Ahad, Ogos 10, 2008

[Dari al-ahkam]- Soalan Maut Untuk Syiah

Credits to abu_naaielah yang telah postkan artikel ni di al-ahkam

kalu siapa yg biasa berbahas dgn syiah maka dia akan biasa dgr puak syiah bila dah tersepit mereka akan kata "kita merujuk kpd marja'ie (ulamak rujukan semasa)" sehingga mereka akan meninggalkan kitab2 muktabar mereka.

contoh2 sedemikian mmg byk kalu lihat dlm perbahasan dgn syiah baik perbahasan ttg nikah mut'ah, tahrif quran, taqiyyah, ibnu saba' dll lagi.


antara forum yg blh dilihat spt

http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=138&page=1

jadi sebagai hadiah kpd syiah yg berkata demikian petikan dr forum tersebut:



Agama Syiah dan marjaienya yang flexibel

Syiah adalah sebuah agama samawi yang sungguh unik. Ia adalah sebuah agama yang flexibel, boleh berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan semasa. Perkara yang flexibel dalam agama syiah bukan setakat soal feqah, tapi termasuk juga soal akidah, berbeza dengan ahli sunnah yang hanya flexibel dalam soal feqah sahaja tapi tidak akidah.

Penganut-penganut ajaran syiah berbangga dengan keflexibelan agama mereka di depan ahli sunnah, bagi mereka, disebabkan perkara inilah agama mereka tidak jumud, tidak seperti katak di bawah tempurung dan tidak ketinggalan zaman. Mereka juga merendah-rendahkan ahli sunnah kerana mendakwa agama mereka jumud dan ketinggalan zaman, bagi mereka, ini zaman orang bawa kereta, bukan naik unta.

Apakah resipi rahsia keunikan agama syiah? Ya, ia adalah marjaie. Marjaie adalah satu golongan yang didakwa mempunyai kuasa untuk merombak dan menggubal agama syiah, termasuk dalam hal-ehwal akidah.

Marjaie-marjaie ini pula ramai, pendapat mereka juga boleh berubah-ubah dan berbeza-beza. Sesungguhnya tidak ada di dalam dunia ini agama yang seflexibel agama syiah dan inilah yang menjadi kebanggaan penganut-penganutnya.

Oleh kerana penganut-penganut agama syiah mendakwa ahli sunnah jahil dan agama mereka jumud kerana tidak ada konsep marjaie, maka ahli sunnah mula berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang konsep marjaie syiah. Mungkin suatu hari nanti ahli sunnah juga akan mengamalkan konsep marjaie seperti syiah dalam agama mereka.

Berikut adalah beberapa persoalan yang timbul dari pihak ahli sunnah tentang konsep marjaie. Harap pengamal ajaran syiah menjawabnya, inilah peluang anda untuk berdakwah secara online.

1. Siapakah yang lantik marjaie-marjaie?

2. Siapakah marjaie syiah sekarang?

3. Adakah semua marjaie sepakat tentang satu-satu perkara dalam satu masa? Ataupun boleh berlaku khilaf sesama mereka dalam satu perkara?

4. Apakah kuasa yang ada pada marjaie? Adakah marjaie mempunyai kuasa membatalkan kata-kata dan pendapat imam-imam maksum yang dirasanya tidak sesuai dengan keadaan semasa?

5. Apa akan berlaku sekiranya pendapat marjaie bercanggah sesama mereka? Siapakah yang akan menjadi ikutan?

6. Tak semua ulama syiah atau ayatollah adalah marjaie, mana-mana yang bukan marjaie itu macam mana pula dengan suara mereka?

7. Adakah pendapat ulama bukan marjaie hanya laku bila bersesuaian dengan pendapat marjaie?

8. Berapa orangkah marjaie yang boleh ada dalam satu-satu masa?

9. Apakah kaedah yang digunakan oleh marjaie-marjaie untuk memilih hadis-hadis dan ijtihad-ijtihad dalam kitab-kitab mereka untuk digunapakai?

10. Adakah marjaie boleh menggubal atau merombak akidah-akidah syiah? Misalnya kepercayaan terhadap Quran hari ini?

11. Sekiranya syiah tidak mengikut mujtahid yang sudah mati, maka apa perlunya kitab-kitab seperti Usul Kafi, Ihtijaj, Tafsir al-Qummi dan lain-lain? Bukankah tuan kitab-kitab itu semua sudah mati? Sekiranya orang yang sudah mati tidak diikut lagi, mengapa kitab-kitab mereka masih jadi rujukan? Adakah hanya 'tuan kitab' saja yang tidak diikut tapi tidak kitabnya?

12. Sheikh Saduq dan 3 orang lagi itu juga adalah ulama-ulama syiah yang sudah mati, tapi mengapa mereka masih dijadikan ikutan oleh marjaie sekarang?

13. Kalau syiah tak ikut mujtahid yang sudah mati, marjaie yang hidup pula ikut siapa?

14. Adakah marjaie-marjaie itu maksum? Jika tidak maksum, mengapa mereka boleh membatalkan pendapat-pendapat imam-imam yang maksum? Apakah kaedah yang mereka guna?

15. Sekiranya marjaie yang kata Quran hari ini tidak ada tahrif mati dan lahir pula marjaie baru yang kata Quran hari ini sudah ditahrifkan, apa pula tindakan penganut-penganut agama syiah? Kami dengar dan kami patuh?

16. Marjaie zaman sekarang mengatakan Quran hari ini tidak ada tahrif, tapi marjaie-marjaie zaman dulu kata Quran hari ini sudah ditahrifkan, apakah nasib mereka dan pengikut-pengikut mereka? Adakah mereka mati dalam kesesatan? Adakah mereka masuk neraka?

17. Anda adalah seorang penganut agama syiah, jadi anda mengatakan Quran hari ini tidak ada tahrif, namun apa pula kata anda terhadap Quran yang sama sekiranya anda hidup di zaman marjaie yang kata Quran hari ini sudah ditahrifkan? Adakah kata-kata anda itu adalah semata-mata kerana anda hidup pada tahun 2008?

18. Macam manakah cara penganut ajaran syiah mengikut marjaie mereka? Secara Taqlid buta tanpa banyak soal?

19. Adakah anda pasti marjaie anda tidak bertaqiyyah bila mengatakan sesuatu? Sedangkan mereka tidak mengkafirkan marjaie-marjaie lain dan mutaqaddimin mereka kerana berlainan akidah dengan mereka dan itu cukup jelas sekali. Sebijik macam polis yang menyamar jadi penjahat, dia tak akan tembak mati polis lain.

20. Anda pasti ke akidah marjaie anda tak akan berubah sekiranya mereka digantikan dengan marjaie baru? Sedangkan akidah mereka telah pun berubah pada masa lalu? Daripada kata Quran hari ini ada tahrif kepada kata Quran hari ini tak ada tahrif? Sekiranya mereka berubah, adakah anda akan ikut mereka? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?


____________________________




Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=369381&extra=page%3D1

Tiada ulasan: