Ahad, Jun 22, 2008

Keadilan Islam Dalam Perkahwinan


Gambar Hiasan


Orientalis barat selalu memprovok kata dalam islam suami boleh memukul isterinya,ye ke?Tak senang untuk laki nak pukul isteri dan pukulan itu pun adalah pukulan yang tak mencederakan,malah jika betul kahwin tu atas dasar cinta :) payah nak sampai peringkat pukul ni.tak percaya?Moh kita sentuh jap perihal penceraian dalam Islam, sebab dalam bab penceraian ini, ada step memukul isteri tu.(sekali lagi diulang, pukulan yang tak mencederakan)



Tengok step-step nya :

(jika berlaku nusyuz)

Di sini ada video nya :





1) Nasihati isteri
2) Jauhi isteri dari tempat tidur (kalau betul kahwin atas dasar cinta, isteri dah sedih bila suami tersayang tanak tidur sekali)
3) Pukul mereka (pukulan yang tidak mencederakan, imam syafie kata pukul dengan kayu sugi)
4) Runding dengan wakil keluarga
5) Baru cerai kalau taleh setle gak.(panjang kan proses dia)



Nak cerai pulak, kena ikut step ni :




1)Tunggu isteri haid dan suci daripada haid dan jangan gauli isteri jika betul nak talak(kalau betul tunggu ni, suami akan fikir banyak kali untuk ceraikan isteri dia)
-hikmahnya..dah sekali suci.

2)Selagi belum 3 kali suci(kalu dah cerai) isteri masih lagi duduk serumah, cuma bilik asing2, makan minum pakai masih lagi dibawah tanggungjawab si lelaki.
-hikmah...kan ada masa yang lama utk perempuan mencari kerja atau juga ada banyak kebarangkalian si lelaki merujuk semula isterinya.

3)Tak berlaku proses rujuk sehingga cukup 3 kali suci maka baru terputus (jatuh satu talak)



Adil kan Islam dalam perkahwinan? Siapa kata hak-hak wanita islam tak terbela, Islam punya cara memang cantik cuma yang memberi imej salah kepada agama adalah orang2 institusi agama.

So, moral of the story kat sini..pilih la calon yang betul2 suka bahkan hadis yang menyatakan perihal nikah ini juga merai fitrah manusia.Maka takde lah kes jika kononnya kahwin kerana ALLAH maka diabaikan fitrahnya kemudian bila jadi masalah dalam perkahwinan, mula lah menyalahkan agama.

p/s: tonton video untuk lebih huraian yang menarik :D

Tiada ulasan: