Khamis, Mei 08, 2008

[Dari al-ahkam] Lucu! Syiah Malaysia sering menjaja Imam al-Syafii adalah seorang Syiah!

Oleh: zain-ys

Golongan Syiah Imamiyah Malaysia seringkali mengungkapkan satu ucapan dusta yang bertujuan jahat untuk mengaburi mata umat Islam. Apa perkataan berkenaan? Iaitu, dakwaan bahawa al-Imam al-Syafii mengaku bahawa dirinya adalah rafidhi. Atau mengakui bahawa beliau adalah seorang Syiah.






Seorang novelis terkenal yang memang diketahui ramai sebagai penganut Syiah Imamiyah pernah malah sering membuat dakwaan ini. Tujuannya adalah jahat. Niatnya tidak baik, iaitu ingin mengelirukan umat Islam kononnya Imam al-Syafii sendiri mengakui bahawa dirinya adalah seorang Syiah.

Syiah Imamiyah sepanjang sejarahnya memang cukup terkenal licik. Tukang reka cerita. Pendusta besar. Si talam dua muka yg tiada taranya berbanding dengan apa jua aliran sekalipun di dunia ini dan sepanjang sejarah. Bahkan kalau anda tahu siapa dia Syiah Imamiyah, anda akan tahu bahawa Yahudi itu tidak sedahsyat Syiah Imamiyah dalam berdusta dan berkonspirasi.

Persoalannya, apakah benar dakwaan Syiah dan pengekornya si tukang cerita di Malaysia ini bahawa al-Imam al-Syafii, imam mazhab kita adalah seorang Syiah? Seorang Rafidhi?

Salah seorang Panel Feqh al-ahkam.net syeikh Izrail menjelaskan bahawa al-Imam al-Syafii tidak pernah mengaku sebagai seorang Syiah. Yang berlaku ialah beliau pernah dituduh sebagai seorang Syiah oleh mereka yang dengki terhadapnya.

Bagaimanapun beliau terlepas dari hukuman berkenaan dan khalifah memerintahkan agar beliau dibayar sebanyak 50 ribu Dirham.

Manakala seorang lagi Panel Feqh al-ahkam.net, Syeikh Abu Umair menjelaskan, kemungkinan terdapat salah faham terhadap syair dari al-Imam al-Syafii. Syair beliau berbunyi:

"Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah, maka saksikanlah jin dan manusia bahawa aku adalah Rafidhi."

Syair yang dijaja oleh si tukang cerita yang berfahaman Syiah ini apakah bermaksud membela Syiah? Atau bermaksud al-Imam al-Syafii mengaku sebagai Syiah?

"Sebenarnya, hujah ini menikam mereka sendiri. Kerana Imam Syafie bukan mengiktiraf dirinya sebagai syiah, tetapi maksud kata-katanya ialah: Mempertikaikan bahawa Rafidhah (Syiah) cinta pada Ahli Bait,." Demikian menurut Syeikh Abu Umair.

Ini bermakna, syair al-Imam al-Syafii bukanlah bermaksud beliau mendakwa dirinya adalah Syiah, tetapi beliau mempertikaikan kecintaan golongan Syiah terhadap Ahli Bait. Jelaslah kebodohan Syiah dari satu sudut. Dan dari sudut lain nampak liciknya mereka.

Syeikh Abu Umair membidas mereka yang tidak memahami bahasa Arab dengan baik sahaja yang akan memahami maksud syair di atas sebagai pengakuan al-Imam al-Syafii bahawa dirinya adalah seorang Syiah.

Syeikh Abu Umair membuat satu kesimpulan menarik dengan memetik perkataan al-Imam al-Syafii: "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah."

Jawapan penuh Syeikh Izrail dan Syeikh Abu Umair boleh dibaca di sini:

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33893

berikut adalah sesi soal jawab tersebut :







p/s(1): Credits to ustaz zain-ys di al-ahkam, saya-fufu copy paste je dari post ustaz.

p/s(2):macam biasa, klik pada imej untuk view yang nyata lebih jelas :)

Tiada ulasan: