Sabtu, Ogos 09, 2008

Gender Equality ?


Wanita dari tulang rusuk, bukti wanita lebih hina dari lelaki?




Allah Maha Hebat!

Manusia sedari dulu sampai sekarang, entah sudah berapa bangsa yang telah wujud dan pupus dan digantikan dengan bangsa lain.Entah berapa ratusan juta individu-individu yang telah lahir dan meninggal yang punya sifat, sikap perangai, dan cara fikir yang unik (tersendiri) di antara satu sama lain.Warna kulit manusia ada yang putih, ada yang hitam, ada yang sawo matang, dan sebagainya; sungguh pelbagai.Itu belum masuk jenis rambut lagi. Hebat kan pencipta alam semesta ini?



Perbandingan

Perbandingan atau ‘comparison’ dalam bahasa Inggeris nya, macam mana sesuatu itu boleh dibandingkan? Kalau anda ‘google’ perkataan ‘comparison’ di Wikipedia maka ini jawapannya. Klik . Anda akan diminta untuk merujuk kategori-kategori ‘comparison’. Kenapa? Kerana perbandingan atau ‘comparison’ perlu lah melibatkan dua subjek atau lebih yang tergolong dalam kategori atau kumpulan yang sama. Boleh kah dua subjek yang berbeza dibandingkan?

Lagi Kehebatan Allah


Kita lihat jantina, secara fizikalnya perbezaan antara dua jantina memang jelas kerana ia (perbezaan itu) terzahir dan boleh dilihat oleh mata kasar kita. Manusia tidak mempertikaikan kelainan fizikal antara dua jantina ini (lelaki dan perempuan). Pernah tak dengar ada orang mempersoalkan “Kenapa dada perempuan timbul tapi lelaki tidak”, “Kenapa perempuan sahaja yang boleh mengandungkan dan melahirkan anak tetapi tidak lelaki?” atau pelbagai lagi soalan yang anda boleh fikirkan berkaitan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan ni.

Orang yang akil baligh umum mengetahui rasionalnya perbezaan ini, fizikal lelaki adalah sebegitu untuk selari dengan peranan atau fungsi lelaki , begitu juga fizikal perempuan sebegitu untuk membenarkan fungsi atau peranan perempuan.

Gender Equality?

Setuju tak dengan ayat “lelaki lawannya permpuan”?Jika cas positif lawannya cas negatif,dan cas-cas ini tidak stabil malah saling menarik antara lawan cas untuk mencapai keseimbangan. Cas negatif dengan cas negatif akan MENOLAK antara satu sama lain tetapi cas negatif dan positif akan MENARIK antara satu sama lain. Jelas disini apa yang cas negatif TOLAK berbeza dengan apa yang cas positif TOLAK. Analogi ini biasanya digunakan kepada manusia dalam soal pasangan, lelaki sudah semestinya dipasangkan dengan perempuan dan begitu sebaliknya.

Akan tetapi, bukankah di sini juga menunjukkan betapa lelaki dan perempuan bukan setakat berlawanan dari aspek fizikal semata. Juga dari aspek perasaan dan yang kita nampak dalam soal cinta atau memilih pasangan. Bagaimana dari aspek psikologi, soal persahabatan, cara fikir,emosi dan sebagainya. Jarang kan aspek-aspek ini kita persetujui adalah berbeza. Lihat saja pasangan suami isteri atau yang bercinta, rasanya luahan-luahan seperti “Asyik saya je yang ingat ulangtahun perkenalan kita”, “Awak boleh tak tolong rasional sikit?!” seakan biasa terucap bagi pasangan-pasangan.

Bukankah ini secara tak langsung menafikan perasaan lelaki dan perempuan berbeza? Bukankah ini tanda lelaki dan perempuan itu dibandingkan? Boleh kah lelaki dan perempuan dibandingkan walhal lelaki dan perempuan adalah dua subjek yang berbeza.


Logikkah apa yang dikatakan sebagai “Persamaan Jantina” atau “Gender Equality”? pihak yang melaung-laungkan persamaan jantina ini biasanya merujuk kepada nak menyama-tarafkan perempuan dengan lelaki atas tiket keadilan. Bukankah masing-masing punya fungsi dan peranan tersendiri? Seperti mana fizikal wanita adalah selari dengan fungsi dan peranan wanita dalam kehidupan maka kenapa tidak diyakini perasaan, emosi,cara fikir wanita itu juga selari dengan fungsi dan peranan mereka.

Bercakap tentang fungsi dan peranan, tiada siapa yang lebih tinggi atau rendah, mulia atau hina. Setiap peranan tentunya punya kepentingan tersendiri. Jika dilihat fungsi yang dimainkan wanita dari kaca mata lelaki, maka tentunya lelaki menyatakan fungsi dan peranan mereka lebih utama kerana itu selari dengan fitrah lelaki.

Kesimpulan

Seperti mana setiap jantina punya fungsi dan peranan masing-masing, begitu juga antara setiap individu; juga punya peranan dan fungsi tersendiri. Antara dua individu juga unik (tersendiri) anatara satu sama lain. Itu sememangnya kehebatan ALLAH dalam mencipta makhluknya dalam pelbagai variasi.



p/s: Coretan mindaku hanyalah pendapat ku, insan biasa. Ianya boelh diterima dan boleh dikritik serta dipertikai. Hanya kalam ALLAH dan Rasul yang tak boleh dipertikai.



Fuad Nordin
MMU Cyberjaya
9 Ogos 2008 / 7 Syaaban 1429
0144H
http://islamsolusi.blogspot.com

Tiada ulasan: