Khamis, Jun 26, 2008

O You Who Belive

Iman? Beriman? orang-orang yang beriman? kalau kita tanya kat seseorang, "Kau beriman tak yang ALLAH maha melihat?" dengan jika kita tanya begini , "Kau percaya tak ALLAH maha melihat?" ; agak2 nya mana yang mudah untuk dijawab oleh si dia yang disoal?

Saya tak tahu la orang lain, tapi saya akui..dulu saya agak kabur dengan apa yang dimaksudkan dengan iman.Ye kita memang diajar iman itu membenarkan dengan hati etc. Dulu terasa bagaikan persoalan iman ini semacam eksklusif atau kata mudahnya agak sukar nak difahami oleh orang biasa.

Tapi cuba tengok terjemahan al-quran dalam bahasa inggeris, untuk ayat "yaa aiyuhallazi na aamanu" diterjemahkan dgn "O you who believe" berbanding terjemahan dalam bahasa malaysia kita cuma "Wahai orang2 yang beriman" disebabkan perkataan iman itu telah dimelayukan.Tapi jika perhati balik, perbualan org melayu kita sehari2 jarang sgt menggunakan perkataan iman, iman itu khusus untuk perihal kepercayaan org Islam je.Dan kekadang mungkin ada sasterawan negara menggunakan perkataan iman untuk skop yang lebih luas, ye la..diorang org bahasa..tentu memahami penggunaannya.

Org yang menganut fahaman budha beriman dengan budha, ye dak?begitu juga penganut2 agama lain yang mengimani ajaran diorang.Jadi maknanya di sini, bukankah jika kita tukar penggunaan kata 'iman' itu dengan kata 'percaya' , maka persoalan iman kita menjadi lebih mudah?



Kepercayaan selalunya menuntut kepada ujian yang menggoyahkan kepercayaan itu. Ini adalah untuk menguji tahap kepercayaan. Kita disuruh percaya tentang adanya Tuhan yang kita tak pernah lihat tapi kita ditolong dengan ayat2 quran yang menyuruh kita berfikir tentang dalil / bukti kewujudan SUATU YANG AMAT BERKUASA yang mentadbir alam dan kehidupan ini.Jika kita kata semua yang terjadi boleh dibuktikan dengan sains maka macam mana nak buktikan tentang roh?macam mana nak logikkan sains yang ALLAH boleh mancabut nyawa seseorang bila2 masa sepserti kejadian mati yang tiba-tiba?

Dan jika dikaji teliti sendiri betapa kompleks nya ciptaan manusia pun pasti akan mengakui adanya SESUATU ZAT yang ULTIMATE yang mencipta sistem tubuh yang kompleks untuk manusia.Tengok je la situasi ni--> Jika kita terjatuh dan anggota tubuh kita ada yang bergesel, pasti tempat tu ada terjadi gelembung air dibawah lapisan kulit yg bergesel?Bila berlaku pergeseran, kawasan tu panas, maka ada satu sitem error checking dan feedback error yang bertindak balas kepada situasi itu yang terus mengalirkan air untuk mengimbangkan suhu di kawasan tersebut.ADAKAH ianya boleh terjadi sendiri?

Percaya lah, beriman lah TIADA TUHAN YANG SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, kerana Tuhan tak sepatutnya sama seperti makhluk (jika merujuk tuhan2 agama lain, malah ada sesetengah agama tu, tuhannya bias kepada kaumnya saje.Maksud bias kat sini adalah rupa tuhan mereka (menurut mereka la )macam muka diorang jugak, bermata sepet etc.Jika begitu adakah hanya kaum dia je yang selamat dan kaum dia je boleh menganut agama tu?)

Dan percayalah dan beriman lah bahawa NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH yang menyampaikan bagaimana cara hidup yang diredhai ALLAH.ALLAH jadikan rasulnya dari kalangan kita (manusia) adalah untuk menunjukkan semua kita mampu untuk mengamalkan Islam jugak kerana RASULULLAH pun manusia biasa seperti kita.

O you who believe, islam is very practical :)


Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya --> Yakin

Ni ada video menarik pasal kepercayaan. Layan~~ Zass!


Miklos Ferher(1979 - 2004), mati tiba2 je masa game. Baru berumur 24 dan seorang pemain bola sepak (serangan jantung ke?..fikir2 kan)

p/s: Hayati lirik lagu yang mengiringi video ni.

Tiada ulasan: