Selasa, Julai 22, 2008

Ya, Matan Itu Penting !


Assalamu 'alaikum, pertama sekali saya mulakan tulisan dengan menyatakan sebab wurud nya tajuk saya dengan sedemikian rupa(diakhiri dengan tanda seru).Ini penting untuk mengelakkan salah faham.Tanda seru itu tidak lain hanya sebagai tanda; pada saya matan dan sebab wurud itu sangat penting.Itu sahaja fungsi tanda seru kat situ.

Berbalik kepada tajuk, sebelum kita terus kepada topik rasanya molek benar jika menghargai sebentar jasa tokoh-tokoh hadis sepanjang zaman yang memelihara matan dan sebab wurud hadis itu bermula dari sahabat-sahabat rasulullah radhiyallah 'anhum, para tabi'en, itba' attabi'en dan tokoh bersilih ganti sepanjang zaman.

Kita mulakan dengan para sahabat, mereka menghargai segala apa yang disandarkan kepada nabi(kata-kata, perbuatan dan taqrir) baginda, sehingga meriwayatkan silih berganti dengan memelihara teks asal mesej yang diterima dan disampaikan.Sebab itu kita lihat dalam pekara melibatkan hadis ini, ulamak-ulamak hadis (dari golongan salaf sehingga sekarang) sangat mementingkan peribadi diri periwayat,adakah ada kebarangkalaian periwayat itu berdusta , pelupa dan sebagainya yang boleh merubahkan teks asal hadis yang diterima.

Tika menulis ini, teringat permainan yang selalu juga menjadi pilihan untuk kelab-kelab atau persatuan untuk dielitkan dalam aktiviti ice-breaking.Permainan yang dimaksudkan adalah "Telefon Rosak" atau dikenali juga dengan nama "Telefon Karat". Setiap kali permainan ini dimainkan, pasti hasilnya mesej yang diterima oleh orang akhir jauh berbeza dari mesej yang mula-mula diberikan oleh fasilitator.Banyak faktor-faktor kepada hasil tersebut, antaranya kerana diberi tempoh masa, maka kekadang salah dengar terjadi, ada juga terjadi peserta yang sengaja mereka mesej tertentu dan sebagainya.

Mungkin disebabkan permainan dimainkan dengan "happy-happy" dan mesej yang disampaikan itu juga tak melibatkan sesuatu yang serius , maka pengajaran yang diperoleh oleh peserta kurang melekat pada diri mereka.Mungkin "Telefon Rosak" ini lebih memberi pengajaran jika di'main'kan dalam realiti kehidupan.Ye dak?

Kan bagus jika kita membawa kepentingan menjaga matan info yang kita terima dan menghargai pengajaran permainan "Telefon Rosak" dalm kehidupan kita.Kalu lah ulamak hadis cuma meriwayatkan apa yang diterima mengikut apa yang mereka faham (tafsiran mereka), pasti bertambah khilaf antara umat islam dengan pelbagai hadis dengan matan yang sudah diubahsuai ikut tafsiran masing-masing.

Salah satu tanda kekuasaan ALLAH ialah DIA mampu mencipta berjuta-juta manusia dengan setiap satu adalah unik antara satu sama lain; tak ada dua manusia yang sama sebijik dari segi fizikalnya, sikapnya, pemahamannya, tafsirannya dan bermacam-macam lagi la.Semua manusia tak sama, semua pelbagai, hanya DIA yang MAHA HEBAT mampu melakukan sedemikian.

Disebabkan tafsiran manusia adalah berbeza, maka wajib la si B menyampaikan mesej yang diterima oleh si A kepada si C dengan menyampaikan 100% teks ucapan mesej itu sepertimana ditutrkan/ditulis/di'sms' oleh si A, setuju tak? Sudah tentu si A sahaja yang mengetahui maksud atau apa mesej sebenar yang dimaksudkan dengan kata-kata/tulisan/sms dia tu, kan? Bolehkah si B menyampaikan kepada si C dengan tafsiran sendiri kepada mesej si A? Jika tafsiran nya seperti mana si A maksudkan, maka alhamdulillah, tapi jika tidak?

Matan itu sangat penting, jadi hargailah matan sesuatu mesej.Kalau takut terlupa teks ucapan yang disampaikan, salin la..itu lebih selamat untuk menjaga ukhwah kerana ia membabitkan kita dan orang sekeliling kita.

Cuba lihat jam anda!

Cuba lihat jam anda! Dimanakah ibubapa anda berada ketika ini? Bagaimanakah keadaan ibubapa anda ketika ini? Adakah anda sudah menghubungi mereka?

Rindu Ibubapa kepada anak-anak

Teringat saya mengenai dua kenalan saya yang baru bergelar bapa. Kenalan pertama terpaksa menghadiri kursus yang jauh dari isteri yang baru selamat melahirkan anak. Manakala kenalan kedua ialah seorang yang bekerja di Kuala Lumpur, manakala isteri dihantar pulang ke rumah emak kerna ia menjadi adat kebiasaan perempuan akan menyambut kelahiran bersama emak mereka. Maka bapa-bapa “baru” ini terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak mereka. Persamaan kedua-dua bapa ini ialah, masing-masing menyatakan rindu kepada anak yang baru dilahirkan, tetapi tidak pula menyatakan rindu kepada isteri-isteri mereka Ini suasana ketika anak baru dilahirkan.

Lain pula suasana ketika anak-anak sudah besar panjang. Di waktu ini, mungkin anak-anak rata-rata menyambung pelajaran ke ipt-ipt. Maka mereka berjauhan dengan ibubapa yang berada di kampung. Dikala anak-anak tiada di sisi maka, mungkin kenangan ketika membesarkan anak-anak dahulu, sekali-sekala mencuit dan muncul silih berganti di dalam memori. Ia menjadi lebih terasa bilamana anak-anak tidak berhubung smaaada balik ke kampung, sms atau telefon; rindu itu menjadi semakin parah. Kali ini si ibu lebih menyuarakan kerinduan itu berbanding si bapa. Mungkin si bapa memainkan peranan yang mempunyai ego melebihi si ibu, baru dapat mengawal “sakit“ rindu terhadap anak-anak, dan tidaklah terasa sangat suasana “demam” rindu di dalam rumah.

Anak-anak kepada Ibubapa.

Anak-anak yang berada di rumah mungkin kadangkala tidak tahu bagaimana mengatur aktivit hariannya. Oleh kerna ingin beriadah dan bersosial dengan kawan-kawan, telah mengakibatkan kurang masa diluangkan dirumah. Ibubapa juga kadang-kadang merasai kehadiran anak-anak dirumah bagai tidak dirasai saat-saat manis itu.

Manakala anak-anak yang berada di perantauan atau belajar jauh dari ibubapa, kelihtannya jarang-jarang sekali berhubung dengan ibubapa mereka. Walaupun mungkin sebulan sekali telefon di rumah akan berdering kerna panggilan dari anak-anak (itupun kerna telah kehabisan duit belanja), namun panggilan itu masih lagi tidak dapat mengubat rasa rindu di hati ibubapa. Mungkin ibubapa akan merasa terkilan dengan panggilan itu lantaran ia hanya dibuat kerna ingin meminta wang (walaupun ibubapa tidak keberatan memberi wang), namun mereka “terasa” seperti anak-anak semakin “jauh” dengan mereka.

Keanak-anakan itu perlu.

Cuba kita lihat telatah anak-anak kecil. Mereka ini tidak melawan kata. Mungkin sekali-sekala ada kelakuan yang kelihtan seperti “tidak mendengar kata”, namun telatah itu tidak terlampau mengguris sangat hati ibu bapa. Perangai anak-anak ini digemari oleh ibubapa lantaran ia kelihatan tidak “memberontak” dan tidak kelihatan “kurang ajar”. Jika ada kelakuan ibubapa yang ingin ditegur, mungkin si anak ini akan merajuk atau menangis, lantaran tidak bersetuju dengan ibubapa. Tindakan ini memberi kesan dalam memberitahu ibubapa “kesalahan” atau sesuatu yang tak kena yang telah ibubapa lakukan. Ibubapa walaupun mungkin akan naik “angin” namun mereka tetap “suka” kerna merasa bahwa anak-anak memerlukan mereka.

Anak-anak yang sudah besar panjang, adalah elok kiranya mereka kembali menjadi “anal-anak” kepada ibubapa mereka dengan kembali berperangai seperti keanak-anakan. Ibubapa akan merasa bahwa mereka ini diperlukan. Janganlah kita terlampau menunjukkan bahwa “kehadiran” ibubapa itu sudah tidak penting. Mereka rindukan “perhatian yang kita selalu “tagih” semasa kecil-kecil dahulu. Mereka juga rindukan anak-anak yang hanya diam, atau menangis ketika tidak berpuas hati dengan mereka, bukannya anak-anak yang sudah pandai melawan cakap atau berhujah apabila tidak berpuas hati dengan mereka. Maka kepada nak-anak remaja, kembalilah menjadi keanak-anakan terhadap ibu bapa. Kita ini masih lagi bergelar anak.

Ahad, Julai 20, 2008

JKR: Jasa vs Tanggungjawab

Isu Lama

Ia mungkin dianggap isu lama, tapi ia masih lagi kelihatan kurang difahami. JKR yang nama panjangnya adalah Jabatan Kerja Raya, telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti (jkr.gov.my). Dalam kata lain JKR adalah salah sebuah jabatan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Namun apa yang tidak enak dipandang ialah apabila singkatan JKR di terjemahkan sebagai Jasa Kepada Rakyat.

Jasa vs Tanggungjawab

Jasa adalah bakti, kebaikan, amalan, kebajikan, khidmat, guna, hasil, faedah, nilai, sumbangan, berian (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 1998). Manakala tanggungjawab pula ialah sesuatu (spt kerja, tugas dll) yg mesti dilakukan (Kamus Pelajar). Dalam kata lain jasa ini sesuatu yang dilakukan bukan kerna tanggungjawab secara formal seperti contoh; seorang jururawat bertanggungjawab kepada pesakit-pesakit dihospital (kerna dia dibayar gaji sebagai jururawat), tetapi jika jururawat itu ingin berjasa dengan membuka rumah perlindungan percuma kepada orang-orang tua, maka itu dinamakan jasa. Kebiasaannya individu atau pihak yang melakukan jasa tidak akan mewar-warkan jasa itu.

Rakyat Ibarat Kacang Lupakan Kulit?

Adakah apabila rakyat tidak memilih calon barisan tertentu yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan melalaui JKR dianggap sebagai kacang lupakan kulit? Pembangunan itu adalah janji-janji yang telah ditaburkan. Adakah apabila rakyat tidak memilih calon barisan tertentu yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan melalaui JKR dianggap sebagai kacang lupakan kulit? Pembangunan itu adalah janji-janji yang telah ditaburkan. Maka jangan kerna telah menunaikan janji-janji itu (walaupun banyak yang dijanji tetapi sedikit shaja yang ditunaikan), maka mereka ini meminta balasan dengan jaminan bahwa orang-orang mereka perlu dipilih kembali. JKR itu Jabatan Kerja Raya, sebuah jabatan kerajaan, berkhidmat untuk rakyat dan dalam kata lain majikannya adalah rakyat, dan projek-projek itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Maka JKR bukan Jasa Kepada Rakyat!.

Rakyat Ulul-albab

Rakyat sekarang sudah matang dan sudah pandai menilai. Janganlah wakil-wakil rakyat secara umumnya menyangka bahwa rakyat itu masih lagi mundur, kurang membaca dan tidak pandai menganalisis sesuatu isu. Kadang-kadang kita malu melihat perbincangan di dalam parlimen. Kelihatannya mereka ini seperti kebudak-budakan sehinggakan Tuan Speaker Dewan terpaksa mengingatkan bahwa beliau bukan berperanan sebagai Guru Besar semasa sidang parlimen berlangsung. Guru Besar ini jawatan guru di sekolah rendah. Kenapa Tuan Speaker tidak menggunakan perkataan Pengetua (sekolah menengah), Dekan (fakulti) atau Naib Canselor (universiti)? Adakah samapi begitu teruk sekali perdebatan antara ahli perlimen sehinggakan Tuan Speaker mengeluarkan pernyataan sedemikian? Adakah ini petanda akhir zaman, dimana pemimpin-pemimpin dilantik dari orang yang bukan ahlinya…?

Jumaat, Julai 18, 2008

Solat Jamak Perlu Kepada Musafir 2 Marhalah?

Oleh Maszlee Malik

Bila disebutkan tentang “jamak” solat pasti terbayang di kepala kita “qasar” yang merupakan duetnya dalam solat seorang yang bermusafir.

Inilah yang telah kita pelajari sedari kecil, iaitu jika kita bermusafir (yang bukan untuk tujuan maksiat) Allah S.W.T memberikan kelonggaran kepada kita untuk “qasar”, iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja (solat Zohor, Asar dan Isyak) dan juga kelonggaran untuk “jamak”, iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu masa untuk dikerjakan, contohnya, mengerjakan solat Zohor dan Asar diwaktu Zohor (jamak taqdim) ataupun di waktu Asar (jamak taakhir) dan juga waktu Maghrib dengan Isyak samada dikerjakan pada waktu Maghrib atauipun Isyak.

Tahukah kita perbuatan “jamak” (menghimpunkan dua solat di suatu waktu) bukan hanya khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja ?, terdapat keadaan – keadaan lain juga kaum muslimin dibenarkan untuk men”jamak”kan solat mereka. Keadaan – keadaan tersebut ada disebutkan di dalam hadis – hadis sahih dan juga ijtihad para mujtahidin dalam memahami hadis – hadis yang berkaitan persoalan “jamak” solat. Yang menariknya, doktrin ini juga sebenarnya ada di dalam mazhab Syafie tetapi tidak ditekankan di dalam masyarakat kita sehingga ianya kelihatan ganjil dan mungkin ramai yang akan terkejut dengan pendedahan yang akan dilakukan. Untuk mengelakkan kekeliruan yang akan timbul, seperti biasa penulis akan membawakan rujukan – rujukan untuk dijadikan panduan untuk para pembaca.

Apakah keadaan – keadaan lain yang kita dibenarkan untuk melakukan “jamak” selain daripada keadaan bermusafir ?, ianya adalah seperti berikut :

1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.

Alangkah indahnya Islam yang kita anuti ini !, alangkah malangnya mereka yang jahil atau taksub dengan kejahilan mereka sehinggakan mereka tidak tahu kelonggaran yang Allah berikan dan menyangkakan solat adalah bebanan kepada umat Islam. Pada perenggan – perenggan berikutnya kita akan membicarakan secara terperinci keadaan – keadaan yang mengharuskan “jamak” dengan disertakan dalil – dalil yang menyokongnya.
_________________________________________________________
Haa..berbeza kan dengan apa yang ramai orang kita pegang selama ini?

Untuk info:Ustaz Maszlee Malik merupakan Pensyarah Fiqh UIAM gombak.

Untuk baca lebih lanjut mengenai tulisan beliau berkenaan solat jamak di dalam buku Fikah Luar Negara yang disalin-tampal (copy paste).Sila klik sini



p/s: credits to empunya blog yang telah menyalin tulisan tersebut

Rabu, Julai 16, 2008

Jangan taksub pahala

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Utusan




Dr. Adibah Abdul Rahim.




PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah 22 hari kita berada di dalam bulan Rejab. Lazimnya, umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadat seperti berpuasa sunat, bersedekah dan berzikir.


Lebih-lebih lagi disogokkan dengan pelbagai fadilat yang bakal diperoleh kepada mereka yang beramal pada bulan ini.


Antara ganjarannya iaitu; Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat 1,000 kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1,000 mahligai dengan 1,000 bilik dan 1,000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1,000 kali.


Siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasad, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan di langit), 70 hajat ketika ditimbangkan amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


Selain itu, berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Malah mereka ini juga dapat minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan dan lebih dingin daripada salju.


Ini baru disenaraikan beberapa hadis yang menyentuh tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab. Sebenarnya, kalau hendak disusunkan satu persatu, sudah pasti tidak terkira dengan jari. Malah, andainya kita layari internet, paparan bahan-bahan bertulis berkaitan tajuk di atas, memang terlalu banyak.


Hakikatnya, bukan seorang dua yang dikaburi dan terpengaruh dengan ganjaran-ganjaran ini. Sebenarnya hadis-hadis tersebut adalah tergolong dalam hadis mauduk iaitu ia adalah palsu serta tidak bersandar atau bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w..


Larangannya, bukan sahaja kita tidak boleh beriman malah ia sekali gus bermaksud kita tidak boleh percaya dan beramal dengan hadis sebegini.


Kebimbangan inilah yang telah disuarakan Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim sewaktu mengulas pengaruh faktor ganjaran ini sehingga telah menjadi satu fenomena di mana umat Islam terlalu percaya kepada ganjarannya sehingga lupa kepada persoalan status hadis.


Ketaksuban


Memang banyak kelebihan yang berkaitan bulan Rejab, cuma dibimbangkan sikap ketaksuban masyarakat dengan ganjaran fadilat dalam bulan Rejab sehingga menjadikan umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjarannya sampaikan amalan yang dikakukan berlandaskan ganjaran atau kelebihan, bukan dilakukan amalan tersebut atas landasan keikhlasan. Sedangkan hakikatnya, bagaimana rupa ganjarannya harus diserah kepada Allah s.w.t..


“Umum perlu diberitahu, bahawa kita tidak boleh berpuasa semata-mata untuk ganjaran. Apatah lagi, ganjaran-ganjaran yang telah dijelaskan di dalam hadis-hadis tersebut adalah hadis mauduk. Meskipun, jika ia sekadar dianggap sebagai satu motivasi sekalipun.


“Di samping itu, sekiranya kita terlalu mengejar ganjaran, seolah-olah kita mengharapkan sesuatu daripada Allah. Sedangkan sebagai hamba-Nya, seharusnya setiap amalan kita kepada Allah itu adalah balasan kita atas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini,” jelas Adibah.


Jelasnya lagi, salah satu tanda hadis mauduk iaitu, ia menyebut akan ganjaran yang melampau-lampau atau tidak setaraf dengan amalan yang dibuat.


Katanya, Ibnu Hajjar al-‘Asqalani pernah mencuba membuat satu kitab di mana dia merancang mengumpulkan fadilat-fadilat Rejab, tetapi satu hadis sahih pun tidak ditemui.


“Amalan ibadat pada bulan Rejab ini bukan sahaja tentang berpuasa sunat tetapi turut melibatkan perlaksanaan puasa dan solat khusus pada 27 Rejab. Solat sunat Raghaib sebanyak 12 rakaat ini dilakukan antara waktu Maghrib hingga Isyak dengan diikuti dengan bacaan surah tertentu sebanyak 70 kali.


“Semua ulama sepakat bahawa solat Raghaib dan puasa khusus ini juga adalah satu amalan bidaah kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya. Saya hendak tekankan bahawa amalan yang tidak mengikut sunah dan syariat Rasulullah adalah bidaah.


“Amalan ini juga ditolak oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Nawawi. Ini kerana pada zaman mereka di mana terlalu banyak bidaah dan khurafat berlaku sehingga boleh menimbulkan mudarat,” terangnya.


Menurut Adibah, tarikh 27 Rejab yang dikatakan berlaku Israk Mikraj sebenarnya tidak ada ulama yang mengatakan itu tarikh khusus untuk peristiwa tersebut. Kita tidak tahu tentang tarikh sebenarnya kerana ia adalah rahsia Allah.


Pun begitu, sekiranya seseorang itu ingin melaksanakan amalan puasa sunat, tidak ada larangan untuk kita melakukannya. Yang pasti, puasa sunat tersebut dikira sama seperti puasa sunat pada bulan-bulan lain.


Terang Adibah, apa yang istimewa dan jelas berkaitan bulan Rejab ialah ia adalah bulan persediaan menyambut Ramadan. Di samping itu, ia bulan yang diharamkan berperang selain dari Muharam, Zulhijjah dan Zulkaedah.


Lantaran itu, pesanannya, agar umat Islam jangan percaya adanya amalan, ibadat atau pahala khusus untuk Rejab. Ini kerana kecetekan ilmu serta melakukan secara membabi-buta, bukan kebaikan yang diperoleh malah mendatangkan satu dosa kerana mempercayai serta mengejar ganjaran semata-mata berdasarkan hadis mauduk.


Katanya lagi, kekeliruan konsep ini amat merbahaya kerana sikap terlalu percaya ini, seolah-olah kita mengajak manusia percaya benda yang tidak sunah tetapi dikatakan sunah. Sekali gus mengajak orang membuat satu amalan bidaah.


“Oleh itu, dalam kita melakukan amalan, harus dipastikan amalan itu berlandaskan syariat Allah dan sunah Rasulullah,” tegasnya.

p/s: terjumpa artikel ni kat Minda Akob
credits to Akob

Ahad, Julai 06, 2008

O You Who Believe 2

1) Iman kepada hantu lebih kuat dari iman kepada ALLAH?

Setuju tak dengan statement di atas?Ada orang kuat sangat imannya pada hantu, sehingga tidur pun kena buka lampu terang2.Iman di sini seperti yang dibincangkan sebelum ini merujuk kepada percaya.Percaya pokok tu keras, bangunan tertentu keras etc.

Anak-anak kecil dimomokkan dengan hantu ini hantu itu, bila besar memang dengan kemas dia percaya hantu rupanya begitu dan begini.Tak dinafikan ada kes yang syaitan guna methode hantu untuk tujuan agar agama ini dijadikan alat dan bukan tujuan.Tapi bukankah mudah tugas syaitan ini jika dibantu oleh cerita-cerita kononnya tentang betapa 'horror'nya hantu ini, sehingga kepercayaan itu diimani dengan kuat oleh masyarakat kita?

Cuba la kan..cuba la ibu bapa muda ni, sedari kecil ajar anak "Eh, taleh buat macam ini,tuhan kita,ALLAH marah", "Buat baik kat adik,sayangi adik, ALLAH sayang, dapat pahala", "Kita kena buat ni sebab nabi kita buat macam ini, kita org Islam kena buat macam mana nabi buat je"

Cumanya pendekatan tu perlu step by step sesuai dengan umur nya.Yup, saya sendiri belum punya anak mahupun berkahwin.Tapi ikut pada apa yang jadi bila anak2 kecil di ajar tentang hantu, tidakkah nyata berkesan, keimanan kepada hantu nyata kuat dalam masyarakat kita.

Kita tukar momokan tentang 'horror' nya hantu kepada betapa "horor"nya azab ALLAh di samping tidak lupa untuk memfokuskan kepada betapa luas dan besar nikmat taubat dari ALLAH dan kasih sayang NYA. :)


video tentang yakin dan tawakkal


2)Ujian adalah untuk lihat tahap iman

Sering kita dengar, jika kita tolong ALLAH, Allah akan tolong kita.Adakah lafaz itu sekadar di bibir atau juga beserta yakin di hati?bagaimana jika bila kita sibuk dengan berdakwah, kerja kita (selain dakwah)terganggu atau pelajaran kita terganggu?Adakah kita kan ubah prioriti atau cuba kenal pasti mana yang perlu dikorbankan sebab orang cakap, nak dapatkan sesuatu, kena korbankan sesuatu.

Nak korbankan dakwah?Adakah selain study / kerja, kehidupan kita hanya untuk berdakwah?Betul dah plan hari-hari anda?Betul dalam hari-hari anda tiada slot "buang masa"?Ujian dalam hidup, tentunya untuk lihat sedalam mana kita percaya kat benda yang kita percaya. Eh, betul ke ayat ni?Ok, ubah sikit, ujian dalam hidup,adalah nak lihat sedalam mana kita percaya apa yang kita imani,lebih jelas?Hehe..

Kalau disingkap kisah-kisah bagaimana sahabat-sahabat dan tabien dalam soal iman, seolah macam cerita ajaib.Ada sahabat pengsan bila tengok api disebabkan takutkan azab api neraka.MasyaALLAH, kita?Di mana tahap iman kita? Di mana tawakkal kita, cukupkah usaha yang dilakukan untuk mencapai kepada tawakkal.

p/s: menulis jauh sekali untuk mengajar, tulisan lebih untuk diri sendiri dan dikongsi manfaat untuk diri dan orang lain.

"We'r here not to judge but to share" :)

Jawatan..oh jawatan. : )

Sem baru kali ini agak berbeza, penulis yang dulunya cuma seorang student yang pasif, kini cuba menjadi student yang lebih proaktif.

Pasif di sini dimengertikan dengan keadaan student yang langsung tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti persatuan (kalau ada pun, leh bilang dengan jari je berapa aktiviti yang penulis join selama 3 tahun dah di MMU).Sampaikan ada seorang kawan (yg juga presiden sebuah persatuan)bertanya kepada penulis : "Mana ko ek fuad , selama ini..kenal2 je ko dah tahun akhir". Haha.

Masuk tahun keempat (sem sekarang ni), aku daftarkan diri ke dalam satu persatuan. Itu pun kerana beberapa kawan yang juga orang-orang berjawatan di dalam persatuan yang aku daftarkan itu meminta penulis menerima satu jawatan.Berat juga untuk tiba-tiba je menerima jawatan, tapi setelah mendapat nasihat dari dua orang ustaz, sorang tu ustaz motivasi dan sorang lagi ustaz dalam bidang hadith; penulis menerima nya.

Jawatan yang penulis terima, sememangnya selari dengan apa yang aku berazam untuk sentiasa lakukan - berkongsi tentang praktikalnya Islam. Cumanya...cuma nya selama ini penulis lakukan dengan tulisan dalam blog dan dakwah kengkawan rapat , tapi kali ini melalui program-program atau aktiviti-aktiviti di dalam persatuan tersebut.



Teringat kepada satu ceramah berkenaan jawatan ini.Jawatan ini memerlukan kepada al-quwwah dan al-amanah. Quwwah atau kekuatan merujuk kepada 'keahlian' dalam bidang jawatannya. Amanah pula merujuk kepada kebertanggungjawaban dalam menyandang jawatan.

Penulis bukan nak kata, penulis dah ada dua kriteria itu, tapi 2 kriteria tu yang penulis kena tingkatkan.Moga diri ini istiqamah dalam menjaga iman.Tarbiyah insyaALLAH bermula dalam diri, kemudian beransur-ansur boleh dikongsikan dengan orang lain.

Ada contoh di zaman nabi, perihal pemberian jawatan perlu kepada orang yang punya al-quwwah dan al-amanah di dalam video yang disertakan.Moga tulisan ringkas ini bermanfaat. :)


p/s: "We'r here not to judge but to share"

hehe :)