Selasa, Julai 22, 2008

Ya, Matan Itu Penting !


Assalamu 'alaikum, pertama sekali saya mulakan tulisan dengan menyatakan sebab wurud nya tajuk saya dengan sedemikian rupa(diakhiri dengan tanda seru).Ini penting untuk mengelakkan salah faham.Tanda seru itu tidak lain hanya sebagai tanda; pada saya matan dan sebab wurud itu sangat penting.Itu sahaja fungsi tanda seru kat situ.

Berbalik kepada tajuk, sebelum kita terus kepada topik rasanya molek benar jika menghargai sebentar jasa tokoh-tokoh hadis sepanjang zaman yang memelihara matan dan sebab wurud hadis itu bermula dari sahabat-sahabat rasulullah radhiyallah 'anhum, para tabi'en, itba' attabi'en dan tokoh bersilih ganti sepanjang zaman.

Kita mulakan dengan para sahabat, mereka menghargai segala apa yang disandarkan kepada nabi(kata-kata, perbuatan dan taqrir) baginda, sehingga meriwayatkan silih berganti dengan memelihara teks asal mesej yang diterima dan disampaikan.Sebab itu kita lihat dalam pekara melibatkan hadis ini, ulamak-ulamak hadis (dari golongan salaf sehingga sekarang) sangat mementingkan peribadi diri periwayat,adakah ada kebarangkalaian periwayat itu berdusta , pelupa dan sebagainya yang boleh merubahkan teks asal hadis yang diterima.

Tika menulis ini, teringat permainan yang selalu juga menjadi pilihan untuk kelab-kelab atau persatuan untuk dielitkan dalam aktiviti ice-breaking.Permainan yang dimaksudkan adalah "Telefon Rosak" atau dikenali juga dengan nama "Telefon Karat". Setiap kali permainan ini dimainkan, pasti hasilnya mesej yang diterima oleh orang akhir jauh berbeza dari mesej yang mula-mula diberikan oleh fasilitator.Banyak faktor-faktor kepada hasil tersebut, antaranya kerana diberi tempoh masa, maka kekadang salah dengar terjadi, ada juga terjadi peserta yang sengaja mereka mesej tertentu dan sebagainya.

Mungkin disebabkan permainan dimainkan dengan "happy-happy" dan mesej yang disampaikan itu juga tak melibatkan sesuatu yang serius , maka pengajaran yang diperoleh oleh peserta kurang melekat pada diri mereka.Mungkin "Telefon Rosak" ini lebih memberi pengajaran jika di'main'kan dalam realiti kehidupan.Ye dak?

Kan bagus jika kita membawa kepentingan menjaga matan info yang kita terima dan menghargai pengajaran permainan "Telefon Rosak" dalm kehidupan kita.Kalu lah ulamak hadis cuma meriwayatkan apa yang diterima mengikut apa yang mereka faham (tafsiran mereka), pasti bertambah khilaf antara umat islam dengan pelbagai hadis dengan matan yang sudah diubahsuai ikut tafsiran masing-masing.

Salah satu tanda kekuasaan ALLAH ialah DIA mampu mencipta berjuta-juta manusia dengan setiap satu adalah unik antara satu sama lain; tak ada dua manusia yang sama sebijik dari segi fizikalnya, sikapnya, pemahamannya, tafsirannya dan bermacam-macam lagi la.Semua manusia tak sama, semua pelbagai, hanya DIA yang MAHA HEBAT mampu melakukan sedemikian.

Disebabkan tafsiran manusia adalah berbeza, maka wajib la si B menyampaikan mesej yang diterima oleh si A kepada si C dengan menyampaikan 100% teks ucapan mesej itu sepertimana ditutrkan/ditulis/di'sms' oleh si A, setuju tak? Sudah tentu si A sahaja yang mengetahui maksud atau apa mesej sebenar yang dimaksudkan dengan kata-kata/tulisan/sms dia tu, kan? Bolehkah si B menyampaikan kepada si C dengan tafsiran sendiri kepada mesej si A? Jika tafsiran nya seperti mana si A maksudkan, maka alhamdulillah, tapi jika tidak?

Matan itu sangat penting, jadi hargailah matan sesuatu mesej.Kalau takut terlupa teks ucapan yang disampaikan, salin la..itu lebih selamat untuk menjaga ukhwah kerana ia membabitkan kita dan orang sekeliling kita.

Tiada ulasan: