Ahad, April 13, 2008

Sepetang di Pesta Buku


Penulis bergambar dengan A. Samad Said


Lama juga berjalan petang sabtu (kelmarin), balik-balik cyberjaya lenguh-lenguh kaki. Antara buku yang penulis beli:

1)Aku Terima Nikahnya :
Buku pertama tulisan Abu Saif (ustaz hasrizal saifulislam.com). Buku ini bagus untuk yang ingin berkahwin dan baru berkahwin. Buku ini adalah rakaman pengalaman ustaz hasrizal dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Mengajak kita memikirkan apa yang kita patut berikan di dalam hubungan suami -isteri ini berbanding hanya sikap meminta/menuntut hak.


2) Rindu Ibu :
Buku oleh A. Samad Said ini dibeli asalnya hanya kerana teruja dapat jumpa 'face-to-face' dengan beliau. Dek kerana ingin menyimpan kengan ini, maka untuk merakamkan kengan ini, beli lah sebuah buku beliau ini, dapatlah autografnya dan bergambar dengannya. Tapi karya seorang tokoh pastinya ada yang boleh dimanfaatkan. Bahkan, hatta tokoh yang terkenal dengan kejahatan atau kezaliman pun punya kehebatan yang boleh diteladani, cuma cara tokoh jahat tu menggunakan kelebihannya pula disempadani



3)Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah:
Buku yang direkomendasikan oleh seorang ustaz selepas penulis bertanyakan satu soalan kepadanya. Soalan penulis: "Diri ini hanya berasa cukup sekadar 'cukup makan' je gred untuk pengajian di universiti. Jadi bagaimana nak jadikan diri ini mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar 'ok' .


p/s: Di dalam gambar, di sebelah kiri gambar, orang berbaju hijau yang masuk separuh tu, buat pengetahuan semua, adalah Faisal Tehrani- antara tokoh muda Syiah di Malaysia.

Tanak Syiah! Jangan biarkan Syiah berkembang di Malaysia khasnya, dan di dunia amnya! fahaman yang mengkafirkan sahabat-sahabat rasulullah adalah bukan dari Islam!

penulis nak berlatih posing di depan kamera, hehe :)

15 ulasan:

Faisal Tehrani berkata...

Salam
Alhamdulillah. Moga Allah sayang saudara. Terima kasih. Semakin hebat orang seperti saudara 'mempromosi' saya semakin banyak sokongan untuk saya. Orang akan mencari karya saya dan orang akan bertemu dengan saya sendiri seniri dan saya akan dapat menjelaskan apa yang telah menimpa Islam. Saya lihat sendiri sokongan itu baru-baru ini. Terima kasih ya. Saya amat hargai.
Moga Allah sayang saudara.

Tanpa Nama berkata...

salam.
teruskan usaha kamu ya akhi faisal. sokongan kepada anda kian bertambah setiap hari, umumnya pencinta kebenaran semakin bijak dan terbuka untuk menilai fakta dan kebohogan (omong kosong).
kebenaran akan terpencar jua. ana sudah beli buku terbaru enta KARBALA. tahniah

pst....mukadimah pun dah best dan menarik. TAHNAIH BUAT FAISAL

wassalam

abu iman

Tanpa Nama berkata...

Hm...pada pemerhatian saya, orang syiah sibuk membangunkan kekuatan.mereka lebih kehadapan dalam isu-isu Lubnan,Palestin. Orang Ahli Sunnah pulak dok sibuk mencari kesalahan orang syiah.pemimpinnya pula sekepala dengan Amerika.harap je amir kepada dua masjid suci..Bukan setakat nak buat senjata pun tak mampu, bahkan Zam-zam Cola pun x mau...takut hilang komisyen Pepsi la katakan..Ya Allah...mudah2an Zaman Melayu Jahiliah ini akan cepat berakhir.....Amin...

Tanpa Nama berkata...

salam,
Kepada coret coret mengarut,cuba buka minda anda tu sket,wlaupon die syiah,buku2 die banyak org beli takde pon org nak boikot..knp anda busuk sgt hati nie mengata org,klu die bapak syiah kat m`sia hbs anda apa..tukang menuduh org tu baik org tu jahat..?lg teruk drpd org syiah.Ahmedinejad tak pernah pon nak maki sape2 saudara yg se islam..melainkan pemimpi Saud Amerika yg dia kutuk..pemimpin2 boncit saudi apa dorang buat? Coret2 pkr kan la.

Tanpa Nama berkata...

tak nak syiah? apa yang kau tau pasal syiah? aku bagi tempoh 2 hari untuk kau berhujah di blog kau sendiri pasal syiah..yang kau cakap tak nak tu..berhujah dengan pengamatan kau sendiri..bukan copypaste dari mana2 sumber...nak tau pandangan kau sendiri...kau cakap faisal syiah? aku pun terkejut, sapa yang bagitau kau?

mohd fuad md nordin berkata...

salam..satu penghargaan dari saya, saudara faisal tehrani sudi dtg berkunjung ke blog saya, saya tiada pun mengata yg buruk2 pada saudara, saya cuma kata saudara tokoh syiah kerana bnyk tulisan saudara yang berkisar ttg ajaran syiah,entah kat mana yang saya mengarut menurut tuduhan anonymous tu..dan berkenaan dengan syiah mengkafirkan sahabat2 besar rasulullah juga bukan lagi sesuatu yg baru malah ramai sudah mengetahuinya..tang mana yg mengarut?

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,
cemburu saya lihat tuan dapat bergambar dengan pak samad dan FT
saya baru habis membaca karya terbaru FT KARBALA saya menangis dan baru saya tahu yang kita selama ini ditipu oleh ustaz yang berkepentingan dan tidak luas ilmunya...ada kata dia pakar hadis tapi adakah dia juga pakar sirah..

Tanpa Nama berkata...

salammm
xtahu sy nak tulis apa..
eloklah penulis blog ni banyak membaca sikit, buat kajian sikit dari pelabagai sumber.. bukan stakat dengar ceramah seorang pak mufti yg setiap hari penulis blog ni dengar dan dengar.. pelbagaikanlah sumber rujukan.. (sy menulis spt ni sbb sy meneka tuan penulis ni xbanyak mencari, banyak memfollow sesuka hati je kut.. sori yek ni telahan peribadi)
.... teh tarik the mall

Tanpa Nama berkata...

"Tanak Syiah! Jangan biarkan Syiah berkembang di Malaysia khasnya, dan di dunia amnya! fahaman yang mengkafirkan sahabat-sahabat rasulullah adalah bukan dari Islam!"

pernahkah saudara mengamati mengapa faisal tehrani menyebelahi syiah?

tahukah saudara sebenar-benarnya adakah faisal tehrani syiah atau sunni?

tahukah saudara sebetulnya akan sebab kemunculan syiah?

saudara betul-betul tahu atau tidak?

saudara benar-benar tahu atau tidak mengenai syiah itu sendiri?

kalau tidak, saudara tidak layak menulis sebagaimana yang saudara tulis.

saudara menulis sesuatu yang saudara sendiri tidak layak bercakap mengenainya.

ini adalah puncak ketidakmatangan.

puncak kemalasan.

puncak menurut tanpa berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Wah Faisal Tehrani dan tentera-tenranya menyerang. Hebat, FT menggunakan teknik watak baik watak jahat. FT berperanan sebagai watak baik dan konco-konconya berperanan sebagai watak jahat. Namun hakikatnya kedua pihak pun membela ajaran Syiah.

Watak baik yang diperankan FT akan membuatkan orang yang membaca cenderung kepadanya kerana terserlah dengan 'kebaikan' dan penuh 'cahaya'.

Apapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkannya dari diamalkan di Malaysia.

Mari kita tentang mufti2 Sunni di Malaysia yang mengeluarkan fatwa mengarut...sebagaimana kita tentang para sahabat jom!

-Faiz-

mohd fuad md nordin berkata...

quote "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam "

adakah jawatankuasa fatwa tu tak mengkaji?ramai betul anonymos..nak set kan sape yg nak komen kena letak emel atau blogger id la..ye la..mana la tau org yg sama menyamar ...huhu..ramai lagi ustaz2 yg amanah yg penulis dengar ceramahnya ttg kesesatan syiah, korang je yg jahil yg ingat sorang mufti je yg tentang syuah

Nawawi Bin Subandi berkata...

Islam bukan melihat kepada sumbngannya, seperti sumbangan derma, sumbangan kepada palestin, atau iraQ dan sebagainya...

tetapi Allah melihat kepada aqidah kita sebagai keutamaannya, dan kemudian barulah pergi kepada skop2 yang lainnya...

klu setakat nak berkira bab sumbangan... tak payah jadi Islam pun boleh buat...

haq2us berkata...

''tetapi Allah melihat kepada aqidah kita sebagai keutamaannya, dan kemudian barulah pergi kepada skop2 yang lainnya...''

SubhanAllah...

Kecik hati pejuang2 Palestin kalau dengar ni...patutlah kebanyakkan negara Sunni x sokong perjuangan HAMAS...sebab HAMAS bekerjasama dengan Iran dan Hezbollah...patutlah FATAH pun x ngam dengan HAMAS....semua pakat sibok tengok 'aqidah' masing2...sampai 'terlupa' nak buat 'biskut alternatif' mengantikan biskut Danone (produk belanda)...sepertimana Zam-zam Cola menggantikan Coca Cola....

SubhanAllah...rupa-rupanya aqidah seseorang itu pun boleh dinilai oleh manusia yang tidak ma'sum ni....

Bagaimanalah perasaan Rasulullah kalau tengok ummat Baginda berfikiran neo-jahiliah+islam corak amerika hari ni......

Astagfirullah...terlalu sibuk mengkaji aqidah orang lain dari dulu sampai sekarang x selesai2....sampai masa x cukup nak didik dan membentuk kekuatan masyarakat sunni untuk melindungi masyarakat sunni itu sendiri...

Bila fatwa Jom Heboh haram, majoriti masyarakat sunni bukan sahaja x sokong,bahkan memeriahkan lagi jom-jom heboh2.

quote "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam "

adakah jawatankuasa fatwa tu tak mengkaji?

Apakah nasib institusi fatwa di negara kita?

Sebentar, bagaimana pula dengan nasib lina joy?

Apa statement daripada majlis fatwa?

adakah jawatankuasa fatwa tu tak mengkaji?

Wahai saudara2ku....berhenti berbalah mengenai hal-hal remeh...kalau aqidah kita di landasan kebenaran,maka gerakkanlah.buktikan dan bina kekuatan.Buktikan bahawa 'aqidah' kita leading dalam gerakkan pembela Islam.Silap2 haribulan, orang yang kita ludah itu jauh lebih baik daripada amalan kita di sisi Allah? Dan selama 60 tahun kita hidup ini rupa-rupanya kita menanggung fitnah ke atas diri mereka? Akibat butanya hati kita dan keegoan kita untuk mengajak mereka duduk bermuzakarah bersama. sedangkan dalam pembicaraan mahkamah sendiri pun, hakim perlu mendengar hujah kedua-dua belah pihak, bayangkan kalau Anuar Ibrahim dilarang membawa peguam bela? X terbayang betapa bodohnya hakim yang menjatuhkan hukum dengan hanya mendengar hujah pendakwaraya sahaja...hujjahnya, tok guru dia sebelum ini pun x perlukan peguam bela, bahkan peguam bela adalah dilarang.cukup pendakwaraya sorang2.nanti kalau dia ubah tradisi, xkan tok gurunya@hakimnya sebelum ini rupanya silap? Eh,mcm tahap ma'sum la pula...

adakah jawatankuasa fatwa tu tak mengkaji?

jangan sampai lahir Jina Joy Junior baru nak tergadah.sibok sangat menfitnah orang lain sehingga bangsa sendiri lupa dididik....rempit,sex bebas,arak,menjadi mainan...mufti hanya berbicara pagi2 di TV sekadar memenuhi syarat Hadhari...bukannya kata-katanya menjadi penyelesaian rujukan di Parlimen bahkan kita telah saksikan bagaimana layanan terhadap fatwa-fatwa mufti kita sendiri...mcmana layanan yang diberikan terhadap Almarhum Dato' Ishak Baharom...

adakah jawatankuasa fatwa tu tak mengkaji?

Dan adakah institusi pendidikan Islam kita mampu melahirkan mujtahid seperti Imam Syafie (fungsinya) atau hanya sekadar tukang baca doa ketika majlis-majlis kerajaan?

Ya Allah...bukakanlah hati kaum muslimin yang kesempitan kerana telah ditutup pintu ijtihadnya oleh para pembenci kebenaran Mu sejak ribuan tahun ini...

mohd fuad md nordin berkata...

tak dinafikan ada yg betul kata2 haq2us dan ada yg tidak, kita mmg akui jabatan agama kita pun ada kurangnya, sbb tu kita sekarang perlukan tajdid pada agama, alhamdulillah, gerakan pro sunnah makin diterima di malaysia, insyaALLAH akan ada hasilnya suatu hari nnti.

mohd fuad md nordin berkata...

ruangan komen untuk coret2 akan ditutup buat sementara, kerana masa tak mengizinkan penulis aktif buat sementara waktu.