Khamis, September 04, 2008

Sedikit luahan...


Salam...sudah lama jari ini tak mencoretkan luahan minda sendiri.Di atas kekangan masa dan kelemahan pengurusan masa oleh diri, maka diri kurang berkesempatan berkongsi idea.

Teringat tahun lepas di kala blog ini agak aktif dan diri mendpat respon positif dari kengkawan yang rata-rata cuba tonjolkan yang diorang bukan golongan yg prefer pd program2 atau santapan berunsur agama-ku rindukan saat itu, memang niat hati ini nak tarik ramai org sedar akan bestnya Islam, bukannya bila nak jadi Homo Islamicus (org yg prefer pd agama) maka bnyk sgt pantang larang sehingga taleh merasa seronok.


Posting kali ini lebih bersifat luahan hati.Buat sesiapa yg blom tahu, diri ini baru belajar nak aktif berpersatuan.Tu yg agak 'sibuk' sem ni.Teringat lagi sekali sebelum mendapat jawatan ini, diri ini mengadu kpd ALLAH Jalla Wa 'Ala ttg betapa cemburunya pada Abong yang punya rakan (geng2 uia kuantan) yg pro sunnah tapi sempoi.Sungguh ku menyenangi sifat dan perangai diorang.Beberapa ketika selepas peristiwa mengadu, tup tup dpt tawaran pegang jawatan untuk satu kelab yg pro islamik di kampus ini.


Terfikir sejenak, jika diri ini cuma mendaftar sekadar ahli biasa, pasti penglibatan dengan kelab tersebut ikut suka diri ni je, rasa rajin nak join program, join..kalau malas maka buat 'dono' je.Mungkin itu hikmah atas perlantikan tersebut, agar diri ini terikat dengan kelab maka terjawab 'permohonan' mahu punya sahabat2 yg pro islamik moga ada efek positif pada iman dan amal.



Cumanya...cumanya..terasa bagai diri ni baru je belajar berjalan, tapi sudah disuruh berlari.Maka kebarangkalian diri ini kerap terjatuh pasti tinggi.Tujuan posting bukan nak salahkan memana pihak, cuma diharap faham jika ada kala diri ini jatuh dan harap dapat dimaafkan segala kekurangan.Ku cuba berlari sebaik mungkin dan cuba juga ku fahami suasana ber'usrah' ni.Jujur cakap mmg tak pernah join atau belajar silibus2 usrah ni.




Ok, abis kut bab minta simpati..hehe..harap org2 lama tu faham ye.Hamba ni junior je.Setakat ni rasanya tugas diri ini pasal nak sediakan program2 dakwah bagi pihak kelab dah ada buat satu dua.InsyaALLAH akn menyusul program2 yg segar sesuai dgn selera bebudak kampus kita.

Cuma part nak selalu berhubung dgn anak2 biro je semacam ada kekurangan.Hehehe, kita ni jenis yg sempoi tp diexppect untuk ber 'ana enta' dan selalu buat perjumpaan kecil dan sesi tazkirah.Huhu..itu semua pekara baru bagi diri ni! :D


InsyaALLAH tgh proses nak kenal rapat ngan diorang then mungkin pendekatan lebih pendekatan santai.Hehe..kena la jadi diri sendiri ye dak? :)






Ok la..setakat tu je dulu coretan / luahan hati ini.Ni betul2 luahan hati ini, jangan ingat main2..hehe..bukan apa, ada rakan seperjuangan (mungkin tu kelemahan dia, dia x nampak), dia tak amik serius atas apa luahan atau cadangan yg org lain bagi.Ades la..takpe2..pk positif, setiap org ada kelemahan, mungkin tu kelemahan nya dan bukan pekara yg disengajakan oleh beliau.Huhu :D

Sekian, wassalam

Fuad Nordin
MMU Cyberjaya
0829H 4 Ramadhan 1429H

1 ulasan:

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff berkata...

:)..faham2..gembira dapat bace tulisan yang nieh..gembira betul nieh..bukan main2..cuma jgn kerap sgt berlari laju..nanti letih..belajar jogging2 dlu..:)..ade msalah gtau gua~..:P