Khamis, September 18, 2008

Setelah sekian lama menyepi...


Kelihatannya fufu begitu istiqamah dalam menulis blog. Saya pula yang baru menempuh alam kerja agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri untuk mengurus masa dengan lebih teratur.


Istiqamah itu memang payah. Sebab itu amalan yang sedikit tetapi istiqamah, itu yang terbaik. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Rasul adalah seorang yang pemurah dengan kebaikan, tetapi di bulan Ramadhan baginda menjadi lebih pemurah. Lantas Ustaz Rasyid menyimpulkan antara amalan di bulan Ramadhan yang kita perlu fokus adalah tiga selain berpuasa dengan iman (yakin):


1- Bertadarrus Al Quran (ada yang membaca & ada yang menilai bacaan itu)

2- Solat teraweh

3- Memperbanyakkan sedeqah


Oklah. Sekian dari saya. 10 hari terakhir Ramadhan bakal menjelang. Jom tingkatkan lagi amalan. Masih belum terlambat jika kita baru mahu berubah. Iman itu adalah perbuatan hati yang disertai amalan-amalan perbuatan lahiriah. Kepada yang mempunyai niat untuk menambahkan amal ibadat, alhamdulillah. Sekarang kita hanya perlu menzahirkannya sahaja...

Tiada ulasan: