Jumaat, September 05, 2008

Haha kan aje dugaan itu :)

Hurmm..tergelak sendirian bila muhasabah diri ini.Selalu mengadu tentang apa yang takde tapi apa yang ada tak pula dimanfaat betul-betul.

Kekadang itu, rasa semacam takleh terima kenyataan pun ada bilamana berada di dalam situasi yang 'melawan arus'.Entah kenapa diri ini selalu nak mudah je dalam urusan dakwah.Haha untuk diriku sendiri.

Adakah bila selalu mendapat tentangan dan 'melawan arus' itu tandanya tak dapat pertolongan dari ALLAH?Sudah cukup ke usaha untuk sampai tahap dah layak dapat pertolongan dari ALLAH?Haha lagi sekali buat diri ku sendiri.

Nabi-nabi ALLAH ada je yang diseksa malah dibunuh, adakah itu tandanya ALLAH tak kesian atau kasih kepada kekasih-kekeasihNYA (para anbia')?Sekali lagi haha selayaknya aku dapat.

Agaknya apa yang aku expect bila nak libatkan diri dalam nak kongsikan Islam dengan orang ini.Di mana manisnya perjuangan bilamana tiada dugaan?Bukankah sebaiknya aku haha kan saje segala dugaan itu, baru lah haha tak kena pada diri.ye dak?

Islam ini mudah, Islam ni praktikal <- jangan hanya di mulut slogan ini.Uar-uarkan saje, agaknya orang yang mendengar akan terima bulat2 je ke?Boleh tk dumpamakan seperti orang yang nak kongsikan kek yang sedap dengan orang lain, diuar2kan kek itu sedap, tapi tak bagi pun orang merasainya.Sama juga dalam hal ini, apa dia bukti Islam itu praktikal dan mudah?Isu ini insyaALLAH akan dicoretkan dalam posting lain nanti.Hehe..kembali kepada topik asal.



Bukannya kuat mana pun dugaan yang baru dapat setakat ni,setakat padan dengan usaha aku je.Dan bukannya tentangan itu hebat sangat pun, malah rakan seperjuangan ada,tambah lagi berada di pihak yang cuba sedaya mungkin ikut tafsiran al-quran dan hadis dan bukan takwilan semata.

Haizz (pinjam ayat wahab),semangat nak kena kuatkan lagi ini.Kalau tak, tak sampai objektifku masuk IU sem ni.Ku punya objektif peribadi selain objektif rasmi iaitu mahu kembalikan imej Islam kpd komuniti MMU.Moga diri yang kerdil ni mampu jayakan.

Tulisan kali ini juga masih lagi berbaur luahan hati, saje je tulis juga agar tak hilang minat nak menulis ini.InsyaALLAH akan aktif menulis dan lebih berfikiran positif dan tak lupa cuba untuk haha kan dugaan yang mendatang.

Yup!Hahakan dugaan a.k.a fikir positif (dlm bahasa sopan nye) demi capai matlamat!

1 ulasan:

alFaisal berkata...

Dugaan tu yang akan buatkan kita menitiskan air mata bila kita kenang-kenang kembali bagaimana kita berjaya mengharunginya. Lebih dasyat dugaan menjadikan kita lebih kuat.

p/s: Teringat pulak DragonBall, Goku akan menjadi lebih kuat setiap kali habis satu pertarungan yang dia dibelasah teruk. hahaha.