Sabtu, April 19, 2008

Ibubapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!

Teringat akan slogan, “ Remaja bijak jauihi zina!”. Ya, memang remaja adalah bijak jika mereka menjauhi zina. Apakah jalan kepada menjauhi zina? Salah satu jalan yang paling dianjurkan oleh Islam ialah bernikah.

Maka kempen “Remaja bijak jauhi zina!”, takkan berjaya jika ia tidak diikuti oleh kempen “Ibu bapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!”.

Alasan-alasan seperti tumpu kepada pelajaran, anak-anak masih mentah, kewangan masih belum mantap, dan dugaan pernikahan adalah lebih besar perlu ditolak ke tepi.

Kenapa? Kerana jika anak-anak bercinta, mereka akan lebih terganggu. Terganggu dari segi emosi dan perasaan, dan rasa bersalah kerna bibit-bibit hubungan yang mencapai darjat zina kecil. Maka adakah mereka dapat tumpu kepada pelajaran? Bukankah pernikahan itu dapat mendamaikan hati?

Anak-anak masih mentah dalam soal pernikahan? Didalam hal ni siapa yang dah melalui pernikahan? Ibubapa kan? Kenapa ibubapa tidak mahu mempersiapkan anak-anak dengan ilmu pernikahan, agar anak-anak lebih bersedia menghadapinya.

Mengenai kewangan pula, bukankah rezeki semua ditentukan oleh Allah? Bukankah pernikahan akan membuka pintu kepada rezeki? Malah pasangan-pasangan muda mengakui mereka lebih berjimat setelah bernikah berbanding sebelum bernikah. Belanja pun kena berhati-hati, duit “top-up” telefon pun makin berkurang dan sebagainya.

Ada ustaz berkata, “remaja jangan asyik sibuk nak bernikah awal untuk mngelak zina (dengan menjadikan zina sebagai alasan untuk nikah), kerana cabaran hidup selepas kahwin adalah lagi mencabar”. Ia, kami akui. Sama juga halnya SPM. SPM adalah tiket untuk menyambung pelajaran ke menara gading. SPM itu senang sahaja. Belajar di menara gading lagi susah, maka kita tak payah sibuk-sibuk nak cemerlang SPM lantaran pengajian di menara gading adalah lagi susah dan mencabar.

Adakah kita perlu biarkan sahaja remaja dibelenggu dengan dosa-dosa zina kecil. Bila mereka dah tamat belajar, dah ada ijazah, dah bekerja, dah ada duit RM 10 ribu, maka baru kita benarkan mereka berkahwin?

Selain daripada ibubapa, golongan ustaz-ustaz di jabatan agama perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Jangan asyik aktif nak tangkap basah orang dan ambil video pesalah je. Aktif dari segi membantu remaja mendalami ilmu-ilmu pernikahan. Janganlah caj bayaran untuk semua program agama. Berkorban lah sedikit untuk umat.

Maka kempen “Remaja bijak jauhi zina!” perlu dijalankan bersama-sama kempen “Ibubapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!”.

Setuju?

Tiada ulasan: