Selasa, Julai 22, 2008

Cuba lihat jam anda!

Cuba lihat jam anda! Dimanakah ibubapa anda berada ketika ini? Bagaimanakah keadaan ibubapa anda ketika ini? Adakah anda sudah menghubungi mereka?

Rindu Ibubapa kepada anak-anak

Teringat saya mengenai dua kenalan saya yang baru bergelar bapa. Kenalan pertama terpaksa menghadiri kursus yang jauh dari isteri yang baru selamat melahirkan anak. Manakala kenalan kedua ialah seorang yang bekerja di Kuala Lumpur, manakala isteri dihantar pulang ke rumah emak kerna ia menjadi adat kebiasaan perempuan akan menyambut kelahiran bersama emak mereka. Maka bapa-bapa “baru” ini terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak mereka. Persamaan kedua-dua bapa ini ialah, masing-masing menyatakan rindu kepada anak yang baru dilahirkan, tetapi tidak pula menyatakan rindu kepada isteri-isteri mereka Ini suasana ketika anak baru dilahirkan.

Lain pula suasana ketika anak-anak sudah besar panjang. Di waktu ini, mungkin anak-anak rata-rata menyambung pelajaran ke ipt-ipt. Maka mereka berjauhan dengan ibubapa yang berada di kampung. Dikala anak-anak tiada di sisi maka, mungkin kenangan ketika membesarkan anak-anak dahulu, sekali-sekala mencuit dan muncul silih berganti di dalam memori. Ia menjadi lebih terasa bilamana anak-anak tidak berhubung smaaada balik ke kampung, sms atau telefon; rindu itu menjadi semakin parah. Kali ini si ibu lebih menyuarakan kerinduan itu berbanding si bapa. Mungkin si bapa memainkan peranan yang mempunyai ego melebihi si ibu, baru dapat mengawal “sakit“ rindu terhadap anak-anak, dan tidaklah terasa sangat suasana “demam” rindu di dalam rumah.

Anak-anak kepada Ibubapa.

Anak-anak yang berada di rumah mungkin kadangkala tidak tahu bagaimana mengatur aktivit hariannya. Oleh kerna ingin beriadah dan bersosial dengan kawan-kawan, telah mengakibatkan kurang masa diluangkan dirumah. Ibubapa juga kadang-kadang merasai kehadiran anak-anak dirumah bagai tidak dirasai saat-saat manis itu.

Manakala anak-anak yang berada di perantauan atau belajar jauh dari ibubapa, kelihtannya jarang-jarang sekali berhubung dengan ibubapa mereka. Walaupun mungkin sebulan sekali telefon di rumah akan berdering kerna panggilan dari anak-anak (itupun kerna telah kehabisan duit belanja), namun panggilan itu masih lagi tidak dapat mengubat rasa rindu di hati ibubapa. Mungkin ibubapa akan merasa terkilan dengan panggilan itu lantaran ia hanya dibuat kerna ingin meminta wang (walaupun ibubapa tidak keberatan memberi wang), namun mereka “terasa” seperti anak-anak semakin “jauh” dengan mereka.

Keanak-anakan itu perlu.

Cuba kita lihat telatah anak-anak kecil. Mereka ini tidak melawan kata. Mungkin sekali-sekala ada kelakuan yang kelihtan seperti “tidak mendengar kata”, namun telatah itu tidak terlampau mengguris sangat hati ibu bapa. Perangai anak-anak ini digemari oleh ibubapa lantaran ia kelihatan tidak “memberontak” dan tidak kelihatan “kurang ajar”. Jika ada kelakuan ibubapa yang ingin ditegur, mungkin si anak ini akan merajuk atau menangis, lantaran tidak bersetuju dengan ibubapa. Tindakan ini memberi kesan dalam memberitahu ibubapa “kesalahan” atau sesuatu yang tak kena yang telah ibubapa lakukan. Ibubapa walaupun mungkin akan naik “angin” namun mereka tetap “suka” kerna merasa bahwa anak-anak memerlukan mereka.

Anak-anak yang sudah besar panjang, adalah elok kiranya mereka kembali menjadi “anal-anak” kepada ibubapa mereka dengan kembali berperangai seperti keanak-anakan. Ibubapa akan merasa bahwa mereka ini diperlukan. Janganlah kita terlampau menunjukkan bahwa “kehadiran” ibubapa itu sudah tidak penting. Mereka rindukan “perhatian yang kita selalu “tagih” semasa kecil-kecil dahulu. Mereka juga rindukan anak-anak yang hanya diam, atau menangis ketika tidak berpuas hati dengan mereka, bukannya anak-anak yang sudah pandai melawan cakap atau berhujah apabila tidak berpuas hati dengan mereka. Maka kepada nak-anak remaja, kembalilah menjadi keanak-anakan terhadap ibu bapa. Kita ini masih lagi bergelar anak.

2 ulasan:

arEnA berkata...

ii..
byk idea tuk menulis..
nice job..
blog yg pelbagai..
i put ur link kat my blog ek..
free2..sudi la melawat my blog yg x seberape.. :)

Fufu berkata...

Salam..hurmm..sila2 link kan..tq sgt2..leh kita besarkan jaringan...kami pun link kan ke blog arena, bereh?