa memilih jalan yang pertengahan

Ini tuntutan beramal secara keseluruhan
Ini mesti dikaji, mesti dipelajari
Sebab kebenaran itu lebih layak diikuti

Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan

Apa kepentingan ikut Sunnah?
Tanpa kita sedari ia syarat beribadah
Ingat cukup sekadar ikhlas fi Sabilillah?
Jika begitu apa guna diutus Rasul Allah

Sunnah diamalkan bukan sebarang Sunnah
Sunnah digigit hatta gigi geraham patah!

Bukan sekadar ucapan dipraktik dengan amalan
Bukan sekadar igauan dijanji kemanisan iman

Kini dipandang asing dalam perkara ranting
Berpaut pada hujah bukankah itu yang penting?

Kalam manusia boleh diterima boleh juga ditolak
Kecuali kalamullah dan petunjuk Nabi

Duanya wahyu tertinggi tak ramai kita imani
Beralasan itu ini,

Inilah pegangan yang harus kita sedari
Dan ini pula ciri-ciri yang perlu dihayati

Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan

Ibn Yusof 10 Disember 2008/12 Zulhijjah 1429 1.00 p.m

Selasa, Disember 23, 2008

Dunia Baru: Dunia Kerja

Alhamdulillah saya dan rakan-rakan sekelas yang lain tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja sejurus selepas kami menamatkan pengajian pada bulan Jun 2008.
Ada beberapa perkara yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama:

Mengambil peluang VS Mencipta peluang
Mengutamakan priority dalam memilih kerja
Kejayaan dan apa-apa milik anak adalah milik ibu bapa


Mengambil peluang VS Mencipta peluang

Tak dinafikan zaman sekarang adalah begitu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Kelihatan dengan jelas bahwa bidang-bidang kritikal seperti bidang kesihatan menawarkan banyak peluang pekerjaan.



Pada mulanya saya memilih untuk menyambung ijazah di dalam bidang kejururawatan adalah kerna memikirkan bahwa 1) ia merupakan bidang yang baru; yakni ijazah dalam kejururawatan, 2) tak banyak institute pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah kejururawatan; maka secara tak langsung “supply” kepada graduan ijazah kejururawatan adalah sedikit dan secara tak langsung risiko lambakan graduan ijazah jururawat adalah minimum, 3) bidang ini masih kekurangan kaum Adam.





Alhamdulillah saya berjaya menamatkan ijazah di dalam bidang ini. Dalam masa yang sama kolej-kolej swasta begitu rancak menawarkan program diploma kejururawatan. Individu yang layak untuk mengajar pelajar-pelajar diploma memrlukan syarat minimum mempunyai ijazah didalam bidang kejururawatan. Walaupun pensyarah saya banyak yang menasihati saya agar lebih baik menimba pengalaman di hospital terlebih dahulu, namun saya mempunyai alasan tersendiri, dan Alhamdulillah alasan ini telah diperkuatkan dengan seseorang yang amat penting dalam hidup saya.


Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, saya menyedari bahwa bidang jururawat adalah kritikal di kedua-dua cabang: cabang klinikal didalam hospital dan juga cabang akademik di kolej-kolej swasta. InsyaAllah peluang yang ada ini saya akan gunakan sebaik-baiknya. Mungkin dari peluang yang ada saya akan melangkah setapak lagi dengan berani mencipta peluang. Amiin.

Mengutamakan prioriti dalam memilih kerja

Seperti yang telah dinyatakan, bahwa sekarang pasaran untuk graduan kejururawatan adalah begitu tinggi, maka tawaran kerja adalah banyak. Di Kuala Lumpur, Perak, Kota Bharu, Kuantan, Setiu (sekadar menyebut beberapa tempat) banyak memerlukan graduan kejururawatan samaada untuk jawatan akademik mahupun klinikal.


Berbeza dengan orang lain, saya memepunyai idea yang mungkin tak sama dengan kebanyakan lepasan graduan. Rata-rata lepasan graduan lebih suka mencari kerja berjauhan dari ibubapa atau kampong. Alasan yang biasa diberi ialah “cari pengalaman di negeri orang dulu, nanti dah tua baru balik kampong”.


Saya lebih cenderung untuk berada di samping ibubapa atau berada di kampong. Bukankah jika kita mempunyai orang tua, tapi jika gagal memanfaatkannya maka kita adalah orang yang rugi? Maka saya pun tidak berputus asa untuk mencari peluang kerja di area Pantai Timur terutamanya di Terengganu. Inilah priority saya.



Selain itu rata-rata orang muda kelihatan ingin mengumpul harta dulu. Ada yang sanggup mencari kerja sampingan seperti MLM, semata-mata untuk mencari duit lebih. Bagi saya pula saya berpandangan untuk membuka pintu rezki dengan bercadang untuk bernikah awal. Maka setelah melihat perancang untuk bernikah awal dan komitmen untuk menjadi suami sepanjang masa (bukannya suami hujung minggu atau suami sekali sebulan), saya bercadang mencari peluang kerja di area Kuantan.





Hasil dari pertimbangan keutamaan-keutamaan yang saya letak dalam hidup, dan disertai dengan sokongan ibu bapa maka dari Masterskill di Cheras, saya berpindah ke Kuantan (sedih rasa hati terpaksa menolak tawaran dari Terengganu).

Isi utama saya disini ialah jika didalam sesuatu bidang itu kita boleh membuat pilihan lantaran peluang yang banyak, maka lebih baik kita memilih peluang mengikut keutamaan yang kita ingin capai. Tapi jika peluang adalah terhad, maka kita terpaksalah bertolak ansur dengan keutamaan.



p/s: Jika bernikah satu boleh membuka pintu rezki, maka jika nak lebih pintu rezki, maka bernikah 4,3, atau 2 la kan?

Kejayaan dan apa-apa milik anak adalah milik ibu bapa

Tanpa ibubapa, siapalah anak-anak. Maka seharusnyalah apa-apa milik anak, adalah milik ibubapa.

Kejayaan saya meraih ijazah adalah milik ibubapa saya.

Kejayaan saya memperolehi kerja dan gaji, adalah milik ibubapa saya.


Sesungguhnya apa yang dimiliki oleh saya, masih belum boleh menggantikan segala jasa ibubapa.

InsyaAllah apa-apa pun tindakan saya, ianya akan melebihkan mereka tanpa mengabaikan cinta kepada Allah dan Rasul. Amiin.

Rabu, Disember 10, 2008

Cadangan-cadangan untuk mereka yg tak diluluskan kahwin

Sumber : al-fikrah.net

Terimalah apa yang telah ditentukan dengan tenang, redha dan sabar. Marah dan dendam tak akan mengubah keadaan.


1. Banyakkan berdoa (batu yg keras pun boleh dihakis inikan pula hati mak bapak +/- mertua)

2. Banyakkan Qiyaamullail

3. Hafal Qur'aan (cuba buat macam budak2 Ma'had Tahfiz; hafal satu muka sehari)

4. Banyakkan hadiri kuliah2 ilmu

5. Sibukkan diri dengan ilmu. Lepas balik Kuliah agama, buka kitab-kitab hadith dan cari matan hadith-hadith yg disebut oleh penceramah.

6. BAnyakkan bersukan. Mainlah bola, basketball, cricket, kickboxing. Belajar berenang.

7. Banyakkan berpersatuan (terutamanya persatuan yang kurang pelajar opposite sex)

8. Belajar rajin-rajin nanti senang nak apply kerja, sambung Master, etc. Kalau Maqbuul je susah nanti. (kalau Academic cemerlang biasanya susah mak bapak/mertua nak pertikai kebolehan. Ramai mak bapak nak anak dia belajar tinggi. Lepas kahwin pelajaran menjunam pun banyak kesnya. Kebimbangan ini perlu diatasi. Yang mengaji Al Azhar tapi kantoi lepas kahwin pun ada. Kalau nak jumpa mereka kita boleh bawa jumpa)

9. Cari kerja dan belajar buat duit serta kena tahu simpan duit. Simpan duit bukan untuk beli VCD/DVD/playstation/komik tapi untuk bayar duit hantaran dan belanja perkahwinan.

10. Kurangkan tengok TV dan segala bentuk sumber yang menaikkan nafsu.

11. Kurangkan lepak di tempat-tempat ramai perempuan bertabarruj.

12. Banyakkan duduk Masjid.

13. Kuasai pelbagai bahasa. Lepas belajar bahasa Arab belajar bahasa Mandarin ke Perancis atau Urdu. Banyakkan bergaul dengan bukan Melayu. Keluarlah dari kepompong Melayu tu.

14. Baca novel Inggeris dan Arab yang bukan berkaitan cinta, jiwang, seks dan lain2. Bacalah autobiography para tokoh. Ketagih novel boleh membantu mengikis mabuk cinta.
Pada masa yg sama boleh pertingkat penguasaan bahasa. Novel Melayu ? Cukuplah untuk yg masih dibangku sekolah. Vocab Melayu senang nak kuasai.

15. Kurangkan bergaul dengan golongan merapu. Banyakkan bergaul dengan 'Ulamaa', kaki study, dan mereka2 yg ada skill2 berguna yang kita tiada.

16. KUasai kemahiran2 baru. Contohnya belajar cara nak repair kereta, komputer. atau belajar macamna nak guna Flash, Macromedia, Video editing. Nanti banyak benda kita boleh jana di AFN ni.

17. Tubuhkan Study group untuk bincang isu akademik dan agama.


Bila dah benar2 sibuk susah rasanya jiwa itu nak dikuasai cinta, angau dan seumpamanya. Yang banyak jiwang ni golongan yg punya terlalu banyak masa dalam lagha. Cuba tengok sejarah ramai ustaz2 kita dulu. Ramai yg kahwin lambat sebab terlalu sibuk menuntut ilmu. Nik Aziz pun kahwin lewat 30an. Ibn Taimiyyah dan An NAwawi tak sempat kahwin pun kerana disibukkan dengan ilmu. Angau dan jiwang karat lebih senang hinggap pada jiwa yang kosong. Oleh itu elakkan kekosongan jiwa.
_________________
abulwafaa.protajdid.com/

Rabu, Disember 03, 2008

Semua Agama Sama?


Semua agama ajak buat baik, jadi salah ke pernyataan semua agama sama?Hurmm..bila dah semua agama sama, maknanya tak kesah la pilih agama mana ek?Jom kita tengok dari beberapa aspek.





Agama Dari Tuhan

Agama mestilah dari tuhan, kalau ajaran baik dari seseorang tanpa punya tuhan tu kita letak tepi, kita sekarang nak bandingkan agama yang setuju ada tuhan.Sebabnya?Sebab default settings manusia memang buat baik, jadi sesiapa pun boleh menyeru kepada kebaikan, cuma mungkin dari beberapa aspek, akan timbul perbezaan pendapat kerana fikrah manusia itu unik antara satu sama lain, jadi ada sesuatu pekara itu nilaiannya adalah subjektif, bukan objektif.

Ok, kita dah boleh pertikai dah agama yang takde tuhan ni, ya lah..alam sikit punya besar dan luas, dalamnya pulak dipenuhi dengan pelbagai makhluk dan tumbuha-tumbuhan dengan ada bulan , matahari bintang yang beredar mengikut paksi memasing, takkan semua itu terjadi dengan sendiri.

Takyah tengok alam pun, tengok diri sendiri, sistem tubuh badan manusia yang kompleks, tindak balas /refleks badan apabila terjadi sesuatu, mestilah ada yang mencipta dan menetapkan sedemikian.Setuju, jadi tak timbul isu betul ke wujud tuhan ni.


Perlu ada Kalam Tuhan



Kita sambung lagi.Kita dah setuju tuhan wujud, jadi untuk satu cara hidup yang sesuai untuk semua kaum, semua jantina dan semua bangsa/ negara maka logik ke cara yang sesuai itu ditetapkan oleh manusia.Manusia takkan terlepas dari sikap cenderung ke seseuatu pihak seperti kaumnya sendiri, tanah air dia sendiri dan pelbagai lagi faktor lain seperti jantina mungkin.Setuju kan?Jadi kalau manusia yang tetapkan cara sesuai tersebut, pastinya ada yang merasakan tak sesuai.

Jadinya,cara yang sesuai tersebut mestilah dari Tuhan, macam mana nak tau sesuatu dari tuhan?Mestilah kena rujuk sesuatu yang di'claim' sebagai suruhan, larangan / kata-kata tuhan.Dalam konteks ni, semua agama yang mengakui wujudnya tuhan ada mempunyai kitab sebagai rujukan.

Di sini saya takkan sebut tentang ada agama yang ajaran/kepercayaan nya langsung berbeza apa yang disebut dalam kitab yang diimaninya.Tulisan kali ini mengajak semua untuk berfikir,ya lah, agama dari tuhan, nak tau apa yang tuhan suruh buat mesti ada kata-kata dari tuhan.Agama yang akui ada tuhan, ada kitab yang diorang imani adalah dari tuhan, maka sepatutnya ajaran agama adalah selari dengan kitab yang diorang imani.

Berkenaan nak tau manakah agama yang tak selari dengan kitab dari tuhan mereka anda semua boleh lah mengkaji sendiri.Sungguh pengkajian/ pencarian kebenaran ini terasa nikmatnya bila kita usahakan sendiri.Cubalah =)





Agama Kena Praktikal Untuk Manusia


Kita dah setuju agama kenalah dari tuhan , barulah tak bias memana kaum/negara/gender dan sebagainya.Tapi...tuhan adalah satu zat yang nyata berbeza ngan manusia, langsung tak sama dengan manusia..macam manakah cara yang tuhan suruh kita ikut kita nak percaya memang sesuai dengan kita manusia ni?

Di sini lah wujudnya peranan utusan tuhan.Utusan tuhan bukan malaikat, bukan juga anak tuhan tapi manusia biasa seperti kita.Utusan tuhan boleh cedera, boleh merasa gembira dan sedih, ada nafsu dan berkahwin dan boleh meninggal sama seperti kita manusia biasa.Cumanya utusan tuhan position nya lebih tinggi dari manusia biasa kerana tugas yang dipikulnya.

Kerana itu, untuk melengkapkan ajaran agama itu, perlunya kepada mengikut kitab tuhan dan bagaimana utusan tuhan mendemonstrasikan "cara sesuai" untuk hidup dari tuhan untuk manusia itu.Dalam Islam inilah yang disebut sebagai sunnah rasulullah.

KItab tuhan, orang Islam percaya tuhan lah yang akan menjaga keasliannya, kerana ini dijanjikan sendiri oleh tuhan tapi tidak bagi sunnah rasulullah ini.Lantaran itu ada pengkelasan sunnah ini.Ada yang sahih (sah ianya dari nabi) dan hasan(statusnya baik) dan ada yang dhoif(status sahnya lemah) dan maudhu'(statusnya ditolak terus).

Konsep Ibadat


Kita dah setuju agama dari tuhan, dan macam mana agama itu adalah dari kitab tuhan, dan yang menyampaikan kata-kata tuhan itu maka perlunya kepada wakil tuhan, dan untuk ianya praktikal kepada manusia, wakil tuhan juga perlu adalah manusia juga.Maka wakil tuhan ini mendemostrasikan apa yang tuhan nak, semua setuju ni tadi kan?

Ok, sebelum wakil tuhan datang, manusia dah hidup, dah menjalankan kehidupan seharian, dan menyembah/ beribadah mengikut kepercayaan yang dipercayai adalah dari tuhan.Kemudian datang wakil tuhan, memberitahu akan hakikat tuhan sebenar dan cara ibadah sebenar.Kemudian baru manusia ikut, setuju?

Jadi setuju lah, apa yang dipanggil ibadah adalah apa yang didemonstrasikan oleh utusan tuhan?Dan berkenaan kegiatan kehidupan seharian adalah apa yang ditegur/dilarang dalam kitab tuhan dan wakil tuhan ada melarangnya.Setuju?

Contoh kegiatan harian adalah harus kecuali ada larangan dari agama(islam) adalah pengharaman arak.Arak bukannya terus haram masa Islam mula-mula datang.Dan sebelum pengharaman arak, muslim pada masa itu masih lagi minum arak.Pengharaman awal arak juga pada asalnya adalah haram cuma ketika nak menunaikan solat, kemudian barulah arak diharamkan secara total.


Nampak kan?Asalnya kegiatan kehidupan sehari-hari kita ni adalah harus (dibolehkan), tapi bila ada dalil/ keterangan dari fakta kitab tuhan atau sunnah wakil tuhan yang melarang, maka ia dilarang untuk melakukannya.

Berkenaan ibadah juga, semua orang islam tahu sewaktu nabi dilantik menjadi rasul, rasul tak terus di isra' dan mi'raj kan .Kat sini juga jelas awal-awal islam belum lagi muslim solat, kemudian bila rasul di isra' dan mi'rajkan, baru muslim solat.Jadi, setuju tak ibadah kenalah sesuatu yang berasas, berasas di sini bermaksud berasas kepada dalil yang sahih.Dalil pula sama ada dari kitab tuhan atau dalil sunnah wakil tuhan yang sahih.

Sebab kalau nak kata janji benda baik, maka tak perlu kepada wakil tuhan pun, manusia memang dah ada sifat nak buat baik ni.Cuma benda yang dikira ibadah ni lain skit.Ibadah dah tentunya adalah benda baik, cuma ibadah ni adalah sesuatu yang warid dari wakil tuhan yang benda itu tuhan iktiraf sebagai sesuatu yang bila dibuat akan mendapat ganjaran dari tuhan.




Cukup lah rasanya kali ni, mula-mula tadi saya cuba ketengahkan persoalan2 yang boleh kita 'bedah tengok' untuk penilaian kemudian sentuh sikit pasal islam.

Saya sedar ni cuma tulisan saya seorang hamba ALLAH yang biasa, ilmu pun cetek, tapi insyaALLAH apa yang saya tulis adalah dari kefahaman saya dan apa yang saya yakin.Kata-kata saya seperti kata-kata manusia lain yang terbuka kepada penerimaan dan kritikan.Penerimaan secara total adalah hanya kalam ALLAH dan kata-kata Rasulullah

Isnin, Disember 01, 2008

Kenapa IU ni best


Salam..pertama kali memilih tajuk yang khas, IU adalah singkatan daripada Institusi Usrah.Satu kelab yang memang dikenali sebagai kelab islamik di MMU baik di kampus Melaka atau kampus Cyberjaya.Jadi kali ni saya nak kongsi apa fungsi IU (pada pendapat saya) dan kenapa ianya best untuk pelajar MMU.

IU di"run" oleh HICOM dan Exco yg juga adalah pelajar MMU sendiri,kat sini apa yang saya nak cuba tekankan adalah maksudnya IU ni adalah dari MMU (Hicom dan Exco) untuk MMU (komuniti MMU).Hicom dan Exco IU juga adalah sebahagian dari warga komuniti MMU, jadi adakah relevan jika nak dibuat sesuatu program agama maka dipanggil budak2 UIA untuk buat program kat dalam kampus kita?Tak kan?

Lagi satu point adalah Hicom dan Exco IU Cyberjaya adalah terdiri daripada pelajar2 MMU kampus cyberjaya.Jadi kami juga adalah sebahagian dari komnuniti MMU cyberjaya, malah ada setengah kami adalah kengkawan korang dan yang lom kawan tu mungkin sebab belom kenal, setuju?Sama seperti kelab lain yang berhasrat untuk buat program yang best untuk warga mmu cyberjaya leh join, begitu juga kami =).Kami tak panggil IU melaka untuk buat program kat sini, semua tahu ada bezanya suasana di Melaka dengan Cyber, setuju?

Fikrah Merentasi Jemaah


Ramai pelajar IPTA/IPTS sekarang yang join pelbagai jemaah.Ada yang join PAS,Haluan,Isma, ada yang setuju dengan PKPIM dan macam2 lagi la jemaah.Tapi saya satu ape pun tak join :P.Tapi insyaALLAH saya ada kontek ustaz2 best, hehe (perasan).Ok, apa point saya kat sini?Point saya kat sini adalah bagus korang ada join jemaah tu, tapi cuba tgk, pelajar2 MMU cyberjaya ni bukan cuma join satu jemaah?Ini bukti fikrah memasing berbeza.Cuba ambil apa yang best dari jemaah korang dan cuba terjemahkan ilmu2 dari jemaah masing2 tu dalam satu event/program atau pendekatan yang sesuai dengan komuniti MMU cyberjaya atau "jemaah MMU cyberjaya".

Mestinya tak sesuai kalau kita serahkan kat PAS untuk buat program dalam kampus kita ye dak?Tentu hanya orang yang setuju dengan cara PAS sahaja yang seronok kalau PAS dtg buat program kat tempat kita.Sape yang lebih kenal sesama kita jika bukan dari kalangan kita?Setuju? Maka perlunya fikrah merentasi jemaah untuk sesuaikan dengan komuniti kita.

Lantaran itu IU ni tak bias memana jemaah(bak kata presiden kita jugak), boleh kata juga IU ni buta jemaah(yg ni saya kata..hehe).Dan IU terima je sesiapa dari sebarang latarbelakang jemaah, IU for all..hehe.

Kenapa IU relevan kat MMU


IU sememangnya dah dikenali sebagai paltform untuk kongsi islam dalam MMU.Platform...saya lebih guna perkataan lain yang pada saya lebih orang nampak apa saya maksudkan dengan platform untuk kongsi Islam iaitu "alat", ya IU adalah alat bagi pelajar MMU ntk nak kongsikan Islam sesama komuniti kita.Objektif kita adalah Islam dan alat yang kita guna untuk capai objektif itu adalah IU.

Jadi, sebagai orang yang yakin ALLAH la tuhan yang layak disembah,Islam itu sebenar2 agama,maka manfaatkan lah IU selagi boleh dan selagi IU ni releven, iaitu sesuai dengan komuniti MMU dengan tidak hanya bias kepada satu-satu jemaah.

Bilakah IU tak relevan?

Bilamana IU bias kepada hanya pendekatan satu2 jemaah.Mana taknya, cuba amik contoh ni.Katalah satu jemaah X, memang terkenal dengan kewarakannya, dan orang yang join jemaah tu rata2 memang ada latarbelakang agama yang hebat.Dan jika jemaah X ni hanya setuju dengan cara kelompok diorang sahaja, maka pendekatan atau program yang diorang buat pun based pada apa yang diorang je suka, maka sesuai ke idak?

Rasanya boleh juga diumpamakan seperti ni:

Saya menyewa umah kat dengkil, hari itu saya nak ke kelas pukul 9 pagi dengan motor.Objektif saya adalah pergi kelas 9pagi.Dan alat saya guna untuk capai objektif saya adalah motor pada asalnya.Tetiba masa nak keluar pergi ke kelas baru saya sedar motor saya ada masalah, sama ada tak boleh nak start enjin ke, atau tayar pancit (janji masalah itu mengganggu nak capai objektif saya pada hari itu).Saya kena consider, kalau masalah itu boleh diselesaikan dan sempat saya ke kelas 9pagi, maka saya terus gunakan alat motor saya tu.Tapi jika memang tak sempat, maka saya kena ikhtiar pinjam motor housemate (alat lain)untuk mencapai objektif saya tu.

Jadi,kalau betul korang rasa IU ni ada masalah untuk nak kongsikan islam untuk komuniti MMU ni, maka terserah untuk anda mencari platform atau alat (kelab lain).Pada saya tiada masalah di sini kerana yang paling penting adalah objektif kita- Kongsikan Islam untuk sesama kita.

Penutup

Rasanya itu je lah yang saya nak kongsikan buat kali ni.Amacam, penting kan IU untuk MMU, sebab IU unik, hanya untuk MMU dan IU cyberjaya unik , hanya untuk MMU cyberjaya.Jadi sama sama lah kita teruskan kelangsungan fungsi IU untuk Islam di MMU! =)


Jadi kenapa IU ni best? Sebab IU ni dari MMU untuk MMU (jiran kita CUCMS pun boleh juga :P)

p/s: IU cyberjaya akan buat Tamrin pada 19,20 dan 21 disember ni.Pada yang rasa dirinya ada idea dan ingin IU ni lebih relevan pada sesi tahun depan, join lah ye.jangan bimbang, penginapan adalah penginapan dorm.aktiviti insyaALLAH sempoi, kami pun student MMU maa.Hehe.Sesiapa yang berminat, boleh refer lebih lanjut dengan ketua/penolong ketua biro masing2.

Setiap kata-kata itu terdedah kepada penerimaan dan kritikan kecuali kalam ALLAH dan kata-kata Rasulullah yang semangnya tak boleh ditolak. Wallahu a'lam