Ahad, November 30, 2008

Fiqh Dakwah

Ok terus kepada topik, fiqh dakwah.Saya nak kongsi perihal fiqh dakwah ni dengan menyentuh tiga pekara :

1) Islam.
2) Pendakwah.
3) Target (orang)yg hendak didakwah.


Sebelum itu, cuma nak bagitau yang saya cuma berkongsi coretan minda saya.Setiap kata-kata itu boleh diterima dan ditolak (kritik) kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w. Jadi saya amat berharap kepada sebarang komentar.

1) Islam

Islam itu indah, bila disebut Islam itu indah ramai yang tak pelik atau rasa semacam pun.Sebutan Islam itu indah dah biasa disebut.Tapi cukupkah sekadar mengatakan Islam itu indah boleh menarik orang untuk mendekati seterusnya berislam?

Cuba lihat perumpamaan ini.

Ada seorang gadis yang lawa, sangat cantik dan ramai yang mengakuinya,kata lah gadis ni adalah A.pada masa yg sama ada seorang jejaka, kata lah jejaka ni B. A dan B tak pernah kenal satu sama lain. Dengan kemajuan teknologi , A dan B berkenalan tanpa B melihat muka A, diorang berkenalan melalui alam maya, mungkin menerusi 'chatting'.

Nak dijadikan cerita masa perkenalan itu A dah bagi first impression yg kurang baik kat B.Semasa kenal A asyik duk bercakap mengenai keburukan kawan dia .B pun lantas tak berniat nak berkawan atau mengenali A dengan lebih dekat dek kerana A salah "introduce" dirinya kepada B.

Cuba kalau A pada mulanya "introduce" dengan baik dirinya, pasti jika B teruskan proses nak kenal A dgn lebih dekat, kemudian baru terjadi situasi A mengata keburukan orang, pastinya lain respon B kali ini.Pasti B akn cuba selidik kenapa A buat macam tu.


Ok, sama macam nak kenalkan Islam yang indah ni.Kalau dah kita kenalkan islam dengan cara yang tak betul, macam mana orang nak semakin mengenali islam?kalau dah approach kita terus cakap pasal tak ikut cara islam masuk neraka, sesuai tak?

Bukankah untuk seseorang betul2 menjadi muslim yang baik maka dia kena punyai perasaan cinta kepada ALLAH?macam mana nak wujudkan cinta kepada ALLAH?Begitu banyak ayat-ayat al-Quran tentang betapa pemurahnya ALLAH dalam memberi taubat dan menghapuskan dosa, dan betapa ALLAH amat mementingkan maruah/aib seseorang.Bukankah itu sungguh menyentuh hati?begitu banyak lagi keindahan dalam sifat-sifat ALLAH yang boleh membuatkan seseorang merasakan ALLAH begitu penyayang kepada hamba-hambaNya.

Kuasa cinta sungguh kuat, manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta.Sungguh bila wujud cinta yang kuat kepada ALLAH, manusia takkan mempersoalkan syariat ALLAH dan menjadi Muslim yang taat.

Jadi kesimpulannya, Islam itu indah, cara nak memperkenalkan islam dan apa yang diperkenalkan dulu tentang islam juga mestilah indah/cantik.


2) Pendakwah

Pendakwah perlu mengetahui apa kelebihan yang dia ada.Ada orang petah bercakap, ada orang boleh menulis dengan baik, ada orang boleh kedua-dua nya sekali.Kenali diri sendiri dan manfaatkan kelebihan diri untuk berdakwah.orang yang cuma pandai menulis, tumpukan kepada penulisan, cuba perbaiki mutu penulisan dan biarkan methode berceramah itu kepada orang yang petah bercakap.jadi masing-masing ada peranan.

Setiap peranan ada kepentingannya sebab ada orang suka membaca tapi tak suka pergi dengar ceramah dan ada orang sebaliknya.

Pendakwah juga perlu 'sedar diri', hehe. Sedar diri yang saya maksudkan bercakap sesuatu yang dia memang yakin dan faham ttg sesuatu isu itu.







3) Target (orang) yang didakwah.

Pendakwah perlu bijak dlm menyampaikan mesej.Kenali target.Approach untuk orang kampung tentunya berbeza dengan orang bandar dan professional.Ada target yang dah ada basic dan ada yang zero.Dan ada komuniti yang kurang prefer program2 agama dan ada sebaliknya.

Katakanlah ada satu universiti M, univ M ni dia ada dua kampus, satu kampus C dan satu D.Kampus C alhamdulillah suasananya masih terasa islamik nya maka approach dan aktiviti yang dilakukan banyak bertumpu kepada nak melatih menjadi da'ie atau sebagainya.

Tapi disebelah pihak lagi, kampus D berbeza, di situ komunitinya lebih kepada hedonisme (katakan lah), asal nama je program agama diorang tolak terus, payah la nak join.Maka prioritinya tentulah kepada nak betulkan imej diorang terhadap islam.Fokus tentulah kepada nak kongsi betapa ALLAH begitu Penyayang, Pemberi taubat ,mudahnya Islam, betapa praktikalnya Islam.Jadi "haraki" untuk kampus C dan "haraki" kampus D berbeza.

Setuju?Ini cuma coretan minda saya.Setiap kata-kata itu terbuka kepada penerimaan dan kritikan kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w yang sememangnya diterima je.Jadi komen lah ye =)

Rabu, November 26, 2008

Islam Muslim =)

Lama tak update blog ni.tajuk kali ni memang rancang lama dah nak tulis, cuma tunggu biar habis bengkel je baru-baru ni.

Ok,saya nak mula dulu dengan ajak korang berfikir.Setuju tak definisi sesuatu perkataan yang kita percaya / yakini mempengaruhi persepsi kita terhadap perkataan tersebut.

Saya bagi contoh mudah: Perkataan "Paksa".Semua kita tau perkataan paksa, tapi pemahaman / definisi paksa menurut pengamatan saya berbeza bagi lelaki dan perempuan.

Bagi perempuan : Paksa ni bila diorang diminta tunaikan sesuatu permintaan, diorang tanak, tapi diminta berulang kali lagi, maka tu dah dilihat sebagai dipaksa.


Bagi lelaki : Paksa ni adalah sesuatu permintaan yang diselitkan dengan elemen kekasaran.


p/s: definisi itu adalah berdasarkan pemerhatian saya, kalau tak betul pun still ada perbezaan definis antara dua jantina tersebut, ye dak?

Ok, untuk nak korang lagi faham dan nampak apa kepentingan definisi ni, saya bagi lagi satu contoh, kali ni adalah perkataan "Hantu".Definisi hantu terbahagi kepada dua golongan.


Golongan pertama : Hantu bagi diorang adalah satu entiti.Bagi diorang Syaitan ni terbahagi kepada dua:
1) Syaitan yang menyesatkan / kacau ibadah Muslim
2) Syaitan yang mengusik - Hantu

Maka golongan pertama ni "Taqwa" dan "Iman" diorang kepada hantu kuat skit.Kalau ada orang kata "Ko takut hantu ke?Hahaha..", maka diorang dengan penuh keimanan dan taqwanya akan respon "Jangan cakap besar, kena ko nanti" atau pun jika tetiba malam itu terasa meremang bulu roma dek kononnya ada hantu datang maka cepat2 akan cari al-Quran letak sebelah, baru rasa selamat skit. Fungsi al-Quran hanya sebagai alat untuk menghalau hantu?


Golongan kedua : Hantu tu adalah salah satu methode oleh Syaitan untuk sesatkan manusia.
Sebab bila mana orang terlampau takut dengan hantu, maka Islam cuma menjadi alat dan bukan lagi matlamat.Al-Quran dicari atau dipasang (mp3) bila terasa ada gangguan hantu.Dan dek kerana takutkan hantu jugak, akan wujud amalan-amalan syirik seperti pemakaian tangkal, jumpa bomoh, pawang dan sebagainya.Maka tercapai objektif syaitan- SESATKAN ANAK ADAM.


Tengok, besarkan peranan definisi?Akan menentukan persespsi seseorang itu.Maka sekarang kita sambung tajuk asal kita - Islam Muslim.

Ok, kita mulakan dengan definisi Islam dan Iman (Iman ni saje tambahan untuk korang leh bandingkan)

Islam - Biasanya orang faham Islam ni adalah cuma satu nama bagi agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.
Makna asli “Islam” adalah penerimaan sebuah pendapat atau sebuah kondisi yang sebelumnya tidak diterima. Dalam bahasa al-Qur’an, Islam bermakna kesediaan seseorang untuk menerima titah dan perintah dari Tuhan dan mengikutinya (salin tampal dari sini)


Iman - Menurut bahasa iman berarti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah: membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut. (salin tampal dari sini)


Ok, dah ada dua definisi, islam dan iman.Dua2 nya ada satu persamaan, perasan tak? Dua2 nya adalah "verb"(perbuatan).Islam adalah menerima titah dan perintah ALLAH dan Iman adalah percaya atau membenarkan dengan hati, ikrarkan dengan lisan dan diterjemahkan percaya tu melalui perbuatan. Dua2 adalah perbuatan, setuju?

Ok, kita pergi pulak kepada definisi Mukmin dan Muslim.

Mukmin = adalah orang yang percaya atau kata mudahnya orang beriman

Muslim = orang Islam (ramai kita terjemah macam tu)


Kalau kita tukar Muslim = orang BERISLAM kena tak?disebabkan islam dan iman masing2 adalah perbuatan dan dalam bahasa arab tambahan "mu" didepan satu kata kerja adalah memberi makna orang yang melakukan perbuatan (kata kerja tersebut), sebagai contoh lain adalah azan dan muazzin, muazzin adalah orang yg melaungkan azan (boleh kita sebut sebagai pengazan?)

Sama konsepnya dengan bahasa inggeris. Kalau work (kerja), maka worker adalah pekerja.Tambahan "er" sama konsep ngan tambahan "mu", jadi kalau terjemahan arab-english Muslim adalah "Islamer".Hahaha..tak sedap disebut plak yer..maka Muslim pun mat saleh sebut Muslim jugak (cuma sebutannya adalah Moslem..hehe)

Jadi pada pandangan saya (sungguh pandangan sesiapa pun leh diterima atau ditolak kecuali kalam ALLAH dan kata2 Rasulullah s.a.w).Bilamana orang cuma faham Islam itu cuma satu "noun" maka Muslim cuma selesa dengan cukup sekadar status diorang adalah Islam.Dan Muslim bila diterima oleh kita hanya dengan tafsiran seseorang yang mengaku menganut agama Islam, maka cukup sekadar itu.

Persepsi Itu Penting

Bukankah akan lain persepsi kita bila sedar dan terima Islam adalah satu perbuatan/ verb dan Muslim adalah orang yang melakukan perbuatan tersebut.Kita akan rasa kita bersalah sebab banyak yang tak kita "perbuatkan".
P/s: untuk info, berbanding agama lain, yang mana nama agama diorang diambil sempena nama individu tertentu atau nama tempat, perkataan Islam bukanlah merujuk mana-mana individu atau tempat.Christian diambil dari individu Christ (dari perkataan Christos yang bermaksud Al-Masih = merujuk kepada Nabi Isa),dan lain-lain contoh seperti agama Hindu, Confucius, taoism dan sebagainya yang merujuk kepada individu dan tempat tertentu.


Islam adalah perbuatan, Muslim adalah orang yang BERISLAM, orang yang melakukan perbuatan islam tersebut, maka moh kita menjadi Muslim =)
From aku upload

Khamis, November 13, 2008

Moh Promote!

From aku upload






From aku upload






From aku upload






From aku upload




Rabu, November 12, 2008

Kelas Arab + Hadis bermula malam ni

InsyaALLAH bermula malam ni secara mingguan =)

Klik Gambar Untuk Besarkan

From aku upload


bertempat di Surau Al-hidayah MMU

Korang Muslim?

Anda yakin dengan apa yang anda anuti?


From aku upload

link gambar
poster: credits to Sanuri
Sanuri on deviant art
Pendaftaran :

Pelajar MMU : RM 10
Pelajar non-MMU : RM 15

sila hubungi : y! akunye_email
017-3672077 (Azroy)
013-6223977 (Hazwan)
017-6237067 (Saifuddin)
017-4648514 (Nur Ashikin)

Ahad, November 09, 2008

Bila Ustaz Merokok


Pertama kali solat Jumaat tempat itu, khatibnya seorang ustaz muda.Khutbahnya membara bersemangat, walaupun melihat pada teks, tapi nampak pada gayanya, khatib tersebut ada melakukan "homework" untuk khutbah yang bakal dia sampaikan,macam ini lah yang kita mahu, baru lah takde yang tidur semasa khutbah.

Sebelum melanjutkan dengan topik asal, setuju tak kalau ramai jemaah yang tidur semasa khutbah Jumaat, salah nya total ke atas jemaah yang tidur?Sedangkan di pihak satu lagi adalah khatib yang menyampaikan khutbah dengan suara yang "mendodoikan" jemaah di tengah hari bolong!Haha..ada ke patut dah la sekadar membaca khutbah yang mana sepatutnya adalah khatib(Pengkhutbah) itu berkhutbah, bukannya Qari Khutbah (Pembaca Khutbah)

Ok, berbalik kepada tajuk asal kita,khatib muda tadi, begitu bersemangat, menghayati khutbah yang menyentuh perihal azab ALLAH kepada yang melakukan maksiat kat atas muka bumi ini, malah semangat terkesan dek khutbah tadi dibawa dalam solat melalui surah yang dibaca dalam solat Jumaat pada hari itu, menangis ustaz itu tatkala sampai kepada ayat berkenaan azab ALLAH, boleh terasa "takut" ustaz itu akan azab ALLAH.Begitu terkesan.

Nak dijadikan cerita, suatu hari saya dan seorang kawan makan di suatu kedai makan baru, berjumpa lah kami dengan ustaz tersebut bersama keluarganya juga sedang menjamu selera di situ.

Apa yang mengejutkan saya ialah ustaz itu MEROKOK!Memang mengejutkan, saya seketika rasa semacam tak boleh terima ustaz itu merokok, sebab pada saya seorang ustaz tak sepatutnya merokok.memang ada fatwa yang kata rokok itu makruh tapi tak kurang juga ada fatwa yang MENGHARAMKAN rokok!

Berfikir sejenak akan situasi sebigini, renung diri sendiri.Hurmmm..memang manusia normal tak lari dari melakukan kesilapan.Tu satu hal, satu hal lagi normal manusia ini, hanya fokus dan tekankan kepada pekara yang tiada masalah bagi dia je,macam contoh ustaz merokok tadi, dia mungkin tiada masalah dalam masalah-masalah atau dosa-dosa melibatkan moral dan akhlak maka pada anggapannya itulah prioriti, itulah yang sepatutnya manusia tinggalkan tapi dia ada maslah dalam meninggalkan rokok.
Merokok haram kerana terbukti memudaratkan bukan sahaja kepada diri perokok malah kepada orang sekitarnya!

Satu contoh lain adalah golongan yang menyeru kepada beribadah atau beramal dengan berdasarkan dalil yang sahih mungkin terlepas pandang dalam menyeru kepada banyak melakukan amal dan zikir (sebagai contoh, saya sendiri)seperti mana yang diperjuangkan oleh golongan yang berkenaan tapi tidak pula memberi fokus kepada sandaran dalil yang sahih, janji benda tu adalah benda baik.

Di sini menunjukkan setiap orang punya peranan masing-masing, ada yang mainkan peranan mengajak kepada tinggalkan maksiat, ada yang kepada banyak beramal dan ada yang menyeru kepada perlunya amal yang warid dari rasulullah dan macam-macam lagi.Jadi tiada masalah di dalam sesebuah organisasi yang di dalamnya pelbagai fikrah sama ada salafi (orang lain lebih suka menggelar mereka wahhabi), atau sufi atau yang neutral, cuma nya masing-masing mainkan peranan masing-masing dan bersedia menerima sesuatu jika ada dalil sahih menyokong, setuju?

p/s: organisasi cuma platform untuk memperjuangkan Islam

Isnin, November 03, 2008

Dapat RM1k Jika Nikahi Ibu Tunggal di Melaka =)

RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
amirapis@hmetro.com.my

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.



Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

sumber berita - Harian Metro