Ahad, Jun 15, 2008

Awas Bahaya Ahbash!

Telah banyak pembunuhan dan pengeboman dilakukan geng2 ahbash ini di lubnan. Sekarang mereka (fahaman / ajaran) mula masuk ke malaysia.

Video 1: Apa kata Dr Wahbah al-Zuhaily tentang ahbash



Video 2:Bahaya Ahbash - Pelampau dan gemar mengkafirkan ulama



Antara kesesatan akidah ahbash:

1. Mengharuskan meminta tolong, memohon perlindungan dan berdoa kepada orang-orang yang telah mati (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Bughyah al-Tolib li ma'rifah al-'Ilm al-Dini al-Wajib, m.s. 8)

2. Pendapat mereka yang mengatakan al-Quran itu bukan Kalam Allah. (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Izhar al-'Aqidah al-Sunniyyah, m.s. 58)

3. Mereka mencela sebahagian para sahabat Nabi saw. ((Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Sorih al-Bayan, m.s. 86-116)


Antara kesesatan fiqh ahbash:

1.Perkataan mereka yang mengharuskan perjudian dengan orang-orang kafir untuk merampas harta mereka. (Lihat Bughyah al-Tolib, m.s. 224)

2. Perkataan mereka yang mengharuskan melihat badan wanita ajnabi (bukan mahram), dan mengharuskannya walaupun melihat dengan syahwat jika dilihat dari kaca television atau cermin. (Ibid, 288-351)

3. Di Amerika mereka solat menghadap qiblat yang lain (Bukan ke arah Kaabah).


-Antara kemelampauan mereka terhadap umat Islam dan para ulama ialah mengkafirkan dan menfasikkan ramai para ulama dan para pendakwah seperti Ibn Taimiyyah, al-Zahabi, Nasiruddin al-Albani, Abi al-A'la al-Maududi, Syed Qutb, al-Qaradhawi, Faisal al-Maulawi dan ramai yang lain lagi.


sumber : Bank Ahbash

Klik apa kata lembaga fatwa mesir

boleh juga rujuk :

Bank Ahbash

IslamicWeb.com

Anti Habashi

p/s: dengan internet, info dunia hanya di hujung jari anda, pasti anda boleh ketemu sendiri tentang pembunuhan di lubnan dan betapa bahaya nya Ahbash ni!

Tiada ulasan: