Jumaat, Jun 06, 2008

Hantu 2

Assalamualaikum, haih..lama tak update coret-coret ni.Abis je exam aritu (23 mei) memang agak sibuk.

Banyak tempat aku berjalan cuti kali ini.Mula-mula ke cherating (berkhemah di pantai cherating dengan kengkawan MMU), ke Alor Setar (sepupuku kahwin) dan ke laut china selatan (pergi mencandat sotong bersama geng2 farmasi uiam kuantan).

Tajuk kali ini tercetus dek kerana apa yang terjadi semasa berkhemah di pantai cherating.Malam itu diorang bercerita pengalaman berjumpa hantu (dua tiga orang yg bercerita rasanya).Aku awal2 lagi dah tido sebab malam tu lepas makan2 memang tade pape aktiviti.



Sebelah kanan aku mula dengan taufik, halim ,rashid dan yg paling depan nampak muka je tu tak ingat nama..hehe(geng2 sunnah uia kuantan)

Cerita punya cerita sampai ada sorang kawan yang agak penakut terus sumbatkan earphone dengan pasang lagu kuat2 dan terus cuba tidur.Hehe..kesian dia, takut sangat kat hantu sampai tiap2 mlm tido memang kena buka lampu.

Hantu...kewujudanmu begitu misteri.Ada kah makhluk yang berspeseis hantu?Atau hantu ni cuma salah satu methode 'dakyah' syaitan untuk menyesatkan manusia.Jom tengok betul tak ni yang syaitan dapat melalui dakyah bermethodekan hantu ni.

1)Bila adanya hantu, sesetengah orang yang memang betul2 'terpedaya' dengan hantu dan apa hantu boleh buat ni, terus solusi nya pergi berjumpa pawang atau bomoh maka seterusnya wujudlah tangkal dan ritual2 yang nyata menyimpang dari ajaran agama.

2)Bila wujudnya hantu ni jugak, ramai antara kita secara tak langsung terus menjadikan agama ini sebagai ALAT semata-mata dan bukan sebagai MATLAMAT.Contoh:

(i)
Bila memandu di tempat yang khabarnya 'keras', maka dipasangnya bacaan al-quran di dalam kereta.Atau bila takut tidur sendirian malam hari, maka diletakkan al-quran di sisi dengan harapan akan megelakkan gangguan hantu.Tapi al-quran dah berhabuk lama tak dibaca apa lagi dihayati kandungannya.Berubah terus fungsi al-quran kan?


(ii)
Atau juga bila ada gangguan di rumah, maka dipanggil tok imam untuk 'memagar' rumah.Selepas pada itu takde pun ikut solat berjemaah di belakang imam.

Sekali lagi diingatkan, syaitan memang bersumpah akan cuba menyesatkan anak adam.Tengoklah taktik licik syaitan melalui 'hantu'.Kseduhannya : Manusia terlibat dengan perbuatan khurafat dan agama dijadikan sebagai alat semata-mata, bukan matlamat.


Hehe..teringat respon pengarah filem hantu bila ada mufti yang kata filem hantu boleh selewengkan aqidah.Takut filem tak laku kalau tak buat filem hantu ke?hehe.

Tiada ulasan: