Isnin, Mei 12, 2008

Poligami Tidak SEMESTINYA Bermula dari Kelemahan Isteri



Tidak dinafikan bahawa cetusan hati untuk seseorang lelaki itu berpoligami mungkin dimulakan dengan kelemahan yang benar-benar ada pada isterinya. Tetapi ini bukan syarat untuk memulakan poligami. Maknanya, tidak semestinya isteri itu kena ada kelemahan dulu baru seseorang suami boleh berpoligami.

Namun malang sekali, terdapat ramai di antara kita, baik lelaki atau perempuan, yang berpendapat bahawa mesti terdapat dulu kelemahan pada isteri sediada, barulah poligami itu dapat dijustifikasikan. Ini adalah satu pendapat dan pegangan yang SALAH.

Akibat dari pegangan sedemikian, terdapat pula dari kaum lelaki yang ‘mengharapkan’ kelemahan itu benar-benar wujud pada isterinya, walaupun kelemahan itu sebenarnya tiada, supaya dia boleh memberikan alasan yang kuat mengapa dia mesti berpoligami. Kelemahan yang tiada pun sengaja diada adakan. Lelaki ini ingin memulakan poligami dengan cara membuatkan isterinya rasa ‘kurang’ dan tidak dapat memenuhi keinginan lelaki itu. Lelaki ini akan berikhtiar supaya isterinya mengakui dan mempercayai bahawa diri isterinya kurang supaya laluan untuk lelaki itu berpoligami lebih senang terbuka tanpa banyak bangkangan dari isteri sediada.

Isteri yang ‘dipaksa’ mengakui dan mempercayai ‘kelemahan’ mereka itu pula, akan hidup dalam keadaan tertanya-tanya sepanjang hayat, meratap dan menangis atas ‘kekurangan’ yang kononnya ada padanya, serta mengesali ‘kelemahan’ itu yang telah membawa suaminya kepada poligami – inilah alasan yang diberikan oleh suaminya pun. Pada isteri ini, suaminya ialah seorang yang zalim kerana hanya ingin kepadanya sewaktu segalanya sempurna. Suami sebegitu memang zalim pun.

Jika ISTERI pula yang berpegangan demikian, maka isteri itu sendiri pula yang akan tertanya-tanya apa kelemahannya sehingga membawa kepada suaminya berpoligami. Akan timbullah persoalan-persoalan seperti :

o Apa kurangnya saya?

o Apa lebihnya isteri baru awak tu?

o Kenapa tak cakap dari awal kekurangan saya supaya saya boleh baiki diri dan awak tak perlu berpoligami?

o Kalau saya kurang, ceraikan saja saya kerana awak dah dapat isteri yang sempurna.

Itu adalah antara persoalan-persoalan yang akan dibangkitkan oleh isteri yang mengaitkan poligami itu dengan kelemahan yang mungkin ada padanya. Sesungguhnya, persoalan-persoalan itu sedikitpun TIDAK RELEVAN jika suaminya berpoligami BUKAN atas sebab kelemahan isterinya.

KALAUPUN poligami itu didorong oleh kelemahan yang benar-benar ada pada seseorang isteri, hanya suami yang ‘TIDAK BERAPA CERDIK’ sahaja yang akan menzahirkannya pada isteri dengan cara yang boleh membuatkan isterinya rasa RENDAH DIRI. Lelaki, yang telah dilebihkan oleh Allah Taala untuk memimpin kaum wanita (An-Nisaa 34), sepatutnya bertindak sebagai PEMIMPIN yang lebih bijak dari itu dalam menzahirkan kelemahan isteri-isterinya, supaya tiada siapa yang akan merasa rendah diri.

Sesungguhnya, tiada lelaki yang sempurna, tiada perempuan yang sempurna. Tiada Mr. 100%right dan tiada pula Mrs. 100%right. Yang ada ialah manusia yang ada sedikit kekurangan, dan ada sedikit kelebihan, dan TIDAK ADA CORRELATION YANG KHUSUS antara poligami dengan kelemahan isteri.

Isteri yang segar bugar, solid molid, comel lotel, bergetah-getah, berwangi-wangi, dengan bentuk badan yang sentiasa sedap dipandang oleh suami, bergerak macam lipas kudung di sekitar rumah untuk menjaga suami dan anak-anak, soleh lagi, TIDAK SEDIKITPUN mengurangkan kebebasan suami jika suami itu memilih untuk berpoligami.

Wallaahu a’lam.
credits to Tok Ddeka di AAN

Tiada ulasan: