Jumaat, Mei 09, 2008

Kongsi Doa Untuk Student :)

1) Doa Agar Dipermudahkan Urusan :)


>


Maksudnya: "Wahai Tuhanku,tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya"


Doa ini adalah dari nabi s.a.w menurut riwayat Ibn Hibban no.2427,Ibnus Sunni no.351,Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no.2886

2) Doa Agar Diberi Ilmu Yang Bermanfaat :)




Maksudnya:"Ya Allah,aku memohon perlindungan -Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari,jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat-empat hal tersebut"


Doa ini adalah dari nabi s.a.w menurut Riwayat al-Tirmizi no.3482,lihat Sahih al-Jami' al-Soghir no.1297,Sahih al-Nasa'i no.5053.

3) Doa Pohon Pertambahan Ilmu :)




Maksudnya:"Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaat atas segala ilmu yang Engkau ajarkan,dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku,syukur kepada-Mu atas segala perkara,aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka"


Doa ini adalah dari nabi s.a.w menurut Riwayat al-Tirmizi no.3593,Ibn Majah no.251,Bab al-Intifa' bi al-'Ilm wa al-'Amal Bih. Hadis daif,tetapi menurut Mahmud al-Arnaut dalam kitab al-Nasihat menjadi hasan kerana ada syahid dalam riwayat al-Hakim iaitu (1/510):


p/s: Good luck untuk semua pelajar MMU yang akan menghadapi peperiksaaan minggu depan :)

Doa dan info berkaitan doa credits to Ustaz Zahazan Mohamed atas bukunya : 101 DOA daripada HADIS-HADIS SAHIH

Tiada ulasan: