Ahad, Julai 20, 2008

JKR: Jasa vs Tanggungjawab

Isu Lama

Ia mungkin dianggap isu lama, tapi ia masih lagi kelihatan kurang difahami. JKR yang nama panjangnya adalah Jabatan Kerja Raya, telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti (jkr.gov.my). Dalam kata lain JKR adalah salah sebuah jabatan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Namun apa yang tidak enak dipandang ialah apabila singkatan JKR di terjemahkan sebagai Jasa Kepada Rakyat.

Jasa vs Tanggungjawab

Jasa adalah bakti, kebaikan, amalan, kebajikan, khidmat, guna, hasil, faedah, nilai, sumbangan, berian (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 1998). Manakala tanggungjawab pula ialah sesuatu (spt kerja, tugas dll) yg mesti dilakukan (Kamus Pelajar). Dalam kata lain jasa ini sesuatu yang dilakukan bukan kerna tanggungjawab secara formal seperti contoh; seorang jururawat bertanggungjawab kepada pesakit-pesakit dihospital (kerna dia dibayar gaji sebagai jururawat), tetapi jika jururawat itu ingin berjasa dengan membuka rumah perlindungan percuma kepada orang-orang tua, maka itu dinamakan jasa. Kebiasaannya individu atau pihak yang melakukan jasa tidak akan mewar-warkan jasa itu.

Rakyat Ibarat Kacang Lupakan Kulit?

Adakah apabila rakyat tidak memilih calon barisan tertentu yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan melalaui JKR dianggap sebagai kacang lupakan kulit? Pembangunan itu adalah janji-janji yang telah ditaburkan. Adakah apabila rakyat tidak memilih calon barisan tertentu yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan melalaui JKR dianggap sebagai kacang lupakan kulit? Pembangunan itu adalah janji-janji yang telah ditaburkan. Maka jangan kerna telah menunaikan janji-janji itu (walaupun banyak yang dijanji tetapi sedikit shaja yang ditunaikan), maka mereka ini meminta balasan dengan jaminan bahwa orang-orang mereka perlu dipilih kembali. JKR itu Jabatan Kerja Raya, sebuah jabatan kerajaan, berkhidmat untuk rakyat dan dalam kata lain majikannya adalah rakyat, dan projek-projek itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Maka JKR bukan Jasa Kepada Rakyat!.

Rakyat Ulul-albab

Rakyat sekarang sudah matang dan sudah pandai menilai. Janganlah wakil-wakil rakyat secara umumnya menyangka bahwa rakyat itu masih lagi mundur, kurang membaca dan tidak pandai menganalisis sesuatu isu. Kadang-kadang kita malu melihat perbincangan di dalam parlimen. Kelihatannya mereka ini seperti kebudak-budakan sehinggakan Tuan Speaker Dewan terpaksa mengingatkan bahwa beliau bukan berperanan sebagai Guru Besar semasa sidang parlimen berlangsung. Guru Besar ini jawatan guru di sekolah rendah. Kenapa Tuan Speaker tidak menggunakan perkataan Pengetua (sekolah menengah), Dekan (fakulti) atau Naib Canselor (universiti)? Adakah samapi begitu teruk sekali perdebatan antara ahli perlimen sehinggakan Tuan Speaker mengeluarkan pernyataan sedemikian? Adakah ini petanda akhir zaman, dimana pemimpin-pemimpin dilantik dari orang yang bukan ahlinya…?

Tiada ulasan: