Jumaat, Mei 16, 2008

"Mana nas nya?" "Sahih ke tak hadis ini?"

Kita mulakan dengan situasi ini :

Si A ni student.Si A baru masuk menyewa di sebuah rumah, penyewa sedia ada, ada yang dah merupakan kawan si A, ini termasuk la si B, C,D dan E.Kawan yang baru si A kenal cuma adalah si F dan si G.Banyak kawan kan?, takpe..tak semua terlibat, cuma si B dan si F je yang terlibat.

Dalam rumah itu, si F lah yang menjalankan tugas, mengutip bil 'utilities' (streamyx, elektrik dan air).Dan si F menjalankan tanggungjawab nya dengan baik, setiap bulan akan meminta ahli-ahli rumah menjelaskan bil.

Purata bulan-bulan bil 'utilities' ni RM 30++ dan tak melebihi RM 50 seorang.Nak dijadikan cerita, satu bulan itu, si F menyatakan bil yang setiap orang kena bayar adalah RM 80 seorang.Si B,C,D,E, dan G tanpa banyak soal pun menyatakan sanggup bayar dan tiada masalah.Si A ni ni terkejut, ye la, RM 80 seorang, 7 orang bayar, RM 560 tu.Si F kata itu sebab ada bil yang dua bulan perlu dibayar.Si A musykil, sebab memang tiap-tiap bulan, bil dijelaskan.

Si A pun bertanyakan la Si B, apa kes. (si A kurang rapat lagi dengan si F dan si B ni rapat dengan si F).Si A bertanya la, si B ada tengok ke bil, betul ke ada yang dua bulan, padahal tiap-tiap bulan minta bayar.

Si B pun 'explain' panjang lebar, katanya ada masa cuti sem, maka bil tu tertunggak la. Faham la si A,tapi si B yang ditanya untuk kepastian begitu menyatakan dia rasa tak senang dengan sikap si A yang bertanyakan kesahihan jumlah bil itu.Sebab macam tak percaya kawan je.





Imam Al-Bukhari ambil masa 16 tahun nak siapkan kitab hadith sahih beliau


Ok, sekarang kita cuba kaitkan dengan kehidupan sebagai muslim bila sampai kepadanya apa yang dikatakan adalah dari Islam.Katakan lah, si K memberitahu si Q tentang satu amalan yang dikatakan adalah merupakan sunnah dari Rasulullah s.a.w .Info ini si K dapat dari seorang ustaz yang memang si K dah kenal, tambah lagi memang ustaz tu adalah lepasan kursus yang 'islam related' la.

Si Q memang suka mendapat sesuatu yang dikatakan dari sunnah, maka dia pun tanyakan la Si K, apa nas berkaitan amalan yang dikatakan sunnah itu, sahihkah nas itu.Si K pun terus rasa kurang senang,semacam si Q nak pertikaikan kredibiliti ustaz yang menyampaikan pula."Takkan la ustaz tu sampaikan sesuatu yang tak betul" , jawab si K apabila si Q meminta fakta berkenaan amalan itu.

Kita memang sayangkan ustaz-ustaz yang menyampaikan ilmu.Adakah sesuatu yang hina bila kita meminta fakta berkaitan ilmu/info itu?Salahkah si A bertanyakan bukti bil yang berjumlah RM 560 tu.Salahkah jika hendak mengesahkan kebenaran?Salahkah jika kita cuma nak yang sampai kepada kita adalah yang betul-betul sahih atau kata omputeh nya authentic dari rasulullah.



Rasulullah semasa mula membawa Islam, zaman itu zaman jahiliyah, faham jahiliyah?Keruntuhan moral takyah nak cakap lah,lagi teruk dari sekarang.Maksudnya orang zaman itu memang sukakan kehidupan itu.Datang rasulullah membawa Islam, dan penyampaian dan rasulullah itu berjaya nampakkan Islam memang satu pilihan kepada masyarakat itu yang seolah-olah menantikan satu solusi cara hidup yang betul-betul boleh memberi keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.Bagaimana ek, sekarang nak tonjolkan islam ni solusi kat masyarakat sekarang? Nak sehingga bila ditonjolkan , boleh membawa kepada "Ini lah dia yang kami nak, islam memang satu penyelesaian kepada kami!"

p/s: Fikir-fikir kan bersama :)

2 ulasan:

Izuan Mustaffa berkata...

salam fuad..besh2.artikel fwenly reader..keep it up!..mtk link ya:)

Aku Bukan Umar Al-Khatab berkata...

salam akhi.. oh sama mcm situasi dirumahku... huhu.. bezanya memang 2 bulan x bayar!!... huhu... susahnya nak kutip duit...