Selasa, Mei 13, 2008

Pagi Ahad Hari itu.....



Dua hari lepas,saya menumpang di bilik kawan (hostel MMU),malam itu saya dan sahabat berjaga sehingga masuk waktu subuh.Kami pun pergi solat subuh berjemaah kat surau HB2 (blok hostel tersebut).

Nak dijadikan cerita, usai solat subuh,imam tidak membacakan doa seperti mana masyarakat kita selalu lakukan ~>Imam bacakan doa, makmum aminkan.

Dipendekkan cerita, selepas pulang dari surau, bermula la dialog di bawah:

A:
Fuad,bakpe (sebab apa) hah tadi imam tu dok baca doa pun selepas solat,duduk sekejap, kemudian terus belah macam tu je.


Saya:
(tersenyum, sebab sahabat concern perihal agama).Nabi dulu pun ada buat macam tu.Yang pasal doa ini, aku ada satu perumpamaan.Katakan la macam ni,aku ada satu sampul yang berisi surat yang kononnya kandungan surat itu menyatakan permintaan yang aku nak mung (kau) penuhi.

Tapi kandungan surat itu,orang lain yang tulis, tulis pulak dalam bahasa yang aku tak faham.Pastu, mung pun tanya apa yang aku minta?Aku cakap la "Tu, yang tertulis dalam surat tu",Mung balas "Ye la, apa dia yang mung minta?"
Jadi, relevan tak sorang imam baca doa dalam bahasa arab,makmum yang tak faham arab,aminkan.Bukan sahaja tak tau apa yang dimintakan, bahkan ada feel ke makmum yang memohon sesuatu dari ALLAH macam tu?


A:
Jadi mung nak kata yang nabi pun buat macam tu dan ramai orang kita tak tahu pun pasal ni?


Sunnah Rasulullah SAW Selepas Solat (Menurut Imam As-Syafie)

Saya:
Memang nabi ada buat, selepas solat, nabi duduk zikir kejap secara sirr (perlahan) sendiri-sendiri,kemudian nabi berlalu pergi tinggalkan jemaah.Yang jadi nampak sesuatu dari Islam nampak macam baru compared tu yang kita biasa buat turun - temurun tu satu nya, dulu pengangkutan dan teknologi tak secanggih sekarang yang menyukarkan untuk mensahihkan ape2 info yang dikatakan sebagai dari ajaran islam,Satu lagi, kita dalam bab agama ni dulu, kurang untuk mengesahkan status sesuatu info berkaitan ajaran islam atau hadis yang diterima.

Kan ada belajar sejarah, ada golongan Kaum Muda yang dikatakan bawa sesuatu yang baru dalam islam, sekarang ni pun ada kaum muda itu.Antara ustaz2 yang pro sunnah adalah Dr.Asri.Malah sekarang makin ramai, tambah lagi, da banyak kitab2 besar yang diterjemah dalam bahasa melayu.Jadi orang ramai boleh membuat rujukan.

Macam contoh orang malaysia yang dikatakan ikut mazhab syafie, dikatakan dalam mazhab syafie , air musta'mal (air yang dah digunakan) tak boleh dibuat bersuci lagi dah.Semasa pesta buku baru2 ini, ada sorang sahabat tunjuk la dlm kitab terjemahan kitab al-umm (kitab imam syafie), dalam tu tulis air musta'mal boleh digunakan utk dibuat bersuci.Jadi, mazhab syafie mana kita ikut?


F:
Tapi kalau nak buat jugak, takpa kan?Benda baik kan?

Saya:
Bukan soal benda baik ke dak, tapi soal kesederhanaan dalam ibadah macam tu je la.Iaitu ibadah kita tu, selari dengan apa yang nabi buat ke dak.Zaman nabi pun ada dah yang nak buat sesuatu lebih dari yang nabi buat.





A:
Dah kalau macam tu, lainkali mung nak pergi dengar kuliah Dr.Asri ajak aku sekali la.Banyak soalan yang aku nak tanya.

Saya:
Bereh aje, takde hal (tersenyum gembira)

p/s:Untuk tahu lebih lanjut berkenaan sunnah nabi selepas solat boleh je bertanya mana-mana ustaz dalam gambar di sebelah. :)

Tiada ulasan: