Khamis, September 18, 2008

Separuh-separuh dan tokok tambah

Gambar ini:



Adalah gambar asal.Tiada yang memberi komen negatif perihal gambar ini.Gambar ini nampak normal dan tiada cacatnya.Gambar ini diambil ketika penulis dan kengkawan baru sampai ke pucak Gunung Angsi.

Gambar kedua:



Adalah gambar yang penulis “cut” dari gambar asal.Bila diletakkan gambar ini berasingan, seperti contoh penulis gunakan sebagai gambar untuk YM!Respon yang penulis terima ternyata berbeza! Seorang kawan mengatakan penulis nampak gersang a.k.a horny pada gambar tersebut.Hahaha!

Gambar ketiga :



Adalah merupakan gambar yang penulis “cut” dari gambar asal dan penulis tambahkan sedikit efek pada gambar tersebut.Dan seperti yang dijangka, respon kali ini juga ternyata berbeza! Seorang kawan meberi komen “Fuad... serious creepy gambo tu”.Kali ini creepy plak, dah tak nampak gersang lagi dah.

Signifikasi pertama :

Ayat quran atau hadis atau apa-apa kata-kata orang jangan di”cut-cut” pada tempat yang boleh mengelirukan.Seperti contoh adakah orang yang bersolat itu adalah celaka, hanya kerana kita berhujahkan satu ayat iaitu ayat 4 surah Al-Maa’uun.Sudah tentu tidak kan?

Itu baru signifikasi untuk gambar kedua, bagaimana untuk gambar ketiga?Dah lah “cut-cut” mana yang suka je, kemudian ditokok tambah dengan benda lain.Seperti contoh ditokok tambah dengan takwilan yang nyata jauh berbeza ngan zahir ayat.Beriman dengan zahir ayat sudey.(Hehe..pinjam ayat kawan -> sudey).Bukan ke semua muslim setuju ALLAH tak sama dengan makhluk?

Signifikasi kedua:

Islam, terima Islam secara keseluruhan dan bukan hanya “cut-cut” mana yang kita suka atau lebih teruk lagi, bukan setakat “cut-cut” mana yang suka je, ditokok tambah lagi pulak tu.Bila ada orang sebut perkataan bid’ah mula lah nak panas je, padahal orang yang sebut tu takkan sebut kalau nabi tak sebut dulu perkataan tu.

Sekian tulisan kali ini.
Fuad Nordin
MMU Cyberjaya
19 Ramadhan 1429/ 18 Sept 2008

2 ulasan:

Sukj berkata...

Assalamualaikum...

Fufu berkata...

wa 'alaikumussalam :D

selamat berkunjung :D