Selasa, Ogos 26, 2008

Ramadhan datang lagi :)



قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan". H/R Ahmad (9133)



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالفُرِقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.


"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". Al-Baqarah, 2:185.

مَنْ آمَنَا بِاللهِ وَبِرَسُوْلِهِ وَاَقَامَ الصَّلاَةِ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".H/R Bukhari (3581) al-Jihad.

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ مِنْ عَذَابِ اللهِ.

"Puasa itu adalah perisai (penyelamat) dari azab Allah".H/R Ahmad (17233).


اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ فَاِذَا كَانَ اَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَجْهَلْ فَاِنِ امْرُؤٌ شَتَمَهُ اَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ اِنِّيْ صَائِمٌ.


'Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".H/R Ahmad. (7714).


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ اِلاَّ الصَّوْمَ ، فَاِنَّهُ لِيْ وَاَنَا اَجْزِى بِهِ ولِخُلُوْفِ فَمِ الصَّائِمِ اَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ.


"setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahlanya, kecuali orang yang berpuasa sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi".H/R Bukhari (547) al-Libas.




يَقُوْلُ عَزَّ وَجَلَّ : اَلصَّوْمُ لِيْ وَاَنَا اَجْزِيْ بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَاَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ اَجْلِيْ ، وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ ، فَرْحَةٌ حِيْنَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِيْنَ يُلْقَى رَبَّهُ.


"Azza Wajalla berfirman: Puasa itu untuk Aku dan Akulah memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya".H/R Bukhari (6938) at-Tauhid



كُلُّ حَسَـنَةٍ يَعْمَلُهَا ابْنُ آدَمَ فَلَهُ عَشْرُ اَمْثَالِهَا اِلاَّ الصِّيَامَ لِيْ وَاَنَا اَجْزِيْ بِهِ


"(Hadis Kudsi): Segala kebaikan yang dikerjakan oleh anak Adam baginya sepuluh kebaikan sepertinya, kecuali puasa, ia untukKu dan Aku sendirilah yang memberi ganjarannya".H/R an-Nasai(2189) as-Siam.



اِنَّ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَيْنِ ، اِذَا اَفْطَرَ ، وَاِذَا لَقِيَ اللهَ فَجَزَاهُ فَرِحَ.

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, (pertama kegembiraan) apabila berbuka dan (kedua kegembiraan) apabila menemui Allah. Maka Allah akan memberinya balasan maka itulah kegembiraan".H/R Ahmad (6877).


وَمَنْ كَانَ مِنْ اَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصِّيَامِ


"Dan sesiapa yang tergolong orang yang berpuasa, ia akan dipanggil (ke syurga) melalui pintu puasa".H/R Bukhari (3393). al-Munaqib


اِنَّ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِيْنَ وَالْقَانِتَاتِ ، وَالصَّادِقِيْنَ وَالصَّادِقَاتِ ، وَالصَّابِرِيْنَ والصَّابِرَاتِ ، وَالْخَاشِعِيْنَ وَالْخَاشِعَاتِ ، وَالْمُتَصَدِّقِيْنَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ ، وَالصَائِمِيْنَ وَالصَّائِمَاتِ ، وَالْحَافِظِيْنَ فَرُوْجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ ، وَالذَّاكِرِيْنَ اللهَ كَثِيْرًاوَالذَّاكِرَاتِ اَعَدَّاللهُ لَهُمْ مَّغْفِرَةً وَاَجْرًاعَظِيْمًا


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap taat dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara farajnya (kehormatannya), lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar". Al-Ahzab, 33:35.



عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ


"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu".H/R Bukhari (36) al-Iman.

Dan diriwayatkan dari Amr bin Murrah al-Juhani radiallahu 'anhu:
"Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu ia berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk golongan manakah aku? Baginda menjawab: Termasuk golongan siddiqin dan syuhada".H/R Ibnu Hibban No. 11. Lihat Zawaid. Sanadnya sahih.




p/s: Ni belum lagi citer tentang keutamaan2 bulan ramadhan spt malam lailatul qadar, nuzul quran etc.Best kan ramadhan! :)

Sabtu, Ogos 16, 2008

Forum : Terhina Umat Islam di Malaysia? Salah siapa?

Dari ust zain ys: dia kata dapat sms dari dakwahniaga mengatakan dr asri tak dapat dtg pada hari tersebut..

Tak dapat dipastikan, dr asri inform awal tak dapat dtg atau ape, ana sendiri tak tau nak kontek sapekah penganjur forum ni.

Sekian, harap maklum






p/s: Program DUA MUFTI tu.Payah tu nak dapat.

Ahad, Ogos 10, 2008

[Dari al-ahkam]- Soalan Maut Untuk Syiah

Credits to abu_naaielah yang telah postkan artikel ni di al-ahkam

kalu siapa yg biasa berbahas dgn syiah maka dia akan biasa dgr puak syiah bila dah tersepit mereka akan kata "kita merujuk kpd marja'ie (ulamak rujukan semasa)" sehingga mereka akan meninggalkan kitab2 muktabar mereka.

contoh2 sedemikian mmg byk kalu lihat dlm perbahasan dgn syiah baik perbahasan ttg nikah mut'ah, tahrif quran, taqiyyah, ibnu saba' dll lagi.


antara forum yg blh dilihat spt

http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=138&page=1

jadi sebagai hadiah kpd syiah yg berkata demikian petikan dr forum tersebut:



Agama Syiah dan marjaienya yang flexibel

Syiah adalah sebuah agama samawi yang sungguh unik. Ia adalah sebuah agama yang flexibel, boleh berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan semasa. Perkara yang flexibel dalam agama syiah bukan setakat soal feqah, tapi termasuk juga soal akidah, berbeza dengan ahli sunnah yang hanya flexibel dalam soal feqah sahaja tapi tidak akidah.

Penganut-penganut ajaran syiah berbangga dengan keflexibelan agama mereka di depan ahli sunnah, bagi mereka, disebabkan perkara inilah agama mereka tidak jumud, tidak seperti katak di bawah tempurung dan tidak ketinggalan zaman. Mereka juga merendah-rendahkan ahli sunnah kerana mendakwa agama mereka jumud dan ketinggalan zaman, bagi mereka, ini zaman orang bawa kereta, bukan naik unta.

Apakah resipi rahsia keunikan agama syiah? Ya, ia adalah marjaie. Marjaie adalah satu golongan yang didakwa mempunyai kuasa untuk merombak dan menggubal agama syiah, termasuk dalam hal-ehwal akidah.

Marjaie-marjaie ini pula ramai, pendapat mereka juga boleh berubah-ubah dan berbeza-beza. Sesungguhnya tidak ada di dalam dunia ini agama yang seflexibel agama syiah dan inilah yang menjadi kebanggaan penganut-penganutnya.

Oleh kerana penganut-penganut agama syiah mendakwa ahli sunnah jahil dan agama mereka jumud kerana tidak ada konsep marjaie, maka ahli sunnah mula berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang konsep marjaie syiah. Mungkin suatu hari nanti ahli sunnah juga akan mengamalkan konsep marjaie seperti syiah dalam agama mereka.

Berikut adalah beberapa persoalan yang timbul dari pihak ahli sunnah tentang konsep marjaie. Harap pengamal ajaran syiah menjawabnya, inilah peluang anda untuk berdakwah secara online.

1. Siapakah yang lantik marjaie-marjaie?

2. Siapakah marjaie syiah sekarang?

3. Adakah semua marjaie sepakat tentang satu-satu perkara dalam satu masa? Ataupun boleh berlaku khilaf sesama mereka dalam satu perkara?

4. Apakah kuasa yang ada pada marjaie? Adakah marjaie mempunyai kuasa membatalkan kata-kata dan pendapat imam-imam maksum yang dirasanya tidak sesuai dengan keadaan semasa?

5. Apa akan berlaku sekiranya pendapat marjaie bercanggah sesama mereka? Siapakah yang akan menjadi ikutan?

6. Tak semua ulama syiah atau ayatollah adalah marjaie, mana-mana yang bukan marjaie itu macam mana pula dengan suara mereka?

7. Adakah pendapat ulama bukan marjaie hanya laku bila bersesuaian dengan pendapat marjaie?

8. Berapa orangkah marjaie yang boleh ada dalam satu-satu masa?

9. Apakah kaedah yang digunakan oleh marjaie-marjaie untuk memilih hadis-hadis dan ijtihad-ijtihad dalam kitab-kitab mereka untuk digunapakai?

10. Adakah marjaie boleh menggubal atau merombak akidah-akidah syiah? Misalnya kepercayaan terhadap Quran hari ini?

11. Sekiranya syiah tidak mengikut mujtahid yang sudah mati, maka apa perlunya kitab-kitab seperti Usul Kafi, Ihtijaj, Tafsir al-Qummi dan lain-lain? Bukankah tuan kitab-kitab itu semua sudah mati? Sekiranya orang yang sudah mati tidak diikut lagi, mengapa kitab-kitab mereka masih jadi rujukan? Adakah hanya 'tuan kitab' saja yang tidak diikut tapi tidak kitabnya?

12. Sheikh Saduq dan 3 orang lagi itu juga adalah ulama-ulama syiah yang sudah mati, tapi mengapa mereka masih dijadikan ikutan oleh marjaie sekarang?

13. Kalau syiah tak ikut mujtahid yang sudah mati, marjaie yang hidup pula ikut siapa?

14. Adakah marjaie-marjaie itu maksum? Jika tidak maksum, mengapa mereka boleh membatalkan pendapat-pendapat imam-imam yang maksum? Apakah kaedah yang mereka guna?

15. Sekiranya marjaie yang kata Quran hari ini tidak ada tahrif mati dan lahir pula marjaie baru yang kata Quran hari ini sudah ditahrifkan, apa pula tindakan penganut-penganut agama syiah? Kami dengar dan kami patuh?

16. Marjaie zaman sekarang mengatakan Quran hari ini tidak ada tahrif, tapi marjaie-marjaie zaman dulu kata Quran hari ini sudah ditahrifkan, apakah nasib mereka dan pengikut-pengikut mereka? Adakah mereka mati dalam kesesatan? Adakah mereka masuk neraka?

17. Anda adalah seorang penganut agama syiah, jadi anda mengatakan Quran hari ini tidak ada tahrif, namun apa pula kata anda terhadap Quran yang sama sekiranya anda hidup di zaman marjaie yang kata Quran hari ini sudah ditahrifkan? Adakah kata-kata anda itu adalah semata-mata kerana anda hidup pada tahun 2008?

18. Macam manakah cara penganut ajaran syiah mengikut marjaie mereka? Secara Taqlid buta tanpa banyak soal?

19. Adakah anda pasti marjaie anda tidak bertaqiyyah bila mengatakan sesuatu? Sedangkan mereka tidak mengkafirkan marjaie-marjaie lain dan mutaqaddimin mereka kerana berlainan akidah dengan mereka dan itu cukup jelas sekali. Sebijik macam polis yang menyamar jadi penjahat, dia tak akan tembak mati polis lain.

20. Anda pasti ke akidah marjaie anda tak akan berubah sekiranya mereka digantikan dengan marjaie baru? Sedangkan akidah mereka telah pun berubah pada masa lalu? Daripada kata Quran hari ini ada tahrif kepada kata Quran hari ini tak ada tahrif? Sekiranya mereka berubah, adakah anda akan ikut mereka? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?


____________________________




Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=369381&extra=page%3D1

Sabtu, Ogos 09, 2008

Gender Equality ?


Wanita dari tulang rusuk, bukti wanita lebih hina dari lelaki?




Allah Maha Hebat!

Manusia sedari dulu sampai sekarang, entah sudah berapa bangsa yang telah wujud dan pupus dan digantikan dengan bangsa lain.Entah berapa ratusan juta individu-individu yang telah lahir dan meninggal yang punya sifat, sikap perangai, dan cara fikir yang unik (tersendiri) di antara satu sama lain.Warna kulit manusia ada yang putih, ada yang hitam, ada yang sawo matang, dan sebagainya; sungguh pelbagai.Itu belum masuk jenis rambut lagi. Hebat kan pencipta alam semesta ini?



Perbandingan

Perbandingan atau ‘comparison’ dalam bahasa Inggeris nya, macam mana sesuatu itu boleh dibandingkan? Kalau anda ‘google’ perkataan ‘comparison’ di Wikipedia maka ini jawapannya. Klik . Anda akan diminta untuk merujuk kategori-kategori ‘comparison’. Kenapa? Kerana perbandingan atau ‘comparison’ perlu lah melibatkan dua subjek atau lebih yang tergolong dalam kategori atau kumpulan yang sama. Boleh kah dua subjek yang berbeza dibandingkan?

Lagi Kehebatan Allah


Kita lihat jantina, secara fizikalnya perbezaan antara dua jantina memang jelas kerana ia (perbezaan itu) terzahir dan boleh dilihat oleh mata kasar kita. Manusia tidak mempertikaikan kelainan fizikal antara dua jantina ini (lelaki dan perempuan). Pernah tak dengar ada orang mempersoalkan “Kenapa dada perempuan timbul tapi lelaki tidak”, “Kenapa perempuan sahaja yang boleh mengandungkan dan melahirkan anak tetapi tidak lelaki?” atau pelbagai lagi soalan yang anda boleh fikirkan berkaitan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan ni.

Orang yang akil baligh umum mengetahui rasionalnya perbezaan ini, fizikal lelaki adalah sebegitu untuk selari dengan peranan atau fungsi lelaki , begitu juga fizikal perempuan sebegitu untuk membenarkan fungsi atau peranan perempuan.

Gender Equality?

Setuju tak dengan ayat “lelaki lawannya permpuan”?Jika cas positif lawannya cas negatif,dan cas-cas ini tidak stabil malah saling menarik antara lawan cas untuk mencapai keseimbangan. Cas negatif dengan cas negatif akan MENOLAK antara satu sama lain tetapi cas negatif dan positif akan MENARIK antara satu sama lain. Jelas disini apa yang cas negatif TOLAK berbeza dengan apa yang cas positif TOLAK. Analogi ini biasanya digunakan kepada manusia dalam soal pasangan, lelaki sudah semestinya dipasangkan dengan perempuan dan begitu sebaliknya.

Akan tetapi, bukankah di sini juga menunjukkan betapa lelaki dan perempuan bukan setakat berlawanan dari aspek fizikal semata. Juga dari aspek perasaan dan yang kita nampak dalam soal cinta atau memilih pasangan. Bagaimana dari aspek psikologi, soal persahabatan, cara fikir,emosi dan sebagainya. Jarang kan aspek-aspek ini kita persetujui adalah berbeza. Lihat saja pasangan suami isteri atau yang bercinta, rasanya luahan-luahan seperti “Asyik saya je yang ingat ulangtahun perkenalan kita”, “Awak boleh tak tolong rasional sikit?!” seakan biasa terucap bagi pasangan-pasangan.

Bukankah ini secara tak langsung menafikan perasaan lelaki dan perempuan berbeza? Bukankah ini tanda lelaki dan perempuan itu dibandingkan? Boleh kah lelaki dan perempuan dibandingkan walhal lelaki dan perempuan adalah dua subjek yang berbeza.


Logikkah apa yang dikatakan sebagai “Persamaan Jantina” atau “Gender Equality”? pihak yang melaung-laungkan persamaan jantina ini biasanya merujuk kepada nak menyama-tarafkan perempuan dengan lelaki atas tiket keadilan. Bukankah masing-masing punya fungsi dan peranan tersendiri? Seperti mana fizikal wanita adalah selari dengan fungsi dan peranan wanita dalam kehidupan maka kenapa tidak diyakini perasaan, emosi,cara fikir wanita itu juga selari dengan fungsi dan peranan mereka.

Bercakap tentang fungsi dan peranan, tiada siapa yang lebih tinggi atau rendah, mulia atau hina. Setiap peranan tentunya punya kepentingan tersendiri. Jika dilihat fungsi yang dimainkan wanita dari kaca mata lelaki, maka tentunya lelaki menyatakan fungsi dan peranan mereka lebih utama kerana itu selari dengan fitrah lelaki.

Kesimpulan

Seperti mana setiap jantina punya fungsi dan peranan masing-masing, begitu juga antara setiap individu; juga punya peranan dan fungsi tersendiri. Antara dua individu juga unik (tersendiri) anatara satu sama lain. Itu sememangnya kehebatan ALLAH dalam mencipta makhluknya dalam pelbagai variasi.



p/s: Coretan mindaku hanyalah pendapat ku, insan biasa. Ianya boelh diterima dan boleh dikritik serta dipertikai. Hanya kalam ALLAH dan Rasul yang tak boleh dipertikai.



Fuad Nordin
MMU Cyberjaya
9 Ogos 2008 / 7 Syaaban 1429
0144H
http://islamsolusi.blogspot.com