Selasa, April 29, 2008

Doa Warid Dari Nabi Untuk Ubat 'Ain (pandangan jahat)

Doa dari nabi berkaitan 'ain .


Maksudnya: "Ya Allah,hilangkan kepanasan, kesejukan dan penyakitnya."

Riwayat al-Nasa'i no.311,1033 dlm Amal al-Yaum Wa al-Lailah,Ibn Majah no.3509.

boleh rujuk buku 101 DOA daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Uztaz Zahazan Mohamed




Dalam satu riwayat daripada 'Amir bin Rabi'ah r.a bahawa beliau keluar bersama Sahal bin Hunaif r.a untuk mencari kurma.Dalam perjalanan,mereka melihat anak sungai,lalu Sahal berasa ingin mandi.Dia memilih tempat yang tersembunyi untuk menanggalkan pakaian agar tidak dilihat orang.'Amir merasa takjub melihat susuk tubuh sahabatnya yang menggagumkan sehingga dia ditimpa 'ain (pandangan jahat).Akibatnya,dia tidak menjawab apabila 'Amir memanggilnya.

'Amir merasa cemas lalu mengadukan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w lantas pergi kepada Sahal lalu menepuk dadanya.Rasulullah telah membacakan doa diatas,dan berseru di telinganya:"Bangunlah kamu dengan izin Allah."



Nabi s.a.w telah bersabda kemudiannya, bermaksud:
"Apabila kamu melihat pada dirinya,hartanya dan saudaranya sesuatu yang menggagumkan maka hendaklah kamu mendoakan keberkatan baginya,kerana pandangan mata itu adalah suatu yang benar"



Faham camne yang dikatakan 'ain?Macam contoh dalam riwayat di atas, "Amir bin Rabi'ah r.a yang takjub dengan kecantikan tubuh badan Sahal bin Hunaif r.a sehingga Sahal terkena 'ain dari 'Amir sehinggakan Sahal tidak menyahut ketika 'Amir memanggil nya.

Credits to el-hijrah di AAN atas contoh yang mudah untuk menggambarkan apa 'ain ni sebenarnya.

2 ulasan:

ecah berkata...

salam..fufu, abong
kawan2 aishah ckp ada doa nak elak ain pada seorang manusia dr kecik lg.cuma bacakan waktu dia lahir dan tiupkan.kalau ssh skit, baca dan niat lah pada dia utk pelihara drpd ain.InsyaAllah.rsnya doa ni lah.

ecah berkata...

leh bc doa ni kat baby baru lahir.bc dan tiupkan kat dia.kalau ssh sgt bc dan niatkan berdoa utk dia.Semoga Allah swt pelihara baby tu drpd ain manusia - manusia lain..Dan Allah jugalah sebaik baik Penjaga makhluk.