Ahad, November 09, 2008

Bila Ustaz Merokok


Pertama kali solat Jumaat tempat itu, khatibnya seorang ustaz muda.Khutbahnya membara bersemangat, walaupun melihat pada teks, tapi nampak pada gayanya, khatib tersebut ada melakukan "homework" untuk khutbah yang bakal dia sampaikan,macam ini lah yang kita mahu, baru lah takde yang tidur semasa khutbah.

Sebelum melanjutkan dengan topik asal, setuju tak kalau ramai jemaah yang tidur semasa khutbah Jumaat, salah nya total ke atas jemaah yang tidur?Sedangkan di pihak satu lagi adalah khatib yang menyampaikan khutbah dengan suara yang "mendodoikan" jemaah di tengah hari bolong!Haha..ada ke patut dah la sekadar membaca khutbah yang mana sepatutnya adalah khatib(Pengkhutbah) itu berkhutbah, bukannya Qari Khutbah (Pembaca Khutbah)

Ok, berbalik kepada tajuk asal kita,khatib muda tadi, begitu bersemangat, menghayati khutbah yang menyentuh perihal azab ALLAH kepada yang melakukan maksiat kat atas muka bumi ini, malah semangat terkesan dek khutbah tadi dibawa dalam solat melalui surah yang dibaca dalam solat Jumaat pada hari itu, menangis ustaz itu tatkala sampai kepada ayat berkenaan azab ALLAH, boleh terasa "takut" ustaz itu akan azab ALLAH.Begitu terkesan.

Nak dijadikan cerita, suatu hari saya dan seorang kawan makan di suatu kedai makan baru, berjumpa lah kami dengan ustaz tersebut bersama keluarganya juga sedang menjamu selera di situ.

Apa yang mengejutkan saya ialah ustaz itu MEROKOK!Memang mengejutkan, saya seketika rasa semacam tak boleh terima ustaz itu merokok, sebab pada saya seorang ustaz tak sepatutnya merokok.memang ada fatwa yang kata rokok itu makruh tapi tak kurang juga ada fatwa yang MENGHARAMKAN rokok!

Berfikir sejenak akan situasi sebigini, renung diri sendiri.Hurmmm..memang manusia normal tak lari dari melakukan kesilapan.Tu satu hal, satu hal lagi normal manusia ini, hanya fokus dan tekankan kepada pekara yang tiada masalah bagi dia je,macam contoh ustaz merokok tadi, dia mungkin tiada masalah dalam masalah-masalah atau dosa-dosa melibatkan moral dan akhlak maka pada anggapannya itulah prioriti, itulah yang sepatutnya manusia tinggalkan tapi dia ada maslah dalam meninggalkan rokok.
Merokok haram kerana terbukti memudaratkan bukan sahaja kepada diri perokok malah kepada orang sekitarnya!

Satu contoh lain adalah golongan yang menyeru kepada beribadah atau beramal dengan berdasarkan dalil yang sahih mungkin terlepas pandang dalam menyeru kepada banyak melakukan amal dan zikir (sebagai contoh, saya sendiri)seperti mana yang diperjuangkan oleh golongan yang berkenaan tapi tidak pula memberi fokus kepada sandaran dalil yang sahih, janji benda tu adalah benda baik.

Di sini menunjukkan setiap orang punya peranan masing-masing, ada yang mainkan peranan mengajak kepada tinggalkan maksiat, ada yang kepada banyak beramal dan ada yang menyeru kepada perlunya amal yang warid dari rasulullah dan macam-macam lagi.Jadi tiada masalah di dalam sesebuah organisasi yang di dalamnya pelbagai fikrah sama ada salafi (orang lain lebih suka menggelar mereka wahhabi), atau sufi atau yang neutral, cuma nya masing-masing mainkan peranan masing-masing dan bersedia menerima sesuatu jika ada dalil sahih menyokong, setuju?

p/s: organisasi cuma platform untuk memperjuangkan Islam

Tiada ulasan: