Sabtu, Oktober 04, 2008

Balik Kampung..Yeay!


Kali ini nak mulakan dengan ceritakan sedikit masa penulis nak pulang berhari raya baru-baru ni.Seperti biasa, kali ini juga penulis balik kampung dengan menaiki motor ‘kapchai’ penulis, Cuma bezanya kali ini, penulis balik berdua dengan abong, konvoi dua motor.

Kami cadangnya aritu nak bertolak pulang pada 27 hb , iaitu pada hari sabtu.Tapi abong ajak pada hari jumaat tu untuk pergi UIA gombak, ajak iktikaf malam 27 ramadhan kat masjid UIA, pergi lah kami.Suasana kat masjid UIA malam itu memang meriah, kalau lah orang yang datang ke masjid tu dengan asalnya tiada pun niat nak iktikaf malam tu, pasti rasa nak join sekali iktikaf, memang meriah betul.Kalau kita tengok kat MMU ada disediakan ruang kecil untuk orang-orang yang nak iktikaf ni tidur, tapi di masjid UIA ni, tak disediakan tempat khas, pilih la memana tempat untuk tidur, dekat penjuru ke, dekat dinding, dekat tiang ke, kat tengah masjid ke.Memang ramai sangat orang iktikaf malam tu.Khabarnya malam itu paling ramai jika nak dibandingkan dengan 10 malam terakhir yang lain, kerana orang arab memang pegang malam al-Qadr adalah pada malam 27 ramadhan.

Selain pada kemeriahan iktikaf malam tu yang buat penulis rasa, faktor lain keseronokan penulis malam itu adalah dapat iktikaf bersama-sama dengan ustaz-ustaz yang penulis sayangi, iaitu ustaz arif nazri (UKM) ,ustaz razak (moderator forum aritu) dan berjumpa dengan ustaz nicholas.

Ok, abis cerita kongsi keseronokan penulis aritu, nak cerita pasal perjalanan kitorang pulak.Dari MMU nak ke UIA gombak, biasanya hampir sejam la perjalanan.Kemudian dari gombak ke Kuantan dalam 200(++ sikit) km, dan dari Kuantan ke K.Terengganu dalam lebih kurang 198 km.Kalau dalam kepala sedari awal memang ‘aim’ K.terengganu je memang agak menjatuhkan semangat la, bayangkan, dengan motor kapchai je, perjalanan dalam 400km, jadi macam mana?

Hehe .. ‘aim’ kan destinasi-destinasi yang dekat dulu dalam perjalanan, macam contoh dari gombak tu,aimkan stesen petronas lawa (bukan dekat genting sempah) atas highwah karak tu, dah sampai situ, aim pula stesen shell kat temerloh (dalam 60-70km rasanya), kemudian petronas dekat gambang (juga cuma dalam 60 km) dan begitulah seterusnya sampailah kat kuala terengganu.

Memang tak terasa sangat lah lamanya bila buat macam tu walaupun perjalanan dalam 6jam untuk sampai ke rumah.macam sama je dalam kehdiupan kita, kita nak capai sesuatu yang besar dalam hidup, tapi kalau terus ‘aim’ kan yang besar tu, terasa macam tak boleh nak capai je, jadi baik ‘aim’kan yang kecik2 dulu step by step untuk capai yang besar, pasti terasa lebih mudah kan?

Dan pembahagian berapa kali ‘aims’ kecik untuk capai ‘aim’ besar itu juga bergantung kepada kemampuan kita , ye dak.Macam contoh kalau balik terengganu tadi, kali ini bukan naik motor,tapi naik kereta, tentulah dari MMU tu dah terus ‘aim’ ke temerloh atau kuantan.Jika naik basikal, nak ke kuala terengganu, dari MMU , mungkin mula-mula ‘aim’ la serdang dulu ke, kemudian sungai besi, kemudian tmn sri ukay ke dan seterusnya sampai lah ke terengganu, setuju tak?

Jadi, kalau nak jadi Perdana Menteri Malaysia pada masa depan, atau nak jadi orang yang terlibat juga dengan pembebasan Palestin dari rejim zionis yahudi ke, apa ‘aim’ pertama yang kita nak capai dulu? :)

1 ulasan:

Muhammad Hazimin Wahab berkata...

kelik ganung molek2. Jangang lupo makang ktupat sambil study.... exam minggu ni buat molek2 deh....