Jumaat, Julai 18, 2008

Solat Jamak Perlu Kepada Musafir 2 Marhalah?

Oleh Maszlee Malik

Bila disebutkan tentang “jamak” solat pasti terbayang di kepala kita “qasar” yang merupakan duetnya dalam solat seorang yang bermusafir.

Inilah yang telah kita pelajari sedari kecil, iaitu jika kita bermusafir (yang bukan untuk tujuan maksiat) Allah S.W.T memberikan kelonggaran kepada kita untuk “qasar”, iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja (solat Zohor, Asar dan Isyak) dan juga kelonggaran untuk “jamak”, iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu masa untuk dikerjakan, contohnya, mengerjakan solat Zohor dan Asar diwaktu Zohor (jamak taqdim) ataupun di waktu Asar (jamak taakhir) dan juga waktu Maghrib dengan Isyak samada dikerjakan pada waktu Maghrib atauipun Isyak.

Tahukah kita perbuatan “jamak” (menghimpunkan dua solat di suatu waktu) bukan hanya khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja ?, terdapat keadaan – keadaan lain juga kaum muslimin dibenarkan untuk men”jamak”kan solat mereka. Keadaan – keadaan tersebut ada disebutkan di dalam hadis – hadis sahih dan juga ijtihad para mujtahidin dalam memahami hadis – hadis yang berkaitan persoalan “jamak” solat. Yang menariknya, doktrin ini juga sebenarnya ada di dalam mazhab Syafie tetapi tidak ditekankan di dalam masyarakat kita sehingga ianya kelihatan ganjil dan mungkin ramai yang akan terkejut dengan pendedahan yang akan dilakukan. Untuk mengelakkan kekeliruan yang akan timbul, seperti biasa penulis akan membawakan rujukan – rujukan untuk dijadikan panduan untuk para pembaca.

Apakah keadaan – keadaan lain yang kita dibenarkan untuk melakukan “jamak” selain daripada keadaan bermusafir ?, ianya adalah seperti berikut :

1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.

Alangkah indahnya Islam yang kita anuti ini !, alangkah malangnya mereka yang jahil atau taksub dengan kejahilan mereka sehinggakan mereka tidak tahu kelonggaran yang Allah berikan dan menyangkakan solat adalah bebanan kepada umat Islam. Pada perenggan – perenggan berikutnya kita akan membicarakan secara terperinci keadaan – keadaan yang mengharuskan “jamak” dengan disertakan dalil – dalil yang menyokongnya.
_________________________________________________________
Haa..berbeza kan dengan apa yang ramai orang kita pegang selama ini?

Untuk info:Ustaz Maszlee Malik merupakan Pensyarah Fiqh UIAM gombak.

Untuk baca lebih lanjut mengenai tulisan beliau berkenaan solat jamak di dalam buku Fikah Luar Negara yang disalin-tampal (copy paste).Sila klik sini



p/s: credits to empunya blog yang telah menyalin tulisan tersebut

Tiada ulasan: